• Hidup Dalam Bersederhana

    Saya kadang-kadang cuba memahami, namun banyak kali saya gagal untuk cuba mengintai sedikit titik persamaan atau noktah kepada sengketa ini. Dan akhirnya saya hanya mampu memerhati, membaca, menilai dan menulis kesimpulan dalam diri sendiri sahaja...

  • Amanah Kita Bersama

    Masing-masing membuat suatu pekerjaan berdasarkan pada kekuatan, kemampuan serta kepakaran. Kemudian kepakaran itu dikongsi untuk perolehan manfaat bersama. Inilah sikap umat Islam yang saling menguatkan...

  • Jangan Mudah Menghukum

    Bersangka baik adalah pendirian dan sikap kita yang pertama. Jika didatangkan bukti dan fakta yang jelas tentang sesuatu kesalahan, barulah tindakan mampu dikenakan, kritikan dapat dilakukan terhadap mereka yang bersalah...

  • Itukan Hukum Allah

    Apabila orang jahil berbicara tentang agama, akan bertambah rosaklah agama di tangan mereka. Di sini, saya menentang video ini dengan hati, lisan dan tulisan sebagai tangan saya. Sungguh benci dan sangat bersimpati juga dengan pelakon- pelakon video ini. Adakah mereka sedar akan keceluparan skrip yang diucap...

Dari Kita, Untuk Mereka

IMG_4389 r 
Cameron Highlands, Malaysia

Bertenang buat sementara waktu selepas agak terkejut dan terkilan dengan pendapat sesetengah
pihak yang menafikan perjuangan warga Palestin di tanah air mereka serta memperlekeh
usaha ramai pihak untuk memboikot barangan keluaran yahudi.

Mereka di sana sedang mempertahankan tanah air mereka, kita yang sedang bersenang-lenang
di sini, doakanlah kejayaan mereka tanpa berhenti. Isu mereka juga isu kita bersama di atas
slogan golongan beriman itu bersaudara. Dan saya secara peribadi, lebih cenderung untuk
menyokong pendapat ramai ulama sedunia yang mengiktiraf jihad para mujahid di sana,
berbanding pendapat minoriti. Minoriti yang tidak praktikal.

Jihad di Palestin adalah satu kewajipan jihad yang paling utama pada zaman ini, dan
kewajipan tersebut berbeza halnya bergantung kepada keadaan dan kemampuan mereka.
(Syeikh Khalid Al-Muslih)

Boikot itu adalah kaedah kita. Usah terlalu memandang hasilnya, utamakanlah usaha kita
untuk membantu saudara-saudara seagama. Tidak saya lihat satu kebodohan dalam tindakan
boikot ini. Jika ia memudaratkan, serta menyusahkan warga Islam di Malaysia ini untuk
mencari rezeki, adakah di sini sumber pekerjaan hanya bergantung kepada syarikat-syarikat
berkaitan sahaja? Jika mudarat sekalipun, ia hanyalah mudarat yang kecil. Nun di sana ada
mudarat yang lebih besar menunggu respon daripada kita semua, Baitul Maqdis yang telah
menjadi kiblat pertama umat Islam suatu ketika dahulu.

Ingin menyuruh warga Palestin berhijrah? Maka seolah-olah kita menyerahkan bumi Al-Aqsa
kepada musuh secara percuma. Satu tindakan, umpama kita sudah tiada kehormatan diri
lagi, tiada lagi 'izzah di dalam jiwa umat Islam jika berbuat demikian.

Kita menyahut seruan Syeikh Yusuf Al-Qardhawi dan ulama-ulama lain dalam membantu
warga Palestin yang saban hari ditindas. Ia bukan tindakan sia-sia. Semoga Allah memandang
usaha kecil kita ini di samping berdoa dan menderma.

Syeikh Bin Baz rahimahullah :

Saudara-saudara kita di Palestin mempunyai hak ke atas semua negara Islam dan ke atas
kekayaan kaum muslimin yang hendaklah membantu mereka dalam meneruskan
kelansungan jihad mereka, dan sentiasa bersama mereka sehingga berjaya mengalahkan
musuh Allah, iaitu yahudi.
(Majmu' Fatawa Syeikh Bin Baz)

Seharusnya kita berasa malu, kerana tidak dapat bersama mereka :

Adalah menjadi suatu yang diketahui umum bahawa telah menjadi pegangan
seluruh kaum muslimin, apabila penduduk sesuatu negeri (islam) dalam ketakutan
pada serangan musuh, dan mereka tidak mampu menghadapinya, merasa terancam 
negeri, nyawa dan kaum mereka, maka ketika itu wajib ke atas seluruh umat untuk
keluar mempertahankan kaum muslimin dari serangan musuh. Ini adalah perkara 
yang tiada khilaf lagi di kalangan umat. Tiada sesiapa yang menyatakan harus ditumpahkan
darah kaum muslimin
(Al-Jassas, Ahkam Al-Quran)

Jadi sekurang-kurangnya, ini adalah usaha kita, tanda endah serta simpati kepada mereka
di sana.

