• Hidup Dalam Bersederhana

    Saya kadang-kadang cuba memahami, namun banyak kali saya gagal untuk cuba mengintai sedikit titik persamaan atau noktah kepada sengketa ini. Dan akhirnya saya hanya mampu memerhati, membaca, menilai dan menulis kesimpulan dalam diri sendiri sahaja...

  • Amanah Kita Bersama

    Masing-masing membuat suatu pekerjaan berdasarkan pada kekuatan, kemampuan serta kepakaran. Kemudian kepakaran itu dikongsi untuk perolehan manfaat bersama. Inilah sikap umat Islam yang saling menguatkan...

  • Jangan Mudah Menghukum

    Bersangka baik adalah pendirian dan sikap kita yang pertama. Jika didatangkan bukti dan fakta yang jelas tentang sesuatu kesalahan, barulah tindakan mampu dikenakan, kritikan dapat dilakukan terhadap mereka yang bersalah...

  • Itukan Hukum Allah

    Apabila orang jahil berbicara tentang agama, akan bertambah rosaklah agama di tangan mereka. Di sini, saya menentang video ini dengan hati, lisan dan tulisan sebagai tangan saya. Sungguh benci dan sangat bersimpati juga dengan pelakon- pelakon video ini. Adakah mereka sedar akan keceluparan skrip yang diucap...

Salam Perpisahan, Sahabat

1
Potret kami bersama.

Setiap pertemuan, pasti akan ada perpisahan. Setelah hampir 3
tahun bersama-sama menuntut ilmu di Maghribi ini, dua orang
sahabat seperjuangan saya di Casablanca, Asyraf dan Syed
Muhammad Hafeez kini tiba ke noktah akhir kehidupan di bumi
Andalus. Saya kongsikan bersama, detik-detik terakhir kami
bersama di White House, ber'haflah' buat kali terakhir di
kediaman kesayangan ini.

2
Ucapan sahabat kami, Sufian Syattar yang
padat dengan nasihat dan peringatan bersama.


3
Suasana ketika majlis berlangsung.

4
Persembahan nasyid, khas daripada adik-adik junior.

5
Salam perpisahan bersama sahabat-sahabat arab.

6
2 orang pelajar cemerlang.

7
Bergambar kenangan bersama Yasir dan Muntasir,
dua beradik yang memeriahkan majlis kami.


8
Di Aeroport Muhammed Al-Khamis, Casablanca.

9
Detik-detik perpisahan kami.

10

11

12
Jumpa di Malaysia kelak, insyaallah.

13

14
Potret kami bersama.

15
Potret terakhir kami bersama.

Agak kecewa dengan karenah pengurusan di lapangan terbang.
Kami hanya dibenarkan berada di luar, tidak dibenarkan masuk
ke dalam terminal, dek kerana alasan mereka, menyatakan
bahawa kesibukan yang 'mungkin' berlaku kerana kepulangan
jemaah haji Maghribi pada hari itu juga. Namun kami hanya
mampu bersabar sahaja.

Itu sahaja perkongsian ringkas saya pada hari ini. Selamat
pulang untuk sahabat baik saya, Asyraf. Dan selepas ini, Syed
Muhammad Hafeez. Ukhuwwah itu indah apabila kita bertemu
dan berpisah kerana Allah. Mesej terakhir daripada Asyraf :

Wsslm. Ok, terima kasih byk2. Terima kasih utk semua dunia
dan akhirat. *******. Pastikan ijazh hasan nanti. Insya allah.
Kirim salam kt semua.

Terima kasih sahabat. Wassalamualaikum.

Wallahu 'alam.

P/s : Tadi menonton perlawanan bola sepak. Real Madrid
menentang Barcelona. Sahabat saya ini meminati Barcelona,
jika dia bersama kami tadi, pasti malam ini lebih meriah.

Almizzi,
White House, Ain Chock,
Casablanca, Maghribi
29 November 2010,
Jam 2227.


Satu Untuk Bercerita

haflah 2
Makan malam agak istimewa pada hari ini. 2-3 hari ini nampaknya
akan menjamu selera berlaukkan daging sahajalah. Peti sejuk di
rumah kami masih padat dengan daging yang disedekahkan oleh
jiran-jiran, sahabat-sahabat arab kami. Hanya Allah yang dapat
membalas kebaikan mereka semua.

Sekeping gambar sudah cukup untuk bercerita akan makan malam
kami pada hari ini. Wallahu 'alam.

Almizzi,
White House, Ain Chock,
Casablanca, Maghribi,
24 November 2010,
Jam 2142.


Potret Aidiladha 1431 H (akhir)

Nasyid
Persembahan nasyid oleh kumpulan AQUA.

