• Hidup Dalam Bersederhana

    Saya kadang-kadang cuba memahami, namun banyak kali saya gagal untuk cuba mengintai sedikit titik persamaan atau noktah kepada sengketa ini. Dan akhirnya saya hanya mampu memerhati, membaca, menilai dan menulis kesimpulan dalam diri sendiri sahaja...

  • Amanah Kita Bersama

    Masing-masing membuat suatu pekerjaan berdasarkan pada kekuatan, kemampuan serta kepakaran. Kemudian kepakaran itu dikongsi untuk perolehan manfaat bersama. Inilah sikap umat Islam yang saling menguatkan...

  • Jangan Mudah Menghukum

    Bersangka baik adalah pendirian dan sikap kita yang pertama. Jika didatangkan bukti dan fakta yang jelas tentang sesuatu kesalahan, barulah tindakan mampu dikenakan, kritikan dapat dilakukan terhadap mereka yang bersalah...

  • Itukan Hukum Allah

    Apabila orang jahil berbicara tentang agama, akan bertambah rosaklah agama di tangan mereka. Di sini, saya menentang video ini dengan hati, lisan dan tulisan sebagai tangan saya. Sungguh benci dan sangat bersimpati juga dengan pelakon- pelakon video ini. Adakah mereka sedar akan keceluparan skrip yang diucap...

Blues & Portraiture

3
Kali ini, saya kongsikan beberapa keping gambar potret serta
sekeping gambar di Mehdia (atas). Wardatul Ahla, Ustaz Haikal,
Rahim dan Aimi menjadi pilihan saya pada entry ini. Selamat
menonton.

2

4

5

1
Secara kasarnya, hanya berbaki kurang dua bulan saya akan berada
di Maghribi. Waktunya hanya singkat, cuma masih pening dengan
banyak lagi urusan yang belum selesai.

Dan saya semakin rindukan Malaysia sekarang ini.

Almizzi,
White House, Ain Chock,
Casablanca, Maghribi,
24 Disember 2011,
Jam 2014.


Kebangkitan & Sensitiviti

Rahim Mark
Abdul Rahim Zainuddin, kini bermusafir ke UK bersama
sahabat saya, Ikram Hakim. Moga dalam jagaan-Nya sentiasa.

Sekadar gambar hiasan.

Syukur, selamat pulang ke kampung halaman di Casablanca,
Maghribi pada Jumaat baru-baru ini. Dan sempat juga singgah
ke Pesta Buku Antarabangsa berdekatan Masjid Hassan II pada
hari esoknya. Namun tidaklah saya berhajat untuk kongsikan
gambar-gambar yang sempat dirakam, kerana hanya sedikit
yang mampu diambil. Dapat membeli 2 buah buku karangan
Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi sudah cukup bagi saya kali ini,dan
semoga saya rajin membaca buku-buku ini. Ameen.

Mesir, Yaman, Bahrain, Libya dan Maghribi.

Selepas rakyat Tunisia dan Mesir telah berjaya menjatuhkan
pemerintahan kuku besi pemimpin masing-masing, maka kini
rakyat-rakyat di negara arab yang lain melakukan perkara yang
sama. Demonstrasi demi demonstrasi diadakan di Yaman, Libya,
Bahrain, dan terbaru di negara saya berada sekarang, Maghribi.

Gerakan 20 Febuari 2011 telah menggerakkan demonstrasi di
beberapa wilayah di Maghribi dengan tuntutan reformasi politik
sistem pentadbiran yang lebih adil, serta pengurangan kuasa
raja yang sedia ada. Hampir 2000 orang berhimpun di Rabat
dan 1000 orang menyertai perhimpunan di Casablanca.

Hingga sekarang, alhamdulillah masih tidak kedengaran akan
perkara-perkara yang tidak elok berlaku. Keadaannya masih
seperti sediakala. Semoga segalanya selesai dalam keadaan
yang baik dan aman insyaallah.

Amat mendukacitakan, adalah situasi yang berlaku di Libya
sekarang ini. Pemimpin zalim, Muammar Gaddafi kian keras
menghadapi rakyatnya yang bangkit menentang kezaliman
sekian lama yang telah dilakukannya. Dan kini, Gaddafi
lebih zalim menggunakan kuasa tentera untuk membunuh
nyawa-nyawa yang tidak berdosa. Hampir 400 orang telah
terbunuh sejak berlaku tunjuk perasaan di Libya.