Perbandingan orang-orang beriman dalam berkasih-sayang, kasihan, dan simpati
adalah sama seperti satu jasad. Apabila satu anggota berasa sakit, maka seluruh
anggota badan itu berjaga malam serta demam
(Riwayat Muslim)

Teruskan usaha, teruskan berdoa. Allah sentiasa bersama hamba-Nya.

Almizzi,
Marang, Terengganu,
05 Disember 2012,
Jam 1245.

Jihad Mereka & Kita


Original 42 

Kita tidak mampu ke sana berjuang di barisan hadapan,
namun senjata kita adalah doa yang berterusan,
Ketika solat mahupun di waktu lapang,
moga para mujahid Palestin beroleh kejayaan,
sama ada kemenangan atau syahid yang diidamkan.

Teruskan memboikot barangan Yahudi, menurut mampu,
ada suara mengatakan ia satu kebodohan, 
abaikan buruknya kata-kata itu.

dan banyakkan menderma seikhlas kalbu,
berjaya atau tidak usaha kita, bukan ia yang diutamakan,
tetapi usaha kita, itulah hujah di hadapan Tuhan.

Perjuangan warga Palestin adalah sebuah kisah yang mulia,
siapakah kita ingin menafikan jihad mereka? 
tidak cemburukah dengan senyuman syuhada di sana?

Syeikh Yusuf Al-Qardhawi :

Antaranya mereka (kerajaan-kerajaan arab) berpegang bahawa Israel mempunyai
kekuatan yang tidak mungkin boleh diatasi dan ditentang sama sekali...

Mereka bercakap tentang Israel seolah-olah Israel memiliki kekuatan yang tidak mungkin
dikalahkan sebagaimana dikatakan tentang tentera Tatar dahulu. Dikatakan dahulu :
Jika dikatakan kepada anda bahawa Tatar telah kalah, janganlah percaya...

Itulah yang berlaku dan dengan kelemahan yang ada pada kita, mereka telah
berjaya mengalahkan kota Baghdad, memusnahkan tamadun Islam di sana dan 
membunuh sejuta orang Islam. Sehinggalah Allah mengurniakan kepada umat ini
seorang pahlawan beriman Saifuddin Qutz yang berjaya mengalahkan mereka
dan mendustakan kepercayaan tadi.

Palestin pasti akan memperoleh kemenangan, walau dengan pertumpahan darah.
Kerana kemuliaan itu disertai pengorbanan.

Kemuliaan yang tinggi pasti beriringan dengannya kesakitan.
Sehingga ditumpahkan darah di sekitarnya.
(Al-Mutanabbi)



 FBE 37 

Dan doa kita, berterusan dihadiahkan kepada mereka :

اللهم اُنْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ اليَهُود
اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم فِي كُلِّ مَكَانٍ
اللّهمّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ
اللّهمّ أًحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً
اللّهمّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً لِلْمُسْلِمِيْن
اللّهمّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ وَكَيْدَهِمْ فِي نُحُورِهِمْ
وَتَدْبِيْرَهِمْ تَدْمِيْراً لهَمُ
اللّهمّ اْجْعَلْ الملائكةَ تُعِيْنُ المسلمين
اللّهمّ سَدِّدْ رَمْيَهُمْ
اللّهمّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ

اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا
ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ
للّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ وَمُجْرِيَ السَّحَابِ وَهَازِمَ الأَحْزَابِ
اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ
وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم
اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم
وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ
و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم
خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم
وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم
وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ
يا قهار يا جبار و يا مُنْتَقِمَ
اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لايُرَدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين
        
Ameen, ameen, ameen.

Almizzi,
Marang, Terengganu,
30 November 2012,
Jam 1600
 

Barakallah Lakuma


IMG_6316

Izinkan gambar ini berbicara. Senyum dan syukur.

Almizzi,
Kemaman, Terengganu,
9 September 2012,
Jam 2125.


Ramadhan Nan Indah

5M

Rasa syukur, gembira dan jauh di dalam hati, menitipkan doa serta harapan yang amat mulia,
mudah-mudahan setiap kalangan kita, bahkan setiap muslim yang bergembira meraikan
kedatangan Ramadhan ini, mampu menterjemahkan kegembiraan itu dengan meningkatnya
nilai ketaatan dan kepatuhan kepada Maha Pencipta.

