• Hidup Dalam Bersederhana

    Saya kadang-kadang cuba memahami, namun banyak kali saya gagal untuk cuba mengintai sedikit titik persamaan atau noktah kepada sengketa ini. Dan akhirnya saya hanya mampu memerhati, membaca, menilai dan menulis kesimpulan dalam diri sendiri sahaja...

  • Amanah Kita Bersama

    Masing-masing membuat suatu pekerjaan berdasarkan pada kekuatan, kemampuan serta kepakaran. Kemudian kepakaran itu dikongsi untuk perolehan manfaat bersama. Inilah sikap umat Islam yang saling menguatkan...

  • Jangan Mudah Menghukum

    Bersangka baik adalah pendirian dan sikap kita yang pertama. Jika didatangkan bukti dan fakta yang jelas tentang sesuatu kesalahan, barulah tindakan mampu dikenakan, kritikan dapat dilakukan terhadap mereka yang bersalah...

  • Itukan Hukum Allah

    Apabila orang jahil berbicara tentang agama, akan bertambah rosaklah agama di tangan mereka. Di sini, saya menentang video ini dengan hati, lisan dan tulisan sebagai tangan saya. Sungguh benci dan sangat bersimpati juga dengan pelakon- pelakon video ini. Adakah mereka sedar akan keceluparan skrip yang diucap...

Cahaya Syurga

Zoo Kemaman, Terengganu

Kemaskini blog semakin jarang. Merakam gambar secara serius pun semakin
kurang sejak akhir-akhir ini. Kesibukan kerja walaupun tidaklah 24 jam tanpa
henti, agak merencatkan perjalanan berpena dan merakam cahaya.

September 2013. Bulan yang agak sibuk sebagai tenaga pengajar di INSPI
Terengganu, untuk mencari rentak dan mood menyiapkan soalan-soalan
peperiksaan semester bagi adik-adik pelajar Itmamuddirasah serta STAM.
Tetapi syukur, hari ini selesai sudah kesemuanya.

Apapun, dalam kesibukan sempat juga mengasah bakat dalam menulis lirik
nasyid. Lagu Perjalanan, Ibu dan yang terbaru : Cahaya Syurga, telah berjaya
dihasilkan lirik serta lagunya. Langkah lanjut, saya serahkan pada adik-adik
di sini untuk selesaikan ia.

Cahaya Syurga. Ditulis tika mencari ketenangan dalam kehidupan.

Mengintai hari, yang berlalu demi hari
lantas menjengah
 fikiran kan Syurga nan indah

Menghitung waktu, yang berlalu demi waktu
lantas merindu
untuk bertemu Tuhan Maha Agung

Cahaya Syurga dijanjikan
wahai insan beