• Hidup Dalam Bersederhana

    Saya kadang-kadang cuba memahami, namun banyak kali saya gagal untuk cuba mengintai sedikit titik persamaan atau noktah kepada sengketa ini. Dan akhirnya saya hanya mampu memerhati, membaca, menilai dan menulis kesimpulan dalam diri sendiri sahaja...

  • Amanah Kita Bersama

    Masing-masing membuat suatu pekerjaan berdasarkan pada kekuatan, kemampuan serta kepakaran. Kemudian kepakaran itu dikongsi untuk perolehan manfaat bersama. Inilah sikap umat Islam yang saling menguatkan...

  • Jangan Mudah Menghukum

    Bersangka baik adalah pendirian dan sikap kita yang pertama. Jika didatangkan bukti dan fakta yang jelas tentang sesuatu kesalahan, barulah tindakan mampu dikenakan, kritikan dapat dilakukan terhadap mereka yang bersalah...

  • Itukan Hukum Allah

    Apabila orang jahil berbicara tentang agama, akan bertambah rosaklah agama di tangan mereka. Di sini, saya menentang video ini dengan hati, lisan dan tulisan sebagai tangan saya. Sungguh benci dan sangat bersimpati juga dengan pelakon- pelakon video ini. Adakah mereka sedar akan keceluparan skrip yang diucap...

Potret - Ustaz Fathi

Fathi Mark
Crop - Adjust Sharpness - Convert kepada BW
- Adjust Contrast dan level - Watermark - Resize.


Update ringkas hari ini, setelah agak penat menanti ustaz untuk
menyelesaikan baki 2 subjek peperiksaan. Semalam menunggu
dari jam 8 pagi hingga 1 tengahari, hari ini menunggu dari jam
8 pagi juga hingga 12 tengahari. Kemudian, terus balik ke rumah.

Semalam juga, selesai urusan bitaqah watoni (kad pengenalan)
setelah hampir 5 bulan menunggu dengan sabar. Alhamdulillah.
Dah boleh berfikir untuk hidup dengan aman hingga tarikh pulang
ke Malaysia tidak lama lagi.

Fathi 2 Mark
Crop - Convert kepada BW - Watermark - Resize.
Itu sahaja.


Terima kasih kepada Ustaz Fathi kerana mengizinkan saya untuk
merakam beberapa keping gambar beliau yang bertemakan potret
dalam Black & White, menggunakan Canon EOS 20D, lens Tamron
18-200mm dan Speedlite Canon EX-550, maka saya kongsikan di
sini 2 keping hasilnya. Edit pun ringkas sahaja.

Doakan peperiksaan kami di sini berakhir dengan natijah yang
baik. Terima kasih.

P/s : Baru-baru ini, Satu soalan yang bersifat 'mengorek rahsia'
telah ditujukan kepada saya oleh senior saya. Mujurlah saya
lebih cekap menghidu kehendak tersirat soalan tersebut.

Almizzi,
White House, Ain Chock,
Casablanca, Maghribi,
19 Januari 2011,
Jam 1630.


Permataku

1
Abah dan Mama.

Sunyi selubungi malam
Mengusik minda yang terlontar jauh
Masih hangat terasa
Tangan yang membelai yang mengusik manja
Daku damba kasihmu
Biar jadi pedoman
Buat penyuluh jalan kugapai impian

Angin kau nyanyikan lagu
Untuk permataku tenang selalu
Bayu sampaikan berita
Daku kini ceria aman dan bahgia
Selimutkan rinduku bersama malammu

Hadirlah kau dalam mimpiku
Agar kau selalu ada disisiku
Rindu belaian kasihmu rindu senyumanmu
Penawar lukaku
Dengarkan laguku hadiah untukmu
Jasa dan baktimu ku kenang selamanya

Dikaulah cahaya
Bila malam menjelma
Kasihmu membawa ke syurga
Dan redha yang Esa

Mirwana : Permataku

Hari ini hari ISTIMEWA

Hari ini adalah hari ulangtahun kelahiran ibu saya tercinta, 16
Januari 2011. Kali ini saya masih berada di perantauan. Jika di
Malaysia sebelum ini, maka kami adik-beradik akan bersepakat
untuk menghadiahkan ibu sesuatu yang disukainya, dan akan
keluar makan malam bersama-sama. Kami pasti tidak akan
mampu membalas jasa ibu dengan semua perkara itu, namun
yang kami harapkan, kami mampu membuatkan ibu tersenyum,
gembira di sisi anak-anaknya yang sentiasa mengharapkan
doa dan cinta dari seorang insan yang bernama ibu. Hanya
ada satu, tiada dua dan seterusya.

Selamat hari lahir untuk mama. Pagi saya di sini amat bermula
gembira dan ceria teringatkan tarikh istimewa ini. Semoga
mama sentiasa berada di bawah redha-Nya, diberkati umur dan
diluaskan pintu rezeki mama, dikurniakan kebahagian selalu
dan dipanjangkan umur, untuk beribadah serta taat pada-Nya.

Pastinya saya sekarang ini tidak sabar untuk bertemu dengan
ibu, selepas tamatnya pengajian saya di sini.

Ameen.

Almizzi,
White House, Ain Chock,
Casablanca, Maghribi,
16 Januari 2011,
Jam 0752.

Nota Ringkas

Haikal 2 Mark
Dalam jam 1 hingga 2 petang

Alhamdulillah dapat juga turn untuk peperiksaan bersama Ustaz
Syakir, pensyarah yang dikagumi dalam Fikr Islami selepas agak
penat menunggu sejak awal pagi. Terima kasih kepada kawan
arab yang menolong untuk mendapatkan turn saya seketika tadi.

Dan alhamdulillah dapat menjawab soalan dengan baik. Ustaz
Syakir memang baik. Senyuman yang sentiasa terukir ketika
bertanya sedikit sebanyak mengurangkan rasa gentar dalam hati.

Usai sesi soal jawab peperiksaan,

Ustaz : Kamu telah selesai semester 6, dan ini adalah semester
terakhir bagi kamu bukan? Maka selepas ini kamu akan pulang
ke Malaysia?

Saya : Iya ustaz, insyaallah saya akan pulang ke Malaysia jika
lulus semester akhir ini.

Ustaz : Baiklah jika begitu. Semoga dipermudahkan segala urusan
kamu selepas ini. Nanti sampaikan salam saya pada kawan-kawan
kamu yang pernah belajar dengan saya di sini ya.

Dan jangan lupakan kami dalam doa kalian semua...

Jujur mengatakan, berasa agak sedih dan terharu bila memikirkan
kembali kata-kata Ustaz Syakir. Ucapan ringkas beserta senyuman
itu amat mendalam bagi saya.

Seolah suatu perpisahan dan ucapan selamat tinggal itu kini terasa
semakin hampir.

Moga dipermudahkan segala urusan. Ameen.

Almizzi,
White House, Ain Chock,
Casablanca, Maghribi,
15 Disember 2011,
Jam 1523.