Tidak sekadar meniti di bibir, bukanlah bermakna ia tidak baik, namun patah perkataan
tanpa gerak amalan serta perbuatan, maka sangat tempang pada kacamata nilaian manusia.
Bahkan di sisi-Nya adalah murka.

Sungguh besar kemurkaan Allah, jika kamu berkata-kata tentang sesuatu
yang tidak kamu laksanakannya. (As-Soff : 3)


FBE 5

Tatkala semua pintu syurga seluas-luasnya dibuka dan ditutup rapat pintu-pintu neraka, semoga
kita bersama-sama, berlumba-lumba mengerjakan amalan kebaikan serta bersungguh-
sungguh pula meninggalkan tiap dosa, maksiat dan keburukan. Syaitan nanti bakal dirantai,
maka hanyalah nafsu menjadi dinding penghalang terbesar antara kita dan ketaatan.

Apabila tiba bulan Ramadhan, akan terbuka pintu-pintu syurga dan
tertutup pintu-pintu neraka, serta syaitan-syaitan dibelenggu.
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Puasa, sedekah, solat terawih, zakat dan bacaan Al-Quran itu mudah-mudahan menjadi rutin
harian atau suatu kemestian dalam menghayati Ramadhan. Didiklah hati agar lembut, lunak
dengan amal ibadat pada bulan yang mulia ini. Jika bukan sekarang, bilakah lagi? Maka
rebutlah peluang terbaik yang ditawarkan Tuhan.

Namun awas, jangan hanya mengenal Allah pada Ramadhan sahaja.

Seburuk-buruk kaum adalah mereka yang hanya mengenal Allah pada
Ramadhan sahaja. Kita hendaklah menjadi golongan rabbani dan bukannya
menjadi golongan yang taat ketika Ramadhan semata-mata.
(Dinukilkan dari tulisan Syeikh Yusuf Al-Qardhawi tentang Ramadhan)

Moga kita istiqamah, ikhlas bermujahadah mengharapkan keampunan.

Sesiapa yang menghidupkan Ramadhan dengan penuh keimanan dan
pengharapan (terhadap ganjaran baik di sisi-Nya), nescaya akan
diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu.
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)


Sungguh malang bagi sesiapa yang menemui Ramadhan, kemudian dia
berpisah dengannya, namun tidak diampunkan Allah akan dosa-dosanya...
(Riwayat Imam Bukhari)




1

Satu memori yang indah,

Pada hari-hari bersama Ramadhan dulu, saya berusaha mendidik diri agar lebih dekat dengan
bacaan Al-Quran. Jika tidak membacanya, akan digerakkan diri untuk mendengar alunan
kalam suci ini oleh para qari kegemaran. Alhamdulillah tarbiah Ramadhan berjaya memotivasikan
saya agar lebih akrab dengan Al-Quran. Kadang-kadang perlu paksakan diri, barulah hikmah
dan kelazatannya ditemui.

Maka harapannya, hubungan saya bersama wahyu-Nya lebih intim pada Ramadhan tahun ini,
lebih baik dan cemerlang. Ameen.

Ibarat aur dan tebing, Ramadhan dan Al-Quran tidak kan terpisah sama sekali.

Puasa dan Al-Quran memberi syafaat kepada hamba-Nya pada hari kiamat.
Puasa berkata : Wahai Tuhanku, aku menegahnya dari makan dan syahwat
pada siang hari. maka berilah syafaatku kepadanya. Al-Quran pula berkata :
Wahai Tuhanku, aku menegahnya dari tidur malam, maka berilah syafaatku
kepadanya. Kemudian kedua-duanya diberi syafaat.
(Riwayat Imam Ahmad)

2M

Akhirnya,

Satu doa serta harapan yang ikhlas dari sudut hati, moga Ramadhan ini dapat menyatukan
ukhuwwah antara diri dan sahabat-sahabat, lebih-lebih lagi persaudaraan antara seluruh
muslimin di Malaysia, juga seluruh dunia.

Walau kita berbeza pemikiran serta pendapat, namun ia sama sekali tidak akan menghalang
fitrah orang-orang beriman itu bersaudara. Itu lumrah yang telah tercatat di dalam firman-Nya
yang mulia.

Jauhi kutukan, hinaan mahupun caci-maki kerana itulah senjata ampuh syaitan untuk
memecah-belahkan kita pada hari ini. Tidak kira sama ada kita orang awam, ilmuan atau
cendekiawan, ilmu tanpa adab sukar diterima dan dimanfaatkan.

Walaupun perjuangan kita benar, tetapi jika tidak ikhlas, tidak beradab, tidak taat, maka Allah
tangguhkan lagi kemenangan. Inilah mutiara hikmah yang saya sendiri kagumi kerana
sungguh, ia mengesankan.

