Shutter Speed : 1/125, 1/160
Focal Length : 84mm, 200mm
Aperture : f/6.3
ISO : 400
WB : Auto
Depth of Field atau DOF yang juga menjadi perhatian utama dalam
lapangan fotografi, selain berlatih landskap dan potret.
Sebab apa menjadi kegemaran? Kerana pendapat saya, kemahiran
yang baik dalam menentukan DOF dapat membantu menghasilkan
sekeping gambar yang berfokus, bersih dan tidak berserabut. Dan
apa yang saya buat adalah seperti berikut :
Pertama - Aperture f/6.3 dengan jarak 200mm. Sudah cukup untuk
menghasilkan kontra yang baik antara subjek dan latar belakang.
Kedua - Warna antara subjek dan latar belakang biarlah dijelaskan
perbezaannya. Rajin-rajinkan diri mencari latar belakang yang biar
kemas, mempunyai warna yang tidak terlalu berserabut
Ketiga - Latar belakang biar betul-betul bersih. Barulah subjek itu
menonjol, tidak berserabut dengan benda lain.
Potret kucing sekadar hiasan sahaja.
berpuas hati pada gambar asli, baiki sahaja dalam Adobe Photoshop
yang ada berpuluh-puluh versi itu.
Kelima - Jaga warna keseluruhan gambar. Elakkan terlalu tampak
kebiruan, kekuningan, kemerahan dan sebagainya. Bersederhana
itu lebih baik.
kecil ini. Cuma lensa Tamron 18-200mm yang digunakan, dan saya
cukup berpuas hati dengan hasilnya.
Segala kekurangan, saya mohon maaf. Kebetulan saja saya terfikir
untuk menulis dan berkongsi tentang ini. Kepada yang mempunyai
kamera DSLR, rajin-rajinlah membaca dan mengulangkai pelajaran
fotografi.
Kata saya : Ingin jadi ahli fotografi yang hebat, kita perlu belajar
untuk melihat dan merakam gambar yang semestinya tidak akan
dapat dilakukan oleh orang-orang biasa (Betul ke tak, saya pun
tak pasti) hehe...
Sekian, selamat hari raya!
Almizzi,
Rumahku Syurgaku,
Marang, Terengganu,
6 September 2011,
Jam 2120.
1 Komen:
lepas tu mmg dok wi pinjang ko sy lagi la.. heehehe.. rindu aa
Catat Ulasan