Sedikit lagi gambar potret Aidiladha yang ingin saya kongsikan
bersama pada entry kali ini. Tidak banyak moment menarik yang
dapat saya rakamkan, kerana kamera yang 'tidak bertenaga' dan
penglibatan secara tidak langsung dalam majlis yang mampu
saya katakan amat meriah ini.

Aimi
Saudara Aimi dari Kenitra.

Duta
Encik Sofree, Haji Nordin dan TYT Datuk Othman Samin.

Rahim
Ustaz Abdul Rahim Bin Zainuddin.

Jika ditanyakan akan kelemahan-kelemahan yang berlaku semasa
saya merakam gambar, maka ini adalah jawapan yang mampu saya
kongsikan bersama :

Pertama : Paling jelas, keadaan bateri yang lemah, hanya tinggal
satu bar sahaja. Bateri yang telah bercas tertinggal di rumah
pelajar.

Kedua : Sebelum ini, saya pernah merakam gambar dalam program
persatuan (PROSISMA 2010). Saya telah mengubah sedikit setting
kamera saya iaitu mengurangkan saturation. Kelekaan saya untuk
kembali mengubah setting tersebut kepada keadaan asal telah
menyebabkan hampir 95% gambar-gambar seperti 'pucat' kerana
tone warna yang amat rendah. Photoshop adalah penyelamatnya.

Faru
Bakat baru nasyid, Mamduh dan senior, Ustaz Fakhruddin.

Ustaz Faisal
Senyuman istimewa daripada Ustaz Faisal.

Ketiga : Banyak juga gambar yang overexpossed. Masih lemah
dalam menyelesaikan perkara ini.

Keempat : Ketiadaan peralatan sokongan, seperti external flash,
tripod, lens tele seperti 200mm ke atas dan wide lens.

Mustaqim
2 orang photographer, Ustaz Mustaqim dan Ustaz Shahiddan.

Shahiddan
Potret Aidiladha.

Rahim 2
Lagi potret Aidiladha istimewa.

Shahiddan 2
Ustaz Shahiddan bersedia menembak sasaran.

Sekian sahaja entry terakhir sempena Aidiladha ini. Insyaallah jika
ada program atau aktiviti menarik selepas ini, akan saya catatkan
dalam blog ini. Selamat hari raya Aidiladha 1431 H untuk semua.
Taqabbalallah minna solih al-'amal.

Tahniah kepada PMMM,PRM, dan Kedutaan Malaysia di Maghribi!

Almizzi,
Villa Mukminin, Bouhlal,
Rabat, Maghribi,
21 November 2010,
Jam 0822.

Potret Aidiladha 1431 H

9
Wajah ceria di Aidiladha.

Selesai sudah Majlis Sambutan Aidiladha Mahasiswa Malaysia di
Maghribi. Tidak bercadang untuk bercerita panjang lebar, saya
kongsikan bersama kali ini, sepuluh keping gambar pilihan dahulu
dalam entry terbaru ini.

1
Acara korban bermula.

3
Potret ceria Ustaz Irdho'.

2
2 rakan jurugambar, Engku Amir dan Haziq.

4
Lagi potret jurugambar, Haziq.

Sepuluh keping gambar pertama ini tidaklah dapat menceritakan
keseluruhan aktiviti korban yang berlangsung. Saya hanya sertakan
gambar-gambar bertemakan potret yang sempat dirakam sepanjang
majlis. Selamat menonton.

5

7
Wajah serius Ustaz Bahruddin VS wajah ceria Ustaz Fakhruddin.

8
Uncle Daud, sentiasa aktif sepanjang majlis.

6
Otai fotograi PMMM, Ustaz Shahiddan Mazlan.

10

Sekian dahulu entry kali ini. Saya tidak bercadang untuk kongsikan
gambar-gambar yang menceritakan perjalanan majlis, kerana
keadaan bateri kamera yang tidak tercas menghalang saya untuk
mengambil banyak gambar.

Insyaallah beberapa keping gambar potret akan menyusul dalam
entry yang akan datang.

Jika hendak menonton lebih banyak gambar semasa majlis,
bolehlah membuka laman facebook PRM. Di sana, koleksi
gambar lebih mampu bercerita akan perjalanan program
Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi, Persatuan Rakyat
Malaysia di Maghribi, dan Kedutaan Malaysia di Maghribi.

Wallahu 'alam.

Almizzi,
Villa Mukminin, Bouhlal,
Rabat, Maghribi,
18 November 2010,
Jam 1448.


Prosisma 2010 ( part 1 )

5
Mendengar taklimat pengarah program.

Alhamdulillah, untuk kali pertama entry berkenaan PROSISMA 2010
ataupun Program Sambutan Mahasiswa Baru 2010 yang diadakan
pada 5, 6 dan 7 November 2010, saya kongsikan beberapa keping
gambar dahulu yang sempat dirakam pada hari pertama program
berlangsung. Lebih kepada latihan potret mungkin.

2
Perbincangan dalam kumpulan sebelum program.

3
Ustaz Alif, salah seorang fasilitator program.

1
Wan Syafirdaus, Adli dan Farid.

4
Lagi potret Ustaz Alif.

7
Rahman, mahasiswa dari Terengganu.

6
Dan yang terakhir, potret istimewa daripada
Ustaz Haikal.

Insyaallah, akan menyusul gambar-gambar yang sempat dirakam
pada hari kedua dan hari terakhir program.

Almizzi,
Villa Mukminin, Bouhlal,
Rabat, Maghribi,
14 November 2010,
Jam 1320.


Align Center

Coming Soon

k

PROSISMA 2010 | Coming Soon


Almizzi,
Bouhlal,
Rabat, Maghribi,
9 November 2010,
Jam 1135.

Malam Ini

1

Bokeh membawa maksud lughawi iaitu kabur atau blur.
Begitu juga dengan kehidupan, kadang-kadang jelas
matlamatnya, namun mungkin pernah jua ia kabur.


Gerimis di Casablanca pada pagi ini, dan suhu sejuk pada malam ini
sedikit merehatkan jiwa selepas agak keletihan, menguruskan sesi
perpindahan akhowat ke rumah baru di sini, kemudian bergegas pula
ke kelas pada waktu petang, kemudian bersegera pula ke Hubus
atau Al-Ahbas untuk mencari buku rujukan yang menjadi muqarrar
satu subjek dalam semester 5 ini. Alhamdulillah berjaya menemukan
-nya, dan terus pulang ke rumah selepas hampir 30 minit menunggu
teksi kabir.

Cerita hari ini agak panjang, namun terdetik juga dalam hati, suatu
kesimpulan yang mengajak diri agar sentiasa bermuhasabah, selalu
mengikat jiwa untuk sentiasa berzikir atau ingat kepada-Nya, sama
ada dalam susah atau senang, suka atau duka, lapang atau sempit,
dan sebagainya. Allah telah mengingatkan hamba-Nya :

Dan ingatlah kepada-Ku, pasti aku akan ingat kepadamu, dan
bersyukurlah terhadap (nikmat) Ku, dan jangan kamu sesekali
kufur.

Kerana jiwa ini masih terlalu lemah, untuk sentiasa beristiqamah
untuk mendirikan solat 5 waktu berjemaah, untuk berajin-rajin
berpuasa sunat, untuk berlumba-lumba bersedekah dan membuat
kebaikan, untuk kuatkan tekad membaca Al-Quran sekerap mungkin
dalam sehari, untuk bersungguh-sungguh membaca kitab-kitab
yang seringkali hanya menjadi hiasan di atas rak, untuk berhati
-hati sebelum menutur kata, menjaga lisan supaya berkata hanya
pada yang benar, untuk itu dan untuk ini, banyak sungguh jika
ingin disebutkan di sini. Mungkin kita lupa akan firman-Nya :

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan : Tuhan kami
adalah Allah, kemudian mereka beristiqamah (kekal pada agama
Islam, menyembah Allah yang Maha Esa, taat pada perintah dan
hukum ciptaan-Nya) maka tiada perasaan takut dalam diri mereka
(menhadapi hari kiamat dalam persediaan) dan tidak pula mereka
bersedih (terhadap kurangnya harta dan kenikmatan di dunia).

Dan paling menyedihkan, hanya kerana keletihan yang sedikit, kita
menjadi malas beribadat. Hanya kerana kesibukan yang sedikit, kita
menjadikannya alasan untuk mengejar yang terbaik dalam taat
pada perintah-Nya. Hanya kerana kesilapan manusia yang satu, kita
menggunakannya sebagai hujah untuk terus menghukumnya dan
terus lupa akan kebaikannya. Hanya kerana ingin mendapatkan
keseronokan duniawi, kita leka dalam mengumpul bekal sebaiknya
untuk perjalanan ukhrawi. Perlu kita menghayati dengan baik
perintah Allah di dalam Al-Quran :

Dan carilah (nikmat Allah) yang dikurniakan Allah kepadamu (dari
harta dan ganjaran pahala) untuk persiapan hari akhirat (dengan
infaq pada jalan-Nya dan bersedekah), dan jangan juga engkau
lupa akan kebaikan dirimu dalam kehidupan dunia (dengan nikmat
Allah seperti harta).

Semoga dikurnia-Nya kekuatan untuk istiqamah taat kepada-Nya,
serta dikurnia kekuatan oleh-Nya untuk istiqamah menjauhkan
segala maksiat dan dosa terhadap-Nya serta terhadap sesama
makhluk. Ameen.

Almizzi,
White House, Ain Chock,
Casablanca, Maghribi,
1 November 2010,
Jam 2230.