Namun alhamdulillah, terbaru pesawat pengebom tentera
Libya yang diperintahkan untuk menyerang rakyat, enggan
melakukan demikian dan mendarat di Benghazi, dan para
tentera tersebut turut serta menyertai demonstrasi.

Fatwa Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi : Aku berfatwa kepada
para pegawai dan tentera yang mampu untuk membunuh
Muammar Gaddafi. Siapa yang mampu di kalangan mereka
untuk melepaskan sebutir peluru kepadanya, dan dapat
merehatkan negara dan rakyat daripadanya, maka hendak
-lah dia lakukan. (Sumber)

Kredit : Facebook Ustaz Baharuddin.

Namun yang lebih mendukacitakan, sikap sebahagian
daripada kita yang gemar bergurau tidak bertempat.
Ada yang seolah-olah meminta demonstrasi berlaku
di sini seperti di Mesir, jadi bolehlah dievakuasi ke
negara eropah kononnya, juga dapatlah pulang ke
Malaysia dengan tiket free.

Kita bergurau dan berlawak. Tetapi gurauan, lawak
itu tidak kena tempatnya. Sensitiviti kita kurang,
perkara sebegini bukan untuk dibuat main-main.

Semoga Allah kurniakan kita hidayah-Nya sentiasa.
Dan diberikan pertolongan dan kemenangan kepada
saudara-saudara Islam kita di sana. Ameen.

Almizzi,
White House, Ain Chock,
Casablanca, Maghribi,
22 Febuari 2011,
Jam 0728.


Kami di Mehdia

Mehdia 6 Mark
Firman Allah Taala : Dialah yang membiarkan dua buah lautan mengalir
dan bertemu keduanya. Dan di antaranya ada batasan yang tidak
dilampaui oleh bahagian masing-masing.

Firman-Nya lagi : Dan Dialah yang membiarkan dua buah lautan yang
mengalir (berdampingan). Salah satunya tawar serta segar dan
satunya masin lagi pahit. Dan Dia jadikan di antara kedua itu
dinding dan batasan yang menghalangi (keduanya dari bercampur).


Gambar di atas dirakam ketika saya beriadah, bersantai bersama
-sama sahabat saya, Aimi dan Hariz ke pantai Mehdia di Kenitra.
Jika sebelum ini, saya hanya mampu melihat keajaiban sebegini
melalui internet, maka pada hari tersebut, saya menikmatinya
dengan mata saya sendiri.

Maha Suci Allah dan besarnya tanda kekuasaan-Nya, sekaligus
membenarkan firman-nya dalam Surah Ar-Rahman dan Surah
Al-Furqan seperti yang saya nyatakan di atas. Subhanallah!

Mehdia 1 Mark
Teman seperjalanan serta model saya, Aimi dan Hariz.

Mehdia 4 Mark II
Potret Aimi Bin Zakaria, mahasiswa tahun akhir
wilayah Kenitra, Maghribi.


Hari itu amat cerah dan ceria. Selepas beberapa hari wilayah Kenitra
dibasahi hujan, kami pada pagi tersebut gembira menikmati sebuah
keindahan, ketenangan di pantai Mehdia. Langit amat membiru
pada hari penuh memori ini, jadi bertambah bersungguh-sungguh
saya merakam ratusan keping gambar potret dan landskap.

Kalaulah saya mempunyai kelengkapan yang cukup, saya sangat
berhajat untuk merakam gambar slow shutter. Namun peluang
untuk saya berbuat demikian agak mustahil sekarang, ditambah
pula tempoh waktu saya di bumi Maghribi kini semakin singkat.

Rasanya ini kali pertama dan kali terakhir saya di sini.

Mehdia 2 Mark
Hariz pernah memegang jawatan Yang Dipertua Pelajar di
MTANT atau IQT pada tahun 2007.

Mode : Gaya ala-ala panglima perang.

Teknik yang digunakan ketika rakaman pun ringkas sahaja. Dengan
bertemankan lens Sigma 10-20mm dan Tamron 18-200mm, maka
terhasillah gambar-gambar ini.

Setting-nya mungkin begini :

a) Shutter speed sentiasa berubah-ubah. Try and error.
b) ISO pun berubah-ubah juga. Tapi kurang dari 800.
c) Aperture saya gunakan 8-11 rasanya. Kadan-kadang 16.
d) White Balance : Cloudy.
e) Metering : Under sedikit. Saya tak pasti berapa.
f) On camera flash. Kadang-kadang potret membelakangi
cahaya matahari. Jadi penggunaan flash itu perlu.
g) Edit menggunakan Adobe Photoshop.