Semoga Islam akan menang di tanah air yang dicintai. Diruntuhkan kezaliman lalu ditegakkan
keadilan di atasnya dengan tinggi. Pemimpinnya disayangi rakyat kerana keadilannya,
para ilmuan dan ulama dihormati serta didampingi kerana keilmuannya. Kebaikan dihidupkan,
maksiat dan keburukan dicegah dengan kuasa, lisan dan perasaan.

Semoga kezaliman Basyar Al-Asad ditamatkan, diakhiri riwayatnya sebelum Ramadhan,
supaya kegembiraan serta kemenangan bakal dikhabarkan kepada muslimin sunnah di
Syria tatkala Ramadhan akan menjelang.

Semoga saudara-saudara Islam di Myanmar beroleh pembelaan, dihentikan segala kerosakan
dan seksaan ke atas mereka, dek hilangnya kasih-sayang sesama manusia.

Semoga Palestin kembali dikuasai, oleh kaum muslimin.

Ameen, ameen, ameen.

Salam Ramadhan untuk semua.

Almizzi,
Marang, Terengganu,
20 Julai 2012,
Jam 1606.

Kindness To Our Parents

Resize 2

Saya agak jarang copy paste dan share sesuatu perkara, atau cerita yang dinukilkan oleh
orang lain, tetapi dialog pendek berbahasa inggeris ini menarik perhatian saya untuk membaca
dan menghayati pengajarannya. Lalu tergerak hati untuk kongsikannya di sini. Bacalah, moga
beroleh manfaat bersama.


Pencil : I'm sorry!
Eraser : For what? You didn't do anything wrong.

Pencil : I'm sorry because you get hurt because of me.
..........Whenever i made mistake, you're always there to erase it.
..........But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself.
..........You get smaller and smaller each time.

Eraser : That's true. But i don't really mind. You see, i was made to do this.
............I was made to help you whenever you do something wrong.
............Even though one day, i know i'll be gone and you'll replace me with a new one.
............I'm actually happy with my job.

...........So please, stop worrying. I hate seeing you sad.

I found this conversation between the pencil and the eraser very inspirational.
Parents are like the eraser whereas their children are the pencil.
They're always there for their children, cleaning up their mistakes.
Sometimes along the way, they get hurt, and become smaller/older, and eventually pass on.

Though their children will eventually find someone new (spouse),

but parents are still happy with what they do for their children,
and always hate seeing their precious ones worrying, or sad.

All my life, i've been the pencil.

And it pains me to see the eraser that is my parents getting smaller and smaller each day.
For i know that one day,
all that i'm left with would be eraser shavings and memories of what i used to have.

We never know the love of our parents for us until we have became parents.


Dan Tuhanmu memerintahkan agar kamu tidak menyembah sesuatu kecuali hanya
kepada-Nya, dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Dan jika salah satu dari
keduanya atau kedua-keduanya telah lanjut usia dalam jagaanmu, maka jangan
sesekali kamu katakan kepada mereka perkataan 'ah' dan jangan kamu membentak
keduanya. Dan ucapkanlah kepada mereka perkataan mulia.

Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka dengan penuh kasih sayang, serta ucapkanlah :

Wahai Tuhanku, sayangilah kedua-dua mereka, sebagaimana mereka menyayangiku
sewaktu kecil. (Al-Israk : 23-24)

Sayangilah keluarga anda. Noktah.

Almizzi,
Marang, Terengganu,
14 Julai 2012,
Jam 0157.

Sumber : Klik Sini

Kebenaran, Berakhlak

FBE 28

Alhamdulillah, sebaik-baik ucapan penghargaan dan tanda syukur atas segala kurniaan, kemudahan
serta khabar baik yang menjengah diri seorang muslim. Umur masih Dia panjangkan, kesihatan
masih Dia perelokkan, dan seribu macam nikmat anugerah-Nya yang tidak akan dapat dihitung
dengan perkiraan manusia.

Dan jika kamu mengira segala nikmat Allah, pasti kamu tidak akan
dapat menghitungnya. (Ibrahim : 24)

Satu khabar gembira, ketika membaca berita baik akan kemenangan Muhammad Mursi sebagai
presiden Mesir yang terbaru. Sebagai seorang tokoh islamis kelahiran Ikhwan Al-Muslimin, sungguh
pasti amanah yang besar terpikul ke atas beliau untuk mengembalikan cahaya Islam di Mesir
khususnya di persada antarabangsa umumnya. Moga Allah menguatkan hamba-Nya yang
soleh untuk membantu mendirikan agama ini. Firman Allah :

Jika kamu menolong (agama) Allah, pasti Dia akan membantumu
dan meneguhkan pendirian kamu
. (Muhammad : 7)

Kemenangan Islam yang kian hampir? Ameen ya Rabb.

