• Hidup Dalam Bersederhana

    Saya kadang-kadang cuba memahami, namun banyak kali saya gagal untuk cuba mengintai sedikit titik persamaan atau noktah kepada sengketa ini. Dan akhirnya saya hanya mampu memerhati, membaca, menilai dan menulis kesimpulan dalam diri sendiri sahaja...

  • Amanah Kita Bersama

    Masing-masing membuat suatu pekerjaan berdasarkan pada kekuatan, kemampuan serta kepakaran. Kemudian kepakaran itu dikongsi untuk perolehan manfaat bersama. Inilah sikap umat Islam yang saling menguatkan...

  • Jangan Mudah Menghukum

    Bersangka baik adalah pendirian dan sikap kita yang pertama. Jika didatangkan bukti dan fakta yang jelas tentang sesuatu kesalahan, barulah tindakan mampu dikenakan, kritikan dapat dilakukan terhadap mereka yang bersalah...

  • Itukan Hukum Allah

    Apabila orang jahil berbicara tentang agama, akan bertambah rosaklah agama di tangan mereka. Di sini, saya menentang video ini dengan hati, lisan dan tulisan sebagai tangan saya. Sungguh benci dan sangat bersimpati juga dengan pelakon- pelakon video ini. Adakah mereka sedar akan keceluparan skrip yang diucap...

Cahaya Syurga

Zoo Kemaman, Terengganu

Kemaskini blog semakin jarang. Merakam gambar secara serius pun semakin
kurang sejak akhir-akhir ini. Kesibukan kerja walaupun tidaklah 24 jam tanpa
henti, agak merencatkan perjalanan berpena dan merakam cahaya.

September 2013. Bulan yang agak sibuk sebagai tenaga pengajar di INSPI
Terengganu, untuk mencari rentak dan mood menyiapkan soalan-soalan
peperiksaan semester bagi adik-adik pelajar Itmamuddirasah serta STAM.
Tetapi syukur, hari ini selesai sudah kesemuanya.

Apapun, dalam kesibukan sempat juga mengasah bakat dalam menulis lirik
nasyid. Lagu Perjalanan, Ibu dan yang terbaru : Cahaya Syurga, telah berjaya
dihasilkan lirik serta lagunya. Langkah lanjut, saya serahkan pada adik-adik
di sini untuk selesaikan ia.

Cahaya Syurga. Ditulis tika mencari ketenangan dalam kehidupan.

Mengintai hari, yang berlalu demi hari
lantas menjengah
 fikiran kan Syurga nan indah

Menghitung waktu, yang berlalu demi waktu
lantas merindu
untuk bertemu Tuhan Maha Agung

Cahaya Syurga dijanjikan
wahai insan beriman
mengalir putih anhar yang suci
nyaman mendamaikan

Cahaya Syurga bersinar
seri senyuman manis
hadir menemani sang bidadari
dan singkap tabir Ilahi

Mengungkap rasa, kerinduan yang menjelma
lantas berkirim
doa selawat buat junjungan mulia

Menyentuh jiwa kehambaan
lantas bersujud
memohon ampunan

Lirik dan Lagu : Almizzi
Hakmilik : INSOLVE

Ya. Saya suka lagu ini. Sekian, selamat Hari Malaysia.

Almizzi,
Marang, Terengganu,
16 September 2013,
Jam 0048.
 
  Terus Ku Nanti Setia 
Marang, Terengganu

Pray For Egypt

Daripada web Syeikh Yusuf Al-Qardhawi :

Syeikh Yusuf Al-Qardhawi mengeluarkan fatwa tentang perlunya
menyokong presiden Mesir yang telah dipilih oleh rakyat, Muhammad
Mursi dan mempertahankan perlembagaan. 

Beliau juga menyeru Panglima Tentera Abdul Fattah As-Sisi dan
penyokongnya berundur demi mempertahankan legimitasi dan
demokrasi.

Daripada FB Ustaz Hasrizal Abdul Jamil : 

Tengah hari ini cuaca sangat panas. Saya tidak akan berkhutbah
panjang. Dengar baik-baik firman Allah ini :

Dan janganlah sekali-kali engkau cenderung kepada orang-orang
yang zalim, atau nanti kamu akan disambar api neraka (Hud : 113)

Apa yang berlaku di Mesir adalah zalim. Hati kamu cenderung ke mana?

Ringkas sungguh khutbah Jumaat tadi di sebuah masjid kecil di 
Validebag. Namun tepat dan harus lekat di kepala setiap jemaah
yang hadir.

Daripada Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman :

Sama-sama kita berdoa agar umat Islam khususnya orang awam
dan pencinta keadilan tidak dizalimi oleh regim tentera yang sudah 
mula berjangkit penyakit tentera laknat di Syria, sewenangnya
membunuh orang awam.

Daripada Ustaz Asri Zainal Abidin :

Di masa ini ada sesetengah pihak pengikut dajal yang memakai
jenama salafi - kononnya - menghalalkan perbuatan rejim tentera
yang membunuh rakyat Mesir. Kononya salaf tidak berpegang
pada demokrasi. Apakah Allah, rasul-Nya dan salaf merelakan
rakyat dibunuh demikian rupa? 

Puak salafi jenis inilah yang menjadi jentera zionis tanpa sedar.
Mereka memutar-belit nas-nas salaf. Mereka memetik nas-nas mungkin
benar tapi dengan maksud yang batil. Kesesatan mereka makin menjadi
-jadi kerana ingin mengampu pemerintah dan parti yang mereka sokong,
nama salaf dijual dengan murah.