Mehdia 3 Mark
Lagi potret Aimi Bin Zakaria. Jika sesiapa pernah ke sini dan peka,
mungkin dapat kesan, apakah satu kesilapan atau teknik manipulasi
(tak sengaja) yang telah saya lakukan pada gambar ini?


Mehdia 5 Mark II
Potret yang terakhir, Aimi Bin Zakaria. Kebiruan langit yang
membuatkan saya bersemangat untuk merakam banyak
gambar ketika ziarah saya ke pantai Mehdia ini.


Keseluruhan rakaman saya pada hari itu, amat memuaskan hati.
Jika ada kesempatan, ingin sekali lagi saya ke sana.

Lebih menarik, selesai sahaja kami bersantai serta bergambar di
pantai, dan ingin pulang ke rumah, tiba-tiba hujan pun turun
dengan sederhana lebat. Maka berlari-larilah kami mencari tempat
teduhan sambil bermandi hujan jugalah sikit.

Tetapi saya tetap gembira. Terima kasih Tuhan atas peluang
yang dikurniakan untuk kami, hamba-Mu yang sesungguhnya
kagum dan takjub dengan kebesaran-Mu yang wujud di pantai
Mehdia ini.

Dan sesungguhnya pada kejadian-kejadian itu, terdapat
tanda-tanda kekuasaan Allah bagi mereka yang berfikir.

Almizzi,
Vila Mukminin, Bouhlal,
Rabat, Maghribi,
17 Febuari 2011,
Jam 0752


P/s : Mungkin perlu tukar perkataan landscape kepada seascape
pada beberapa keping gambar dalam entry ini. Saya terlepas
pandang akan perkara tersebut.


Goat & Sheeps

Goat 2 Mark
Sebelum saya menulis tentang jalan-jalan di pantai Mehdia, saya
ingin kongsikan gambar-gambar kambing jalanan yang sempat saya
di sekitar rumah mahasiswa di Sakaniyah, Kenitra. Gambar-gambar
ini dirakam sejurus sebelum saya pergi ke Mehdia.

Bukan senang juga nak jumpa kambing-kambing ini dalam jarak
closed-range seperti hari tersebut. Maka ia tidak disia-siakan.

Goat 7 Mark

Goat 5 Mark

Goat 6 Mark
Sekarang berada di Rabat untuk menyelesaikan sedikit urusan di
Kedutaan Besar Malaysia. Semoga urusan selepas ini sentiasa
mendapat keredhaan dan kemudahan daripada-Nya. Ameen.

Sekian. Bertemu kelak dalam entry berlokasi di pantai Mehdia pula,
insyaallah. Doakan saya sentiasa istiqamah untuk menulis.

Almizzi,
Vila Mukminin, Bouhlal,
Rabat, Maghribi,
11 Febuari 2011,
Jam ????


Abou Temmam

Abou 4 Mark
Gambar yang punya 1001 kisah dan sejarah. Tempat pertama
saya menginap dan bermalam sejurus sampai ke bumi Maghribi
pada tahun 2007. Kisah itu masih saya ingat dan akan kekal
diingati insyaallah.


Abou Temmam - Satu nama yang tidak asing lagi dari minda setiap
mahasiswa dan mahasiswi PMMM. Suatu kerencatan saya kira, jika
ada dikalangan kami di sini tidak pernah singgah, apatah lagi jika
tidak mengenali tempat bersejarah bagi PMMM ini. Kerana kalau di
Malaysia kita ada Kota A Famosa di Melaka, maka di Maghribi ini,
rakyat Malaysia khususnya mahasiswa, kita ada Abou Temmam.

Sepanjang pengetahuan saya, hampir setiap program PMMM dahulu
akan diadakan di sini. Program pertama saya bersama persatuan
juga bermula di sini iaitu program sambutan mahasiswa baru atau
kini dikenali dengan PROSISMA. Program ini berterusan sehinggalah
tahun 2009.

Pada 2010 baru-baru ini, PROSISMA kini bertapak di wilayah Rabat.
Dan saya kira, kebanyakan program PMMM kini banyak dijayakan di
Rabat. Khususnya di INPT (Nama penuhnya saya lupa).

Abou 3 Mark
Abou Temmam pada waktu malam.

Sebabnya, keterpaksaan untuk berbuat demikian. Kerana Kenitra
kini tidak seperti dahulu. Pada tahun-tahun sebelum ini, Terdapat
dua kediaman mahasiswa (pernah juga 3 kediaman) di sini, yang
juga amat berdekatan antara satu sama lain. Maka mudah untuk
persatuan mengadakan program yang mengumpulkan sekalian
mahasiswa dan mahasiswi dalam satu masa.

Sekarang, terdapat 2 kediaman mahasiswa dan 3 kediaman maha
-siswi. Jarak antara rumah-rumah juga agak jauh. Jadi perkara
tersebut agak menghalang kami untuk berprogram di Kenitra kini.

Abou 2 Mark
Pintu rumah utama. Kelihatan hiasan ucapan selamat
hari raya 2 tahun lalu yang masih wujud di situ.

Menunjukkan besarnya peranan rumah Abou Temmam ini.
Bukan sekadar kediaman mahasiswa, bahkan ia,
suatu masa dulu menjadi venue PROSISMA, SIV,
mesyuarat agung tahunan atau muktamar dan pelbagai
lagi program Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi.


Abou 1 Mark
Dan rumah ini adalah tumpuan utama saya jika saya
berkunjung ke Kenitra.


Sekarang, program-program persatuan tertumpu di wilayah Rabat
sahaja. Kemudahan tempat program juga menyenangkan urusan
PMMM untuk mengadakan sesuatu acara atau majlis. Dan hanya
di Rabat sahaja ada rumah istana atau Redcastle, yang mampu
menampung ramai mahasiswa untuk menginap.

Waktu bersilih ganti. Zaman berganti zaman. Tahun demi tahun
berlalu meninggalkan. Namun begitu, Abou Temmam ini tetap
menjadi destinasi persinggahan utama saya jika berkunjung ke
Kenitra. Jika dulu, saya agak terkejut apabila tiba ke rumah
lama yang dimamah usia ini, maka hari ini, saya amat gembira
untuk sentiasa berziarah ke sini.

Kerana di sini, kami yang lelaki akan berkumpul semua sebelum
beriadah atau bermain bola atau futsal, di sini juga ada kucing
yang saya suka bermain dengannya (dah besar semuanya), dan
di sini saya dapat bertemu Wardatul Ahlaa, puteri Ustaz Faisal
yang kini amat lincah dan petah berkata-kata.

Paling penting, Ahlaa juga pandai ambil gambar. Dan Ahlaa
juga suka ber-posing ketika bergambar. Ahlaa memang comel!

Saya amat berharap, program PMMM seperti SIV kembali ber
-venue di Kenitra. Jauh di sudut hati, seolah-olah ikatan roh
ukhuwwah dan berpersatuan di Kenitra ini lebih kukuh, dan
mesra, tiada di tempat lain.

Itu kata hati saya. Mungkin ada pro dan kontra bukan?

Almizzi,
White House, Ain Chock,
Casablanca, Maghribi,
9 Febuari 2011,
Jam 0746.


P/s : Esok ke Rabat buat beberapa hari. Untuk urusan di Kedutaan
Malaysia. Ya, itulah kepentingan Rabat kepada PMMM, sebagai
ibu negara Maghribi, dan berpusatnya Kedutaan Malaysia di sini.


Abou 5 Mark
Di dalam rumah Abou Temmam. After the scenes.

Selamat Pulang Senior

Haikal Mark
3 orang senior saya yang telah pulang, salah
seorang ialah ini, Ustaz Haikal dengan pose
istimewa di depan lensa.

Seperti yang dijanjikan, entry kali ini saya nak bercerita tentang
majlis perpisahan 3 senior saya yang telah diadakan pada dua
minggu yang lalu. Majlis yang simple, tetapi tetap meriah dengan
kehadiran tetamu yang terdiri dari sebahagian mahasiswa dan
mahasiswi serta tetamu jemputan dari Kedutaan Malaysia di sini.

Bermula dengan ucapan alu-aluan dari pengerusi majlis, saudara
Ikram hakim, majlis diteruskan dengan ucapan perpisahan oleh
3 orang senior ini dimulakan dengan Ustaz Haikal, diikuti oleh
Ustaz Najmi dan seterusnya Ustaz Hafizullah.

Selepas itu, bacaan doa selamat dan biasalah, program makan
-makan. Terima kasih saya ucapkan kepada senior saya bertiga
ini, serta penduduk wilayah rabat khususnya yang bertungkus
-lumus mengemas rumah, memasak masakan yang amat sedap
untuk majlis tersebut. Jazakumullah.

