Alhamdulillah dapat juga turn untuk peperiksaan bersama Ustaz
Syakir, pensyarah yang dikagumi dalam Fikr Islami selepas agak
penat menunggu sejak awal pagi. Terima kasih kepada kawan
arab yang menolong untuk mendapatkan turn saya seketika tadi.
Dan alhamdulillah dapat menjawab soalan dengan baik. Ustaz
Syakir memang baik. Senyuman yang sentiasa terukir ketika
bertanya sedikit sebanyak mengurangkan rasa gentar dalam hati.
Usai sesi soal jawab peperiksaan,
Ustaz : Kamu telah selesai semester 6, dan ini adalah semester
terakhir bagi kamu bukan? Maka selepas ini kamu akan pulang
ke Malaysia?
Saya : Iya ustaz, insyaallah saya akan pulang ke Malaysia jika
lulus semester akhir ini.
Ustaz : Baiklah jika begitu. Semoga dipermudahkan segala urusan
kamu selepas ini. Nanti sampaikan salam saya pada kawan-kawan
kamu yang pernah belajar dengan saya di sini ya.
Dan jangan lupakan kami dalam doa kalian semua...
Jujur mengatakan, berasa agak sedih dan terharu bila memikirkan
Seolah suatu perpisahan dan ucapan selamat tinggal itu kini terasa
Moga dipermudahkan segala urusan. Ameen.
Almizzi,
White House, Ain Chock,
Casablanca, Maghribi,
15 Disember 2011,
Jam 1523.
5 Komen:
salam..bittaufiq wan najah ust tarmizi..
sedih la bila baca entri nie. Teringat waktu exam dengan ust shakir, walaupun akhawat selalu terpaksa berpuas hati bila dapat 10 je utk subjek ust shakir dan cemburu bila ikhwan dapat markah lebih. hehe.. tapi dengan senyuman ust shakir dan selalu doa2nya utk kami.."smg antunna semua berjaya kat malaysia nanti". sejuk je hati kitorang semua.
sayu je hati bila kenang2 kembali..
Wassalam. Terima kasih atas doa =) Ameen...
Hehe yg dah pulang k malaysia semestinya rindu pada Maghribi kan?
xmengapa dgn markah itu, yg penting akhowat casablanca amat rajin
dr ikhwan :) Kami ikhwan ni nakal sikit...
Jangan lupakan guru2 kita dalam setiap doa kita...
Ustaz Syakir sampaikan salam pada ikhwan dan akhowat casablanca
batch 2007/2010 semua =)
A3layka Wa3layhissalamullah...Mizi, balik nnti jgn lupe kirim salam kt Abd Raheem...Tak sempat nk jumpe die sblm balik ri tuh...Ckp kt die suruh kumpul duit byk2, kalau nk pinang org Malaysia...;D
Ehehe insyaallah. Lame dh xjumpe abd rahim tu...
ap die bt skrg ni pun xtahu :)
Catat Ulasan