Kenangan atau memori silam, pasti kadang-kadang mampu
membuat kita tersenyum sendirian. Itulah yang sedang saya
rasai sekarang. Sebentar tadi, bersembang-sembang tengah
malam bersama adik-adik junior, pelbagai kisah dan cerita
lama kami kongsikan.
Bermula dari zaman sekolah rendah hingga alam universiti.
Kisah belajar, keluarga, hobi permainan, diari masyarakat
dan segala macam topik dikongsi bersama.
Dahulu, ketika tahun pertama di sini. Beginilah juga kami
berkumpul dan bercerita bersama senior. Kenangan yang
masih kemas dalam ingatan.
Sambil pekena secawan Teh Maghribi yang amat sedap...
Almizzi,
White House, Ain Chock,
Jam 0118.
0 Komen:
Catat Ulasan