Aperture : f/2.0
Focal Length : 50mm
WB : Auto
ISO : 100
Exposure Program : Manual
Aku pulang 3 bulan yang lalu,
Malaysia itu nama negaraku,
sejenak berpisah dek menuntut ilmu,
jejak kembali meresahkan kalbu.
TV1 dan TV2 memang jauh sekali,
sekarang TV3 pun tumpang sekaki,
media ini tiada benarnya lagi,
modal satu pihak, hentam musuh tradisi.
Berita Harian dan utusan satu kepala,
kebenaran dicampak sejauh-jauhnya,
kepalsuan dicipta sesungguh-sungguhnya,
akhirnya yang benar, bola sepak sahaja.
Kita gemar akan imam muda,
sekarang ada ustazah pilihan,
untuk melahirkan pendakwah hawa,
adakah tujuan menjadi perhiasan?
Lelaki dan wanita tidak akan sama,
dalam berdakwah akan ada perbezaan,
tak perlu menonjol di lampu media,
risau terjerat dek musuh yang nyata.
Mutakhir ini, muncul wanita bernama ambiga,
pemimpin BERSIH pilihan jawatankuasa,
hajatnya hanya 8 sahaja,
ditentang seolah nak hancurkan negara.
Dipersoal pula ketidak-islamnya,
terbangkit juga IFC seliaannya,
eh bukan salah bab bekerjasama,
setuju satu perkara, bukan setuju semuanya.
Hampir terlupa suatu kisah,
As-Sudais ke Malaysia untuk berziarah,
dituduh ajar wahhabi, beliau difitnah,
padahal ucapannya benar dan hemah.
Menatap sekeping gambar dan kisahnya,
perhimpunan BERSIH diwahhabikan juga,
kalau semua wahhabi peninglah kepala,
mereka kata : ada pegangan di kalangan pemimpinnya,
mengatakan Allah itu duduk sile lendik di atas arasy-Nya.
Petang tadi sahabat bercerita,
ulama kita kian dipersenda,
tiada pengiktirafan itulah puncanya,
namun mereka mungkin terlupa.
Ada yang tercatat, dan sijil di sisinya,
tak kurang juga yang tiada, tak tersebut akannya,
tapi itu bukanlah kemuncak segalanya,
ilmunya sendiri cukup untuk mengiktirafnya!
Malaysiaku kini kian berdukacita,
dan diriku kini dah letih bercerita,
cukuplah coretan di sini sahaja,
terkasar bahasa, maaf dipinta.
harapanku cuma satu sahaja,
melihat Islam bersatu umatnya,
berbeza aliran bukan masalahnya,
jujur dan ikhlas benteng utamanya.
Kita satu bangsa, kita satu negara,
kita satu matlamat, kita satu Malaysia,
lagu ini kesukaan saya,
jika liriknya bukan mimpi indah semata,
sungguh itu menggembirakan saya.
Saya sayang Malaysia!
Tiba-tiba pula nak berpuisi. Terpengaruh dengan sakti A. Samad
Said mungkin. Saat ini juga, sudilah kita untuk mendoakan untuk
sahabat saya, Hazimin Harun yang ditahan polis baru-baru ini
kerana dituduh memiliki baju BERSIH, dan akan dibicarakan di
sini Ogos nanti. Moga beliau mendapat pertolongan Allah yang
pasti membantu hamba-Nya yang dizalimi. Ameen.
Almizzi,
Rumahku Syurgaku,
Marang, Terengganu,
10 Julai 2011,
Jam 1653.
0 Komen:
Catat Ulasan