• Hidup Dalam Bersederhana

    Saya kadang-kadang cuba memahami, namun banyak kali saya gagal untuk cuba mengintai sedikit titik persamaan atau noktah kepada sengketa ini. Dan akhirnya saya hanya mampu memerhati, membaca, menilai dan menulis kesimpulan dalam diri sendiri sahaja...

  • Amanah Kita Bersama

    Masing-masing membuat suatu pekerjaan berdasarkan pada kekuatan, kemampuan serta kepakaran. Kemudian kepakaran itu dikongsi untuk perolehan manfaat bersama. Inilah sikap umat Islam yang saling menguatkan...

  • Jangan Mudah Menghukum

    Bersangka baik adalah pendirian dan sikap kita yang pertama. Jika didatangkan bukti dan fakta yang jelas tentang sesuatu kesalahan, barulah tindakan mampu dikenakan, kritikan dapat dilakukan terhadap mereka yang bersalah...

  • Itukan Hukum Allah

    Apabila orang jahil berbicara tentang agama, akan bertambah rosaklah agama di tangan mereka. Di sini, saya menentang video ini dengan hati, lisan dan tulisan sebagai tangan saya. Sungguh benci dan sangat bersimpati juga dengan pelakon- pelakon video ini. Adakah mereka sedar akan keceluparan skrip yang diucap...

Kids | Alhamdulillah

Ahla Mark
Lensa saya bernasib baik pada waktu ini! Potret Ahla
yang tersenyum tepat pada masa shutter ditekan.

Puluhan juga gambar Ahla dirakam pada hari tersebut.
Namun yang menjadi tidak banyak, gambar kerap menjadi
blur. Biasalah budak-budak, tak boleh duduk diam. Dan
Ahla kini jauh lebih aktif dan petah sekarang!

Sebenarnya, saya ingin letakkan sedikit caption di bahagian
sebelah kanan gambar ini, seperti ucapan tahniah atau
sebagainya. Namun selepas hampir 2 jam menghadap
photoshop, saya telah buntu memikirkan idea untuk
membuat caption tersebut.

Saya masih lemah untuk berfikir kreatif dalam
penghasilan design dan grafik yang menarik
untuk dijadikan caption atau penghias sesebuah
gambar. Itu saya sendiri akui.

Yasir Mark
Yasir, kanak-kanak riang yang akan menggamatkan
rumah White House dengan kehadirannya. Agak
lama juga gambar ini diperam di dalam hard disk.

Tema gambar ini : Walau macam mana sekalipun
kacaunya hidup kita, sentiasalah tersenyum dan
terus fokus kepada mata lensa. Hehe...

Background serabut, kerana belum selesai gotong
-royong selepas tamat haflah perpisahan sahabat
saya, Syed dan Asyraf.

Cukup dengan 2 keping gambar ini rasanya. Alhamdulillah saya
amat gembira dan bersyukur waktu ini. Keputusan semester 5
saya telah selesai dikemaskini. Dan keputusan exam tersebut,
amat memuaskan hati saya. Terima kasih kepada semua
pegawai di idarah (pejabat) yang amat banyak menolong saya
menyelesaikan masalah yang dihadapi terutamanya Sayyidah
Naimah (sama dengan nama ibu saya), iaitu Ketua Hal Ehwal
Pelajar. Jazakumullah khairal jazak.

Serta terima kasih buat sekalian sahabat, ahli keluarga dan
guru yang sentiasa mendoakan kejayaan saya dan semua
teman yang menuntut ilmu di Maghribi ini khususnya. Hanya
Allah yang membalas kebaikan kalian dengan sebaik-baik
ganjaran.

Pesan Rasulullah SAW, permudahkanlah dan jangan kamu
menyusahkan, gembirakanlah dan jangan kamu membuat
orang lain menjauhkan diri dari kamu.

Semoga khabar baik daripada saya menggembirakan hati
semua sahabat, dan ahli keluarga saya. Alhamdulillah.

Almizzi,
White House, Ain Chock,
Casablanca, Maghribi,
5 Disember 2011,
Jam 0750.


Potret | Perpisahan | Peperiksaan

Haikal Mark
Antara yang diraikan, ustaz Muhammad Haikal.
Kelemahan bila bounce flash ke siling, akan
terhasil sedikit gelap pada mata atau dahi subjek.
Terutama jika subjek memakai topi. Hehe...

Dan sedikit overexpossed pada topi tersebut.


