• Hidup Dalam Bersederhana

    Saya kadang-kadang cuba memahami, namun banyak kali saya gagal untuk cuba mengintai sedikit titik persamaan atau noktah kepada sengketa ini. Dan akhirnya saya hanya mampu memerhati, membaca, menilai dan menulis kesimpulan dalam diri sendiri sahaja...

  • Amanah Kita Bersama

    Masing-masing membuat suatu pekerjaan berdasarkan pada kekuatan, kemampuan serta kepakaran. Kemudian kepakaran itu dikongsi untuk perolehan manfaat bersama. Inilah sikap umat Islam yang saling menguatkan...

  • Jangan Mudah Menghukum

    Bersangka baik adalah pendirian dan sikap kita yang pertama. Jika didatangkan bukti dan fakta yang jelas tentang sesuatu kesalahan, barulah tindakan mampu dikenakan, kritikan dapat dilakukan terhadap mereka yang bersalah...

  • Itukan Hukum Allah

    Apabila orang jahil berbicara tentang agama, akan bertambah rosaklah agama di tangan mereka. Di sini, saya menentang video ini dengan hati, lisan dan tulisan sebagai tangan saya. Sungguh benci dan sangat bersimpati juga dengan pelakon- pelakon video ini. Adakah mereka sedar akan keceluparan skrip yang diucap...

Salam Perpisahan | Datuk Othman Samin

new
Potret mahasiswa bersama
TYT Datuk Othman bin Samin
.

Saya kongsikan untuk pertama kali, sekeping potret barisan mahasiswa
bersama TYT Datuk Othman Samin, Duta Besar Malaysia ke Maghribi,
dirakam ketika majlis perpisahan TYT Datuk yang diadakan pada malam
kelmarin.

Insyaallah, koleksi gambar-gambar yang sempat dirakam pada malam
tadi akan saya kongsikan pada entry berikutnya, mungkin esok atau
lusa. Nantikan ya.

Almizzi,
White House, Ain Chock,
Casablanca, Maghribi,
19 Disember 2010,
Jam 2027.


Just Photography | Landscape 1

PEACE

Almizzi,
White House, Ain Chock,
Casablanca, Maghribi,
14 Disember 2010,
Jam 2117.

Percubaan Pertama

3

1
Kali pertama saya mencuba untuk product photography. Sekadar
mengisi sedikit masa rehat di waktu pagi tatkala junior-junior
saya keluar beriadah. Jadi terdetik idea untuk try teknik yang
agak menarik ini.

Dengan hanya menggunakan beberapa keping kertas putih bersaiz
A4 sebagai tabir atas, bawah, kiri dan kanan, bersama lens Tamron
18-200mm f/3.5-6.3 serta Speedlite Canon 550 EX E-TTL, maka
8 keping gambar ini adalah hasilnya.

Kecuali produk (Lens Tamron 18-200mm) di bawah ini. Saya telah
gunakan lens Sigma 10-20mm. Kesemua gambar ini dirakam dengan
Flash
di-bounce-kan ke atas dengan power yang berubah-ubah.

11

8

5

4

10

9
Memandangkan latihan ini dibuat secara tiba-tiba atau hanya suka
-suka, maka kelemahan akan berlaku. Antaranya, produk atau
bahan yang tidak dibersihkan atau disediakan sebaiknya. Jadi
terdapatlah kotoran atau habuk pada lens dan kuda mainan
yang diperoleh entah dari mana.

Satu lagi perkongsian bersama hari ini. Wallahu 'alam.

Almizzi,
White House, Ain Chock,
Casablanca, Maghribi,
12 Disember 2010,
Jam 2222.