Cukup dengan 4 kenyataan yang dikeluarkan oleh tokoh-tokoh ilmu di
Malaysia dan Antarabangsa ini, dan saya secara peribadi juga turut
sependapat dengan mereka serta ramai lagi ilmuan lain.

Isu Rohingya, Syria dan yang terbaru, Mesir adalah isu seluruh umat
Islam di dunia. Sesiapa yang tidak ambil berat akan urusan kaum
muslimin, maka dia tidak termasuk di kalangan mereka. Ya, kita
masih bergembira dengan kehadiran Syawal, namun tiada alasan untuk
kita leka akan keadaan mereka. Titiplah doa sentiasa untuk mereka. 

tatkala kezaliman pihak tentera sudah ketara, saya masih hairan dengan
beberapa kenyataan dan pendapat beberapa pihak atau individu yang
masih tidak melihat realiti ini. Mereka cuma menyalahkan rakyat kerana
berdemonstrasi. Kata mereka : Demonstrasi haram. Haram menjatuhkan
kerajaan yang ada sekarang...

Hairan. Kerana ketika tentera membunuh rakyat jelata, mereka diam
seribu bahasa. Ketika darah orang Islam tumpah, mereka bisu dan
membutakan mata. Ketika Muhammad Mursi digulingkan kerana kerja
khianat, mereka tidak lantang mengharamkannya. Malah ada kerajaan
'Islam' yang menyokong kejatuhan presiden yang menghafaz Al-Quran
itu.

Namun tidak mengapa, kerana sudah ratusan syahid tersenyum untuk
bertemu Tuhan-Nya.

Ketika Allah murka pada rakyat jelata yang taat kepada Firaun yang
zalim hanya kerana ugutan dan ancaman seorang manusia mengaku
tuhan itu, kita pula meminta rakyat Mesir sekarang kembali taat pada
penzalim As-Sisi dengan sewenangnya dan hanya bersabar?

Sungguh buruk permintaan itu. Mereka lebih memilih syahid!

Kepada saudara-saudara Islam Malaysia di sana. Moga Allah memelihara
kalian dari kezaliman kerajaan dan tentera As-Sisi dan sekutunya. Doa
kami sentiasa ada untuk kalian.

Jaga keselamatan sahabat-sahabat semua. Allah bersama dengan tiap
hamba-Nya yang taat dan sabar. 

Ya Allah, kurniakan pertolongan-Mu kepada tiap pejuang Islam yang
benar di Mesir. Sesungguhnya janji-Mu adalah benar. Binasakanlah
kaum yang menzalimi. Menangkanlah kaum yang dizalimi. Ameen

Himpunan gambar yang lain boleh dilihat di sini : Klik

Namun jujur saya terkilan, isu ini langsung tidak disentuh sama ada di
dalam khutbah jumaat hari ini bahkan di luar khutbah. Memang benar
kandungan khutbah mengajak kita menjadi muslim beradab, Namun
sekarang adakah kita beradab dengan saudara-saudara muslim di Mesir
sana? Fikirlah dengan akal yang waras, tanpa dihijab dengan batas
politik tertentu.

Sekurang-kurangnya, ada doa khusus menyebut mereka di sana.

Dukacita, harapan itu tidak berlaku.

Almizzi,
Marang, Terengganu,
16 Ogos 2013,
Jam 2332.

Pray For Egypt






Berhenti mengecam Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman kerana perkahwinan
kedua beliau. Berdoalah moga beliau berbahagia.

Bersederhana dalam gembira beraya ketika ini. Pelihara adab dan kata-kata.

Beristighfar memikirkan jenayah bunuh yang kian menjadi di Malaysia. Aman
yang semakin menipis.

Mutakhir ini, berdoa untuk saudara-saudara Islam yang tertindas di bumi 
Mesir. Moga Allah membantu mereka yang dizalimi, moga Dia menghapuskan
setiap musuh-Nya yang dimurkai.

Ketika mereka menderita di sana, tergamakkah kita bersuka-ria tanpa ada
batas dan sempadannya? Malulah wahai diri.

Pagi hari ini kurang ceria, pabila mendengar kezaliman di sana.

Almizzi,
Marang, Terengganu,
15 Ogos 2013,
Jam 2213.

Eid Moubarak Sa'eid 2013

IMG_1177       
Ahli keluarga lelaki

IMG_1167 
Ahli keluarga perempuan

Eid Moubarak Sa'eid tahun 2013 buat semua sahabat dan saudara.

Moga beroleh ganjaran taqwa yang terbaik di sisi-Nya. Ameen

Almizzi,
Marang, Terengganu,
10 Ogos 2013,
Jam 2343. 

Al Caliph Photo


Al Caliph Photo. 

Pakej perkahwinan. Gambar-gambar simpanan lama yang menjadi bahan
untuk promosi. 

Murah? Mungkin. Hehe...

Almizzi,
Marang, Terengganu,
06 Jun 2013,
Jam 2017. 

Fotografi Perkahwinan?

 
Lama tidak update.

Setelah berjam-jam mengasah balik skill edit, haruslah berpuas hati dengan
gambar ini. Merajinkan diri untuk study tentang wedding photography.

Ini belum rasmi. Percubaan sahaja. hehe...

Almizzi,
Marang, Terengganu,
02 Jun 2013
Jam 2109