Panjang Mark
Yang kedua, Ustaz Hafizullah. Dirakam
ketika menyampaikan ucapan wida' pada
malam tersebut.


Najmi Mark
Dan yang terakhir, Ustaz Najmi. Gambar
yang kurang menjadi, power flash terlalu
kuat sehingga overexpossed.


Haikal 2 Mark
Kiri : Pengerusi majlis, Ikram Hakim.
Kanan : Yang diraikan, Ustaz Haikal. Masih
ligat merakam gambar walaupun ini majlis beliau.


Doa Mark

Suasana Mark
Suasana majlis (Mahasiswa).

Suasana 2 Mark
Suasana majlis (Mahasiswi dan tetamu jemputan).

Kek Mark
Kek istimewa kepada Uncle Haikal.

Kepada senior-senior saya ini, saya ucapkan selamat pulang ke
tanah air. Semoga kepulangan kalian menjadi sebuah kepulangan
yang dinanti-nantikan dengan curahan ilmu berguna yang kalian
peroleh sepanjang keberadaan di bumi Maghribi ini.

Perkenalan dan kenangan manis bersama kalian, insyaallah akan
sentiasa terpahat dalam ingatan kami semua. Moga kita dapat
bertemu pula di Malaysia kelak. Insyaaallah.

Almizzi,
White House, Ain Chock,
Casablanca, Maghribi,
7 Febuari 2011,
Jam 0724.

Kids | Alhamdulillah

Ahla Mark
Lensa saya bernasib baik pada waktu ini! Potret Ahla
yang tersenyum tepat pada masa shutter ditekan.

Puluhan juga gambar Ahla dirakam pada hari tersebut.
Namun yang menjadi tidak banyak, gambar kerap menjadi
blur. Biasalah budak-budak, tak boleh duduk diam. Dan
Ahla kini jauh lebih aktif dan petah sekarang!

Sebenarnya, saya ingin letakkan sedikit caption di bahagian
sebelah kanan gambar ini, seperti ucapan tahniah atau
sebagainya. Namun selepas hampir 2 jam menghadap
photoshop, saya telah buntu memikirkan idea untuk
membuat caption tersebut.

Saya masih lemah untuk berfikir kreatif dalam
penghasilan design dan grafik yang menarik
untuk dijadikan caption atau penghias sesebuah
gambar. Itu saya sendiri akui.

Yasir Mark
Yasir, kanak-kanak riang yang akan menggamatkan
rumah White House dengan kehadirannya. Agak
lama juga gambar ini diperam di dalam hard disk.

Tema gambar ini : Walau macam mana sekalipun
kacaunya hidup kita, sentiasalah tersenyum dan
terus fokus kepada mata lensa. Hehe...

Background serabut, kerana belum selesai gotong
-royong selepas tamat haflah perpisahan sahabat
saya, Syed dan Asyraf.

Cukup dengan 2 keping gambar ini rasanya. Alhamdulillah saya
amat gembira dan bersyukur waktu ini. Keputusan semester 5
saya telah selesai dikemaskini. Dan keputusan exam tersebut,
amat memuaskan hati saya. Terima kasih kepada semua
pegawai di idarah (pejabat) yang amat banyak menolong saya
menyelesaikan masalah yang dihadapi terutamanya Sayyidah
Naimah (sama dengan nama ibu saya), iaitu Ketua Hal Ehwal
Pelajar. Jazakumullah khairal jazak.

Serta terima kasih buat sekalian sahabat, ahli keluarga dan
guru yang sentiasa mendoakan kejayaan saya dan semua
teman yang menuntut ilmu di Maghribi ini khususnya. Hanya
Allah yang membalas kebaikan kalian dengan sebaik-baik
ganjaran.

Pesan Rasulullah SAW, permudahkanlah dan jangan kamu
menyusahkan, gembirakanlah dan jangan kamu membuat
orang lain menjauhkan diri dari kamu.

Semoga khabar baik daripada saya menggembirakan hati
semua sahabat, dan ahli keluarga saya. Alhamdulillah.

Almizzi,
White House, Ain Chock,
Casablanca, Maghribi,
5 Disember 2011,
Jam 0750.


Potret | Perpisahan | Peperiksaan

Haikal Mark
Antara yang diraikan, ustaz Muhammad Haikal.
Kelemahan bila bounce flash ke siling, akan
terhasil sedikit gelap pada mata atau dahi subjek.
Terutama jika subjek memakai topi. Hehe...