Di Malaysia, saya menjadi pemerhati dan menyerahkan urusan siyasah kepada golongan yang pakar
bahkan dipercayai. Sampai masanya, saya akan memilih pihak yang satu, yang benar-benar mahu
membangunkan iqaamatu ad-deen, wa siyasatuddunya bih. Kemudian, bermula ketaatan pada yang
hak, bukan semata-mata mengikut telunjuk penguasa.


Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan rasul serta
taatlah kepada orang yang memegang kuasa (Ulul amri) di kalangan kamu.
(Ali 'Imran : 59)

Tiada ketaatan kepada makhluk dalam perbuatan maksiat (terhadap) Allah.
(Riwayat Imam Ahmad, At-Tabrani, Al-Hakim)

Sesiapa di antara kamu menyaksikan perbuatan mungkar, maka tegahlah perkara
tersebut dengan tangannya. Jika kamu tidak mampu, maka (tegahlah ia) dengan
lisannya. Jika kamu tidak mampu, maka (tegahlah ia) dengan hatinya. Demikian
itu adalah selemah-lemah iman. (Riwayat Imam Muslim)

Dalam hal ini, hujah Syeikh Yusuf Al-Qardhawi lebih baik pada neraca penilaian saya. Golongan yang
anti kepada beliau sudah pasti menuduh beliau menyimpang dari manhaj ahlussunnah wal jama'ah. Ia amat dikesalkan.

Perbezaan pendapat pasti berlaku, kita sedia maklum akan perkara ini. Namun seakan terlalu
sukar untuk perselisihan yang wujud, adakah kerana inginkan pihak dan hujah kita sahaja yang
betul? Lantas tuduhan berat dan cercaan dilemparkan, akhlak serta adab terhadap ahli ilmu
menghilang dari sikap atau perlakuan.

Moga Allah menunjuk jalan.

Kita yang bernama orang awam,

Bicara golongan awam pada hari ini amat menyedihkan. Ucapan-ucapan baik makin tenggelam,
lenyap dari lisan serta tulisan mereka. Gantinya adalah kata-kata kesat, maki hamun dan yang
seumpama dengannya. Perbezaan ideologi politik, perselisihan pendapat dalam cabang-cabang
ilmu agama, hasad dengki, buruk sangka kepada perkara kebaikan dilihat antara sebab-sebab
yang mencetuskan dialog-dialog fahsya' wal munkar ini.

Apabila menular virus kafir-mengkafirkan antara mazhab dan aliran, maka
kita akan melihat pintu permusuhan dibuka seluas-luasnya. Ini realiti yang
berlaku di negara-negara umat Islam. Bahkan lebih malang apabila umat
Islam bersikap keras terhadap sesama sendiri. Sedangkan pada waktu
yang sama, mereka cukup lunak dengan musuh-musuh Islam (sebenar).
(Dr. Muhammad Imarah / Soihah Nazhir min Fitnah At-Takfir)

Jangan kamu berbuat (berkata-kata atau lakukan sesuatu)
sedang kamu tidak mempunyai ilmu pengetahuan tentangnya,
sesungguhnya telinga (pendengaran), mata (penglihatan) dan
tiap perbuatan itu akan persoalkan kelak (di hadapan Allah).

Dan janganlah engkau berjalan di muka bumi dengan rasa
takbur (meninggi diri)... (Surah Al-Israk : 36 dan 37)

Para ulama yang zahid dituduh sesat. Mereka yang solat di stadium bola, atau di tanah lapang biasa
dikatakan menunjuk-nunjuk, tidak ikhlas. Golongan yang berhimpun menyuarakan perkara hak dan
kebenaran dilabelkan khawarij dan pemberontak. Orang yang berbuat baik diperlekehkan,
orang yang berbuat salah apatah lagi. Seolah pintu taubat telah tertutup rapat, dan bagaikan
matahari sudah terbit dari barat. Apakah ini?

Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari sikap
prasangka, kerana sebahagian prasangka itu adalah (menyebabkan)
dosa. (Al-Hujurat : 12)

Lebih dukacita apabila golongan berstatus penuntut ilmu agama atau ustaz dan ustazah, ada di kalangan mereka yang turut serta bersikap sedemikian, ingin join sekaki merasai kemeriahan caci-maki berbalas komen berorientasikan nafsu, bukan ilmu.

Kalian sepatutnya menjadi contoh yang diteladani.

Mungkin terjadi begitu kerana rasa marah. Namun berhati-hatilah, meluahkan rasa marah atau
geram itu ada caranya, ada salurannya. Waspadalah.

