Hachiko - A Dog's Story. Saya baru selesai menonton cerita ini
sebentar tadi. Hasil adaptasi dari kisah sebenar yang berlaku
di Jepun.
Cerita ini, membuatkan saya seolah-olah ingin menangis. Jika
ia betul-betul berdasarkan kisah benar, maka betapa indahnya
cinta, fitrah kurniaan Allah yang terkias pada pada kasihnya
seekor anjing terhadap tuannya, yang bernama manusia.
Saya terbayang, betapa hebatnya anjing itu, yang setia menanti
tuannya hampir 9 tahun, walaupun tuannya telah lama meninggal
dunia. Dan akhirnya anjing tersebut mati dalam selepas tempoh 9
tahun penantian itu. Amat sebak menghayati babak-babak akhir
kisah ini.
Kepada sahabat-sahabat, kini saya berkongsi ringkas akan cerita
ini. Jika punya peluang, tontonilah cerita ini. Dan hayatilah ia
sepenuhnya. Semoga ia sedikit sebanyak menginsafkan kita,
moga sentiasa berkasih-sayang di antara makhluk. Pahala yang
besar di sisi-Nya kelak. Wallahu 'alam.
Almizzi,
White House, Ain Chock,
Casablanca, Maghribi,
31 Disember 2010,
Jam 1958.
4 Komen:
kata dok suka layang muvi..eke time2 nk pekse ni plok ada perasaan nk tgk yea..haha
Cam perli jer gune nickname tuh :P
sy baca blog kawan sy, then dia cerita pasal movie
nih, jdi sy nak juga tahu sikit2...
Tp sebab cerita ni menarik, sy tengoklah sampai abis...
Jadi kesimpulannya, cerita ni berjaya menyampaikan
mesejnya. sy bagi 5 bintang pada cerita ni =)
P/s : Bukan senang satu ceritu tu nak bawa kita sama2
menghayatinya smpai akhir.
Cerita ni memang sangat menarik, dah pernah tgk. 5 bintang juga!
Satu lg, kalau balik Mesia nnti, awak ada buat perkhidmatan photographer, bgtahu akak ye! Sekali dgn quotation nya! sgt-sgt cantik.
-Kak Lilah-
Sangat bersetuju dgn ustzah Khadijah Khalilah =)
Tentang khidmat fotografi ni, no komen lagi setakat ni.
hehehe... Jika ada, insyaallah dipanjangkan kelak. Terima
kasih =)
Catat Ulasan