Alhamdulillah ( walaupun agak terlewat, hari ini sudah 12 Syawal )
dapat saya siapkan entry ini, kronologi ringkas kisah Syawal yang
diraikan oleh kami, para mahasiswa dan mahasiswi di Maghribi.
Bagi senior-senior, meraikan Syawal di perantauan ini mungkin
tidak menjadi masalah, tiadalah homesick rasanya. Tapi bagi
junior-junior, wallahu 'alam. Sebak dan rindu di hati, siapa yang
tahu kan.
Kami ( sebahagian besar mahasiswa ) berkumpul di Kenitra pada
malam hari raya. Semuanya datang dari Rabat, Casablanca,
Marrakesh, dan ahli Kenitra sendiri. Maka bertungkus-lumuslah
kami memasak, mengemas rumah dan halaman, serta mengambil
kesempatan untuk menelefon ahli keluarga di Malaysia untuk
bertanya khabar hari raya di kampung halaman. Suasana hari raya
yang amat meriah pada malam itu. Dan tidak kurang juga mereka
yang bersengkang mata untuk menyiapkan segala juadah hari raya,
sehingga subuh pun tiba. Jazakumullah khairal jazak.

Selesai solat sunat Aidilfitri di musolla

Keesokan harinya, kami bergerak menuju ke musolla ( kawasan
lapang yang dijadikan tempat solat ) untuk solat sunat Aidilfitri
bersama-sama ribuan ( mungkin ) umat Islam Kenitra yang juga
berpusu-pusu datang dari jauh untuk bersolat. Jarak perjalanan ke
musolla tidaklah begitu jauh, hanya 45 minit berjalan kaki. Hehe.
Usai bersolat sunat, kami berkumpul di halaman rumah Abou
Temmam ( rumah mahasiswa ) bersama sebahagian mahasiswi.
Dengan sedikit ucapan Timbalan Presiden PMMM, saudara Mohd
Ikram Hakim yang merakamkan ucapan terima kasih kepada
sekalian mahasiswa/mahasiswi yang menjayakan program Aidilfitri
pada hari tersebut.
Juadah hari raya di Abou Temmam : Ada rendang, nasi himpit dan
kuah kacang, ayam panggang, nasi goreng, kuih-muih raya dan
kek. Sememangnya sedap!

Selepas solat jumaat, kami bergerak pula ke Rabat untuk
mengunjungi rumah terbuka Aidilfitri oleh Uncle Daud dan Aunty
Rohana ( Sinonim dengan panggilan tersebut ), pasangan suami
isteri yang tidak asing lagi bagi setiap penuntut Malaysia di
Maghribi, amat dikenali dengan keramahan dan keakraban mereka
dengan para mahasiswa di sini.
Kali ini, hampir semua mahasiswa dan mahasiswi PMMM hadir sama
memeriahkan rumah terbuka. Keakraban makin terasa di sini. Turut
hadir, Duta Besar Malaysia ke Maghribi, TYT Datuk Othman bin
Samin, beberapa pegawai dari kedutaan Brunei, dan wakil syarikat
Al-Hidayah.
Al-Andalus Multimedia Crew juga menyediakan satu slot ucapan
khas sempena Aidilfitri bagi setiap hadirin yang hadir, bertujuan
memberi peluang kepada rakyat Malaysia di sini menyampaikan
ucapan hari raya kepada ahli keluarga, sahabat-handai yang berada
di Malaysia khususnya.
Juadah hari raya di rumah terbuka Aunty Rohana dan Uncle Daud :
Nasi beriani, nasi himpit dan kuah kacang, lontong, kuih-muih dan
kek coklat serta lain-lain. Kesedapan yang tiada bandingan.
Keluarga bahagia, Uncle Daud dan Aunty Rohana.
Suasana hari raya di kediaman Encik Haris
Kredit : Muhammad Mustaqim bin Musa2 Syawal keesokannya, rombongan kami menuju pula ke kediaman
Encik Haris sekeluarga yang juga menetap di Rabat. Walaupun kami
( rombongan dari Kenitra ) tiba agak lewat, namun gambar di atas
tetap menceritakan kemeriahannya. Turut serta Datuk Othman bin
Samin, duta kami yang disayangi dan Uncle Daud serta isteri, Aunty
Rohana.
Agak mendukacitakan, pada asalnya banyak potret-potret ceria
yang saya rakamkan ketika berhari raya di kediaman Encik Haris
ini, namun tanpa rasa segan silu, saya telah ter'delete' kesemua
gambar tersebut dek kecuaian saya sendiri. Kesal juga rasa di hati.
Namun, kredit untuk sahabat saya, Muhammad Mustaqim bin Musa
yang sempat mengabadikan beberapa keping gambar kenangan
berhari raya pada waktu ini. Maka dapatlah saya sertakan di sini
untuk tatapan umum.
Juadah hari raya di rumah terbuka Encik Haris dan Kak Zila :
Sate, nasi himpit bersama kuah kacang dan sambal ikan bilis,
lontong, mee sup, kuih-muih dan kek. Kredit untuk Kak Zila
yang amat pandai memasak!
Family Sporting, Encik Haris dan Kak Zila.kredit : Muhammad Mustaqim bin MusaTo be continued...