Aperture : f/1.8 dan f/2.0
Focal Length : 50mm
WB : Auto
ISO : 800
Iman Syairazi cadangan saya diterima separuh sahaja. Lahirnya
pada 23 Jun 2011 jam 1:59 pagi, jika tarikhnya 22 mungkin ia
akan lebih bermakna buat saya. Tapi tak mengapa, ehee...
Alhamdulillah, sesungguhnya kami sekeluarga sangat gembira
dengan kehadiran ahli baru dalam famili ini. Semuanya sudah
naik pangkat sekarang menjadi grandma, grandpa, uncle dan
aunty. Ya, penggunaan bahasa inggeris ini mengekalkan rasa
muda dalam diri kami.
Iman pada waktu petang ketika hari hampir senja. Jadi cahaya
semulajadi agak suram, memaksa shutter speed diperlahankan,
aperture besar digunakan walaupun kurang sesuai untuk potret,
ISO ditinggikan menyebabkan kewujudan noise yang agak lebih
pada gambar. Nilai 800 itu sudah kurang menyelesakan.
Guna flash? Saya mungkin kehilangan kamera saya jika berbuat
demikian kepada si Iman yang sedang nyenyak tidur ini.
daripada kalian untuk Iman Haikal. Semoga Iman ini akan menjadi
seorang anak yang baik dan soleh kelak, menjadi permata keluarga
yang menyejukkan hati ibu bapanya serta keluarga. Ameen.
Sekian dilaporkan oleh bapa saudara Iman Haikal. Terima kasih!
Almizzi,
Rumahku Syurgaku,
Marang, Terengganu,
30 Jun 2011,
Jam 1116.
9 Komen:
Tahniah bapa saudara Iman Haikal! :)
Wah jdi pak sdare dh leni.Bile bleh jmpe blik sek2 nih =D
Terima kasihhh :D ehee tnggu cukup korum, yg oversea blik dlu :)
Cutenye iman haikal~=)
owh, my son soo hensem!
Ceh, menurun uncle dia tu tau tak? :PPP
SALAM..
Da jadi pak cik da ustaz tarmizi..
hampir sama nama juga dgn anak buah farah ^_^
anak buah farah IMAN FAHRI..:)
Wassalam...
Ehee alhamdulillah, rasa makin berusia bila jadi pakcik ni :)
Hampir sama dh tu yer, jadi kawan kot nanti mungkin :D
haikal besar2 jgn pinjam kamera mcm pakcik eh!!!
Catat Ulasan