Dan sedikit overexpossed pada topi tersebut.


Pada laman Facebook, saya telah nyatakan bahawa saya akan
kongsikan gambar-gambar ziarah saya bersama Hariz dan Aimi
ke pantai Mehdia. Namun bila difikirkan kembali, eloklah saya
mulakan secara tertib berdasarkan permulaan permusafiran
saya ke Rabat, kemudiannya ke Kenitra.

Majlis perpisahan senior, ustaz Haikal, Hafizullah dan Najmi
yang diadakan pada Khamis lepas. Berkurang lagi ahli keluarga
PMMM kali ini dengan kepulangan 3 orang sahabat ini.

Entry kali ini, saya kongsikan 5 keping gambar potret sahaja.
Tujuan tulisan ini bukan menceritakan perjalanan majlis yang
berlangsung tersebut, tapi sekadar perkongsian potret yang
sempat saya rakamkan pada malam tersebut.

Entry khusus untuk majlis perpisahan ini, insyaallah bakal
menyusul selepas ini. Doakan saya rajin update.

Rahim Mark
Abdul Rahim Zainuddin dengan pose-nya. Kadang
- kadang bayang yang terhasil dengan penggunaan
external flash juga menghasilkan mood yang
tersendiri. Ini bukan CLS. Hanya bounce ke lantai.


Fakurazi Mark
Fakurazi, Ketua Exco Rohani PMMM.
Sedikit under saya rasa. Jika Haziq tiada di
belakang, gambar lebih kemas.


Tambahan, keputusan peperiksaan semester 5 telah dikeluarkan
pada hari kelmarin. Agak mendukacitakan, nama saya tercicir
dari senarai tersebut.

Selepas urusan kemaskini di pejabat (idarah) universiti, maka
keputusan 10 subjek telah saya dapat, sekarang hanya berbaki
dua lagi subjek. 10 subjek tersebut, alhamdulillah saya amat
berpuas hati dengan markahnya.

Doakan urusan saya yang berbaki ini dipermudah oleh-Nya.
Terima kasih.


Hairi Mark
Hairi Rabbani, penghulu wilayah Rabat. Antara subjek
kesukaan saya. Jika Auzaie tiada di belakang, maka
gambar lebih bersih dan kemas.


Kay-z Mark
Dan yang terakhir, Kamaruzaman Zali iaitu
Setiausaha Kehormat PMMM. Sedikit kesilapan,
jika cahaya yang di-bounce pada sebelah kiri
tepat pada mata subjek, maka gambar ini
akan sempurna.


Saat ini, jangan kita lupa untuk mendoakan sahabat-sahabat,
rakyat Malaysia di bumi Mesir. Semoga mereka terus berada
dalam keadaan selamat, dan moga urusan evakuasi yang
diuruskan kerajaan Malaysia berjalan lancar.

Semoga kemenangan berpihak pada golongan penuntut hak
dan kebenaran. Ameen.

Almizzi,
White House, Ain Chock,
Casablanca, Maghribi.
3 Febuari 2011,
Jam 1658.


Bersama Kita Doakan

Buat sahabat-sahabat sekalian, sama-sama kita panjatkan doa
untuk saudara-saudara Islam kita, rakan taulan, para pensyarah
dan ulama di bumi Mesir yang telah kita sedia maklum, pada
waktu ini dengan demonstrasi dan pergolakan yang berlaku di
sana.

Khusus kita mendoakan juga, keselamatan sekalian rakyat
Malaysia di sana. Semoga Allah mengurniakan perlindungan
buat mereka, dan moga proses evakuasi rakyat Malaysia
ke Malaysia dan negara-negara berdekatan berjalan lancar.
Bersama kita doakan.

(Amat risau dengan keadaan sahabat-sahabat saya yang agak
ramai di sana).

Semoga Allah jua kurniakan kemenangan buat penjunjung
kebenaran, penolak kebatilan di bumi anbiya' sana. Ameen.

Ucapan Pemangku Presiden PMMM : Portal PMMM
Laman perkembangan semasa di Mesir : Krisis Mesir Nasib Pelajar Kita
Laman Facebook perkembangan di Mesir : Selamatkan Rakyat Malaysia

Wallahu 'alam. Salam prihatin daripada saya.

Almizzi,
Sakaniyah,
Kenitra, Maghribi,
1 Febuari 2011,
Jam 1846.


Tiada penyelesaian, kecuali pengunduranmu Hosni Mubarak.