Wahai kita yang bernama orang awam, peliharalah lisan dan perkataan. Berada di pihak yang benar
tidak menghalalkan perbuatan keji, Allah tetap menghitungnya!

Pada hari itu kamu dihadapkan (kepada Tuhanmu), tiada sesuatu pun
dari (keadaan) kamu yang tersembunyi (bagi Allah). (Al-Haqqah : 18)


BNW 2

Akhirnya,

Titipkan doa berterusan kepada kaum muslimin di Syria dan Myanmar khususnya, moga Allah
membantu mereka, mengurniakan pertolongan dan kemenangan kepada golongan yang dizalimi.
Moga Allah memenangkan Islam di sana, dan seluruh dunia.

Doa adalah senjata orang beriman, tiang agama serta cahaya
langit dan bumi (Riwayat Al-Hakim - sahih, terdapat pendapat
yang menghukum hadis ini dhaif)

Agar golongan yang hak diangkat dan beroleh pembelaan. Agar golongan yang zalim diadili dan
akhirnya dihapuskan.

Maafkanlah kami, dan ampunilah kami serta rahmatilah kami, Engkau
pemilik kami, maka kurniakanlah pertolongan kepada kami ke atas
golongan yang kafir. (Al-Baqarah : 286)

Ameen, ameen, ameen.

Almizzi,
Marang, Terengganu,
10 Julai 2012,
Jam 2154.

Iman

1

Iman


Kau umpama rembulan
menerangi kegelapan
kau ibarat bintang
menghiasi langit malam

Kau menerangi hatiku
bak mentari terangi siang
kau menghiasi hatiku
yang dahulu kekosongan

Kau berikan kekuatan
untukku terus berjuang
hadapi segala cabaran
atasi permasalahan

Kau curahkan kebahagiaan
meleraikan kesedihan
waktu kuterasa keseorangan
ketika dalam berjuang

Ramai yang melupakanmu
tak ramai yang mengecap nikmatmu
tak ramai ditemanimu
tak ramai merasa manismu

Inspirasi mukmin sejati
tempatmu letaknya di hati
sana kau berkurang dan bertambah
dikaulah penyelamat umat

Aku merasa manismu
dalam menyintai Allah dan rasul
dalam menyayangi sahabat
dalam membenci kekufuran

Kepada Allah ku berdoa
hidup matiku bersamamu
bersama dihidupkan semula
melangkah ke syurga bersama

Kan ku jagamu selalu
dengan membaca Al-Quran
jua mengingati ajal
mekarlah kau di hatiku

Kembali menyingkap nostalgia, memasang telinga mendengar alunan lagu nasyid klasik,
yang suatu ketika menjadi kegemaran sewaktu zaman kanak-kanak riang. Pada waktu
tersebut, kumpulan-kumpulan nasyid masih sedikit. tiada sama seperti hari ini, tumbuhnya
bagai cendawan selepas hujan.

Antara munsyidin yang paling saya minati adalah Raihan, Hijjaz dan kumpulan yang
menyampaikan lirik lagu di atas, iaitu Brothers. Selain lagu teman sejati yang menjadi
top song pada tempoh itu, lagu Iman ialah pilihan saya. Penyampaiannya bersahaja,
namun mesejnya berjaya disampaikan. Dengarkan, moga ada manfaat dan pengajaran
yang menginsafkan.

Kini kembali merindui suatu zaman, tika bersama Jilul Quran.

Almizzi,
Marang, Terengganu,
5 Julai 2012,
Jam 0119.

Tuntunku Kepada-Mu

FBE 17
Tuntunku Kepada-Mu

Ku sedari Engkau sanggup
mengambil kembali kurnia-Mu
dan ku cuba selalu mengingat
takkan sia-siakan segalanya
Kerna suatu hari
semua akan tiada lagi
dan di akhir hayat ku mohon
Kau redha padaku

Allah ya Allah
tuntunku tuk tiba di jannah-Mu
ya Allah ya Allah
jangan jauh dari ku, ku damba cahaya-Mu

Bersama-Mu ku ingin dekat
dekat dengan-Mu sepanjang usia
ya Allah oh Allah
dampingi langkahku

Ku sedari kadang ku lupa
mungkin ini nafasku yang terakhir
ampuni kurangnya syukurku
maafkan ku ragu kasih-Mu
nanti suatu hari
saat duniaku usai berakhir
di akhir hayat, ku mohon
Kau redha padaku

Hari berganti
ku yakin waktuku kian singkat
tuhan-Ku biar ku genggam dunia ini
tanpa mencintainya
kerna ku kan segera pergi
kerna ku kan segera pergi

Tuntunlah aku
setiap langkahku

Demi Allah, lagu ini menyentuh perasaan, dan menginsafkan.