Pada laman Facebook, saya telah nyatakan bahawa saya akan
kongsikan gambar-gambar ziarah saya bersama Hariz dan Aimi
ke pantai Mehdia. Namun bila difikirkan kembali, eloklah saya
mulakan secara tertib berdasarkan permulaan permusafiran
saya ke Rabat, kemudiannya ke Kenitra.

Majlis perpisahan senior, ustaz Haikal, Hafizullah dan Najmi
yang diadakan pada Khamis lepas. Berkurang lagi ahli keluarga
PMMM kali ini dengan kepulangan 3 orang sahabat ini.

Entry kali ini, saya kongsikan 5 keping gambar potret sahaja.
Tujuan tulisan ini bukan menceritakan perjalanan majlis yang
berlangsung tersebut, tapi sekadar perkongsian potret yang
sempat saya rakamkan pada malam tersebut.

Entry khusus untuk majlis perpisahan ini, insyaallah bakal
menyusul selepas ini. Doakan saya rajin update.

Rahim Mark
Abdul Rahim Zainuddin dengan pose-nya. Kadang
- kadang bayang yang terhasil dengan penggunaan
external flash juga menghasilkan mood yang
tersendiri. Ini bukan CLS. Hanya bounce ke lantai.


Fakurazi Mark
Fakurazi, Ketua Exco Rohani PMMM.
Sedikit under saya rasa. Jika Haziq tiada di
belakang, gambar lebih kemas.


Tambahan, keputusan peperiksaan semester 5 telah dikeluarkan
pada hari kelmarin. Agak mendukacitakan, nama saya tercicir
dari senarai tersebut.

Selepas urusan kemaskini di pejabat (idarah) universiti, maka
keputusan 10 subjek telah saya dapat, sekarang hanya berbaki
dua lagi subjek. 10 subjek tersebut, alhamdulillah saya amat
berpuas hati dengan markahnya.

Doakan urusan saya yang berbaki ini dipermudah oleh-Nya.
Terima kasih.


Hairi Mark
Hairi Rabbani, penghulu wilayah Rabat. Antara subjek
kesukaan saya. Jika Auzaie tiada di belakang, maka
gambar lebih bersih dan kemas.


Kay-z Mark
Dan yang terakhir, Kamaruzaman Zali iaitu
Setiausaha Kehormat PMMM. Sedikit kesilapan,
jika cahaya yang di-bounce pada sebelah kiri
tepat pada mata subjek, maka gambar ini
akan sempurna.


Saat ini, jangan kita lupa untuk mendoakan sahabat-sahabat,
rakyat Malaysia di bumi Mesir. Semoga mereka terus berada
dalam keadaan selamat, dan moga urusan evakuasi yang
diuruskan kerajaan Malaysia berjalan lancar.

Semoga kemenangan berpihak pada golongan penuntut hak
dan kebenaran. Ameen.

Almizzi,
White House, Ain Chock,
Casablanca, Maghribi.
3 Febuari 2011,
Jam 1658.


Bersama Kita Doakan

Buat sahabat-sahabat sekalian, sama-sama kita panjatkan doa
untuk saudara-saudara Islam kita, rakan taulan, para pensyarah
dan ulama di bumi Mesir yang telah kita sedia maklum, pada
waktu ini dengan demonstrasi dan pergolakan yang berlaku di
sana.

Khusus kita mendoakan juga, keselamatan sekalian rakyat
Malaysia di sana. Semoga Allah mengurniakan perlindungan
buat mereka, dan moga proses evakuasi rakyat Malaysia
ke Malaysia dan negara-negara berdekatan berjalan lancar.
Bersama kita doakan.

(Amat risau dengan keadaan sahabat-sahabat saya yang agak
ramai di sana).

Semoga Allah jua kurniakan kemenangan buat penjunjung
kebenaran, penolak kebatilan di bumi anbiya' sana. Ameen.

Ucapan Pemangku Presiden PMMM : Portal PMMM
Laman perkembangan semasa di Mesir : Krisis Mesir Nasib Pelajar Kita
Laman Facebook perkembangan di Mesir : Selamatkan Rakyat Malaysia

Wallahu 'alam. Salam prihatin daripada saya.

Almizzi,
Sakaniyah,
Kenitra, Maghribi,
1 Febuari 2011,
Jam 1846.


Tiada penyelesaian, kecuali pengunduranmu Hosni Mubarak.