• Hidup Dalam Bersederhana

    Saya kadang-kadang cuba memahami, namun banyak kali saya gagal untuk cuba mengintai sedikit titik persamaan atau noktah kepada sengketa ini. Dan akhirnya saya hanya mampu memerhati, membaca, menilai dan menulis kesimpulan dalam diri sendiri sahaja...

  • Amanah Kita Bersama

    Masing-masing membuat suatu pekerjaan berdasarkan pada kekuatan, kemampuan serta kepakaran. Kemudian kepakaran itu dikongsi untuk perolehan manfaat bersama. Inilah sikap umat Islam yang saling menguatkan...

  • Jangan Mudah Menghukum

    Bersangka baik adalah pendirian dan sikap kita yang pertama. Jika didatangkan bukti dan fakta yang jelas tentang sesuatu kesalahan, barulah tindakan mampu dikenakan, kritikan dapat dilakukan terhadap mereka yang bersalah...

  • Itukan Hukum Allah

    Apabila orang jahil berbicara tentang agama, akan bertambah rosaklah agama di tangan mereka. Di sini, saya menentang video ini dengan hati, lisan dan tulisan sebagai tangan saya. Sungguh benci dan sangat bersimpati juga dengan pelakon- pelakon video ini. Adakah mereka sedar akan keceluparan skrip yang diucap...

Akhlak Islam kan Indah

Iman NEW
Exposure : N/A
Program : Manual
Focal Length : 50mm
Aperture : f/1.8
ISO : N/A
WB : Auto

Apabila kita berpegang teguh terhadap suatu pendapat, tidak kira dalam persoalan
fiqh, akhlak, tasauf, muamalat, politik dan sebagainya serta mempunyai kekuatan
hujah atau fakta untuk menegakkannya, itu adalah sesuatu yang baik. Maka kita ini
bukanlah golongan pengikut atau mukallid yang kosong.

Kemudian kita temui pendapat yang berbeza dengan pegangan kita selama ini. Maka
kita cuba, bahkan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengkaji dan menyemak
serta menilai perbezaan pandangan-pandangan berdasarkan ilmu, kemampuan di
tambah pula bertanya kepada para alim dan cendekiawan. Itu adalah sesuatu yang
amat baik. Islam menggalakkan umatnya rajin membaca, mengkaji dan menilai ilmu.
Pasti akan ada manfaat untuk komuniti Islam bersama.

Akhirnya kita dapati bahawa perbezaan tersebut sudah lama wujud dan merupakan
suatu perkara berbentuk khilafiyyah. Maka kita berlapang dada. Kita kekal dengan
pegangan kita yang asal, dan terbuka serta hormat pada pendapat atau pandangan
yang lain. Inilah yang terbaik

Jika hujah kita lebih kukuh, kita berbincang lalu menyampaikannya dengan penuh
rasa rendah diri dan hormat-menghormati. Tiada paksaan dilakukan, juga tidak ada
sekelumit pun celaan atau tindakan mengaibkan pihak yang lain. Inilah juga yang
terbaik.

Jika kita salah dan tersilap, lantas kita mengakui kesalahan dan beristighfar kepada
-Nya. Tanpa rasa ego, kita kembali pada jalan yang lebih tepat dan benar menuju
ke arah pintu kehidupan yang terbaik serta diredhai. Inilah akhlak terbaik.

Akhlak Islam kan indah.

Almizzi,
Kemaman, Terengganu,
1 April 2012,
Jam 1636.

Barakallah Lakuma 2

N2R1
Gambar wajib - Iman Haikal selepas 8 bulan

Baiklah, pada 11 dan 12 Mac 2012 baru-baru ini, alhamdulillah telah selamat sudah
majlis akad nikah dan walimah al-urus kakak sulung saya, Nurdini Muhammad Khatib.
Dan bersyukur juga kerana saya dapat mengambil cuti rehat 3 hari kerana memang
ingin turut serta dalam persiapan kedua-dua majlis tersebut.

Seperti biasa, setelah selesai mengemas rumah dan yang seumpama dengannya, maka
tugas saya pastinya menjadi jurugambar sepanjang majlis berlangsung. Ini kali pertama
saya shoot untuk event perkahwinan, jadi kekoklah sedikit serta agak ketandusan idea.
Apapun, saya kongsikan di sini 5 keping gambar pilihan yang dirakam ketika kedua-
dua majlis tersebut berlangsung.

Sebagai maklumanlah kan, bahawa kakak saya just married. Hehe...

N10R1

N13R1
Bersama ibu saya dan ibu abang ipar saya

N12R1

N14R1
Tidak salah kalau jurugambar pun nak interframe juga kan?

Akhirnya, seuntai doa untuk pasangan pengantin ini :

بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير

Semoga kekal hingga ke syurga dengan perkenan dan redha-Nya. Ameen.

Almizzi,
Marang, Terengganu,
15 Mac 2012,
Jam 2350

Masa untuk semak kertas jawapan exam anak-anak murid pula. Sungguh menguji sabar!

Agar Sabar & Istiqamah

12

Exposure : 1/30
Program : Manual

Focal Length : 50mm

Aperture : f/1.8

ISO : 400

WB : Auto


Hampir sebulan tidak mengemaskini blog ini. Apa boleh buat, sekarang ini memang
agak sibuk menyiapkan soalan peperiksaan untuk adik-adik dan abang-abang pelajar
di sini. Moga Allah mempermudahkan urusan.

Namun alhamdulillah, cuti 3 hari baru-baru ini, sempatlah memegang kamera sekejap
untuk merakam beberapa keping gambar haiwan kesayangan ini. Gambar pada entry
ini adalah antara yang terbaik. Semuanya berlaku kebetulan sahaja, apabila saya agak
tertarik dengan natural light dari sudut kiri si comel ini.

Akhirnya, doakan saya moga terus rajin dan istiqamah dalam segala urusan yang baik
serta mendapat redha-Nya. Agar kita beroleh manfaat bersama.

Bersabar itu adalah yang terbaik.

Almizzi,
Kemaman, Terengganu,
7 Mac 2012,
Jam 1128.