Moga Allah memberkati pendakwah, Maher Zain atas kesungguhannya menyampaikan
Islam melalui pentas nasyid ini.

Almizzi,
Marang, Terengganu,
30 Jun 2012,
Jam 2126.

Cerita Baru, Doa Kita

IMG_5781
Setiap hari, saya akan menatap dan membaca kembali setiap entry yang terdapat
dalam blog ini. Sama ada mencari sesuatu rujukan ringkas, atau memerhati, jika
terdapat kekurangan, kesalahan serta kecacatan pada tulisan-tulisan saya yang dahulu
untuk diperbaiki sentiasa. Semua tulisan tersebut adalah amanah yang perlu saya
pelihara sebaik yang mungkin

Dan jangan engkau mengikut apa (perkara) yang engkau tidak punya
pengetahuan tentangnya, sesungguhnya pendengaran dan penglihatan
serta hati, setuap anggota-anggota itu tetap akan dipersoalkan tentang
apa yang telah dilakukannya. (Al-Israk : 37)

Juga, saya cuba luangkan masa mengikuti dan membaca buletin-buletin terkini dalam
atau luar negara. Politik dalaman, krisis kekejaman yang berlaku di Syria serta banyak
lagi berita sentiasa diusahakan agar up-to-date dalam fikiran dan pengetahuan. Untuk
membuat kesimpulan atau analisis sendiri terhadap segala isu? Bukan mudah. Saya
tidak akan tergesa-gesa dalam menghukum. Hampir kebanyakan perkara, pendirian
saya adalah berkecuali, kerana kesamaran dalam sumber. Melainkan sesuatu isu
sudah jelas lagi bersuluh terang.

Doa saya, agar diri ini dan sahabat-sahabat sentiasa mendapat hidayah serta petunjuk
untuk menilai, mencari kebenaran dalam setiap perkara atau perkhabaran yang mendatang.
Seorang mukmin yang profesional, adalah seorang yang berhati-hati. Akan dinilai dan
diteliti setiap khabar berita dengan terperinci, agar tidak tersilap dalam membuat suatu
keputusan, apatah lagi menjatuhkan hukuman.

Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu seorang yang fasiq
membawa suatu khabar, maka selidikilah (untuk mengetahui)
kebenarannya... (Surah Al-Hujurat : 6)

Sikap tersebut perlu diteladani.


IMG_5783
Pada kesempatan sebentar ini, kita berterusan berdoa kepada Allah agar sentiasa
dikurniakan pertolongan bahkan kemenangan terhadap umat Islam di Mesir. Semoga
dilantik di antara mereka seorang pemimpin yang sejati, bukan munafik yang dimurkai.

Juga kepada saudara-saudara sunnah di Syria, moga Allah mengurniakan rahmat
pertolongan dan kemenangan kepada ahlussunnah wal jamaah di sana terhadap
golongan syiah yang berkuasa di kalangan pemimpin negara tersebut.

Doa adalah senjata orang beriman, tiang agama serta cahaya
langit dan bumi (Riwayat Al-Hakim - sahih, terdapat pendapat
yang menghukum hadis ini dhaif)

Jika mampu menyumbang, kita hulurkan sumbangan terbaik kepada mereka di sana.
Dan doa itu adalah suatu kemestian. Untuk mereka, daripada kita. Kerana kita bersaudara.

Sesiapa yang tidak mengambil berat akan hal ehwal umat islam, maka
dia tidak termasuk di kalangan mereka. (Riwayat Tabrani, Al-Ausat)

Ameen, ameen, ameen.

Almizzi,
Marang, Terengganu,
10 Jun 2012,
Jam 1020.

5
3 keping gambar ini dirakam di Pantai Penunjuk Kijal, Kemaman


Jujur & Pemaaf, Sentiasa

FBE 10
Exposure : 30sec
Program : Manual
Aperture : f/11
ISO : 100
WB : Auto
Focal Length : 17mm

Baginda SAW berpesan kepada kita :

Sesungguhnya kejujuran itu mendatangkan kebaikan, dan kebaikan itu akan berakhir
kepada syurga. Dan orang yang sentiasa berlaku jujur nescaya tercatat sebagai seorang
yang jujur. Dan sesungguhnya kebohongan itu mendatangkan kejelekan, dan kejelekan
itu hanya akan berakhir dengan neraka. Dan orang yang suka berbohong, nescaya
tercatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta. (Riwayat Al-Bukhari)

Dan pesan Baginda lagi :

Aku menjamin sebuah istana di halaman syurga bagi mereka yang meninggalkan
perdebatan meskipun ia berhak untuk itu. (Riwayat Abu Daud)

Maafkanlah, meskipun engkau dizalimi. Maafkanlah meskipun mereka yang menzalimimu
itu tidak memintanya. Apabila maaf itu diberikan, maka sesuatu yang dahsyat akan
berlaku. Hidup menjadi aman damai, tiada perpecahan, tiada perbalahan dan tiada
perceraian.

