mudah-mudahan setiap kalangan kita, bahkan setiap muslim yang bergembira meraikan
kedatangan Ramadhan ini, mampu menterjemahkan kegembiraan itu dengan meningkatnya
nilai ketaatan dan kepatuhan kepada Maha Pencipta.
Tidak sekadar meniti di bibir, bukanlah bermakna ia tidak baik, namun patah perkataan
tanpa gerak amalan serta perbuatan, maka sangat tempang pada kacamata nilaian manusia.
Bahkan di sisi-Nya adalah murka.
yang tidak kamu laksanakannya. (As-Soff : 3)
kita bersama-sama, berlumba-lumba mengerjakan amalan kebaikan serta bersungguh-
sungguh pula meninggalkan tiap dosa, maksiat dan keburukan. Syaitan nanti bakal dirantai,
maka hanyalah nafsu menjadi dinding penghalang terbesar antara kita dan ketaatan.
tertutup pintu-pintu neraka, serta syaitan-syaitan dibelenggu.
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Puasa, sedekah, solat terawih, zakat dan bacaan Al-Quran itu mudah-mudahan menjadi rutin
harian atau suatu kemestian dalam menghayati Ramadhan. Didiklah hati agar lembut, lunak
dengan amal ibadat pada bulan yang mulia ini. Jika bukan sekarang, bilakah lagi? Maka
rebutlah peluang terbaik yang ditawarkan Tuhan.
Namun awas, jangan hanya mengenal Allah pada Ramadhan sahaja.
Ramadhan sahaja. Kita hendaklah menjadi golongan rabbani dan bukannya
menjadi golongan yang taat ketika Ramadhan semata-mata.
(Dinukilkan dari tulisan Syeikh Yusuf Al-Qardhawi tentang Ramadhan)
Moga kita istiqamah, ikhlas bermujahadah mengharapkan keampunan.
pengharapan (terhadap ganjaran baik di sisi-Nya), nescaya akan
diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu.
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Sungguh malang bagi sesiapa yang menemui Ramadhan, kemudian dia
berpisah dengannya, namun tidak diampunkan Allah akan dosa-dosanya...
(Riwayat Imam Bukhari)
Pada hari-hari bersama Ramadhan dulu, saya berusaha mendidik diri agar lebih dekat dengan
bacaan Al-Quran. Jika tidak membacanya, akan digerakkan diri untuk mendengar alunan
kalam suci ini oleh para qari kegemaran. Alhamdulillah tarbiah Ramadhan berjaya memotivasikan
saya agar lebih akrab dengan Al-Quran. Kadang-kadang perlu paksakan diri, barulah hikmah
dan kelazatannya ditemui.
Maka harapannya, hubungan saya bersama wahyu-Nya lebih intim pada Ramadhan tahun ini,
lebih baik dan cemerlang. Ameen.
Ibarat aur dan tebing, Ramadhan dan Al-Quran tidak kan terpisah sama sekali.
Puasa berkata : Wahai Tuhanku, aku menegahnya dari makan dan syahwat
pada siang hari. maka berilah syafaatku kepadanya. Al-Quran pula berkata :
Wahai Tuhanku, aku menegahnya dari tidur malam, maka berilah syafaatku
kepadanya. Kemudian kedua-duanya diberi syafaat.
(Riwayat Imam Ahmad)
Satu doa serta harapan yang ikhlas dari sudut hati, moga Ramadhan ini dapat menyatukan
ukhuwwah antara diri dan sahabat-sahabat, lebih-lebih lagi persaudaraan antara seluruh
muslimin di Malaysia, juga seluruh dunia.
Walau kita berbeza pemikiran serta pendapat, namun ia sama sekali tidak akan menghalang
fitrah orang-orang beriman itu bersaudara. Itu lumrah yang telah tercatat di dalam firman-Nya
yang mulia.
Jauhi kutukan, hinaan mahupun caci-maki kerana itulah senjata ampuh syaitan untuk
memecah-belahkan kita pada hari ini. Tidak kira sama ada kita orang awam, ilmuan atau
cendekiawan, ilmu tanpa adab sukar diterima dan dimanfaatkan.
Walaupun perjuangan kita benar, tetapi jika tidak ikhlas, tidak beradab, tidak taat, maka Allah
tangguhkan lagi kemenangan. Inilah mutiara hikmah yang saya sendiri kagumi kerana
sungguh, ia mengesankan.
Semoga Islam akan menang di tanah air yang dicintai. Diruntuhkan kezaliman lalu ditegakkan
keadilan di atasnya dengan tinggi. Pemimpinnya disayangi rakyat kerana keadilannya,
para ilmuan dan ulama dihormati serta didampingi kerana keilmuannya. Kebaikan dihidupkan,
maksiat dan keburukan dicegah dengan kuasa, lisan dan perasaan.
Semoga kezaliman Basyar Al-Asad ditamatkan, diakhiri riwayatnya sebelum Ramadhan,
supaya kegembiraan serta kemenangan bakal dikhabarkan kepada muslimin sunnah di
Syria tatkala Ramadhan akan menjelang.
Semoga saudara-saudara Islam di Myanmar beroleh pembelaan, dihentikan segala kerosakan
dan seksaan ke atas mereka, dek hilangnya kasih-sayang sesama manusia.
Semoga Palestin kembali dikuasai, oleh kaum muslimin.
Ameen, ameen, ameen.
Salam Ramadhan untuk semua.
Almizzi,
Marang, Terengganu,
20 Julai 2012,
Jam 1606.
1 Komen:
RAMADHAN KAREEM AKHI AL-MIZZI...AKHI MASIH PUASA KAT RUMAH KE DAH PUASA KAT KEMAMAN NI?
Catat Ulasan