FBE 22
Exposure : 1/1250
Program : Manual
Aperture : f/2.8
ISO : 200
WB : Auto
Focal Length : 50mm + Kenko ET

Moga kita, bersama-sama termasuk dalam kalangan yang jujur dan pemaaf. Ameen.

Sumber : Majalah i/bil 112/Februari 2012

Almizzi,
Marang, Terengganu,
8 Mei 2012,
1944.

Hobi Yang Menggembirakan

FBE 3

Ini adalah 5 keping gambar lanskap terbaik pilihan saya, yang dirakam pada seminggu
yang lalu. Pada waktu itu, saya dapat berkenalan lebih rapat dengan seorang sifu lanskap
dan makro Terengganu iaitu Zul Husain dan dua orang lagi sahabat baru.

Senior Zul Husain inilah, yang membantu saya mendapatkan satu aksesori yang penting
juga untuk teknik slow shutter dalam fotografi, iaitu Hoya ND400. Harganya juga lebih
murah jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain. Dan, sejak memiliki filter ND400
ini, saya rasa lebih bersemangat dan rajin untuk merakam gambar lanskap khususnya.
Semangat baru dengan kehadiran aksesori baru. Hehe...

FBE 4

Tidak mahu menulis panjang, 5 keping gambar ini dirakam menggunakan DSLR Canon

EOS 20D dengan lensa Tamron 17-50mm f/2.8 VC bersama-sama Hoya ND400 dan
Cokin GND8. Digandingkan Hoya dan Cokin, saya memang berpuas hati.

FBE 5

FBE 11A

Kadang-kadang terfikir, memang hobi ini menelan kos yang agak tinggi jika benar
bersemangat dan serius. Namun, saya gembira dan puas kerana saya telah berhabis
wang untuk perkara yang saya betul-betul minat. Cita-cita saya, di samping bidang
ini menjadi hobi pada waktu sekarang, insyaallah ia mendatangkan manfaat dan faedah
kepada saya sendiri khususnya, pada masa akan datang.

FBE 7

Dan tahukah anda? Saya sama sekali tidak pernah menyesal.

Almizzi,
Presint 5, Putrajaya,
14 April 2012,
Jam 0118.

Akhlak Islam kan Indah

Iman NEW
Exposure : N/A
Program : Manual
Focal Length : 50mm
Aperture : f/1.8
ISO : N/A
WB : Auto

Apabila kita berpegang teguh terhadap suatu pendapat, tidak kira dalam persoalan
fiqh, akhlak, tasauf, muamalat, politik dan sebagainya serta mempunyai kekuatan
hujah atau fakta untuk menegakkannya, itu adalah sesuatu yang baik. Maka kita ini
bukanlah golongan pengikut atau mukallid yang kosong.

Kemudian kita temui pendapat yang berbeza dengan pegangan kita selama ini. Maka
kita cuba, bahkan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengkaji dan menyemak
serta menilai perbezaan pandangan-pandangan berdasarkan ilmu, kemampuan di
tambah pula bertanya kepada para alim dan cendekiawan. Itu adalah sesuatu yang
amat baik. Islam menggalakkan umatnya rajin membaca, mengkaji dan menilai ilmu.
Pasti akan ada manfaat untuk komuniti Islam bersama.

Akhirnya kita dapati bahawa perbezaan tersebut sudah lama wujud dan merupakan
suatu perkara berbentuk khilafiyyah. Maka kita berlapang dada. Kita kekal dengan
pegangan kita yang asal, dan terbuka serta hormat pada pendapat atau pandangan
yang lain. Inilah yang terbaik

Jika hujah kita lebih kukuh, kita berbincang lalu menyampaikannya dengan penuh
rasa rendah diri dan hormat-menghormati. Tiada paksaan dilakukan, juga tidak ada
sekelumit pun celaan atau tindakan mengaibkan pihak yang lain. Inilah juga yang
terbaik.

Jika kita salah dan tersilap, lantas kita mengakui kesalahan dan beristighfar kepada
-Nya. Tanpa rasa ego, kita kembali pada jalan yang lebih tepat dan benar menuju
ke arah pintu kehidupan yang terbaik serta diredhai. Inilah akhlak terbaik.

Akhlak Islam kan indah.

Almizzi,
Kemaman, Terengganu,
1 April 2012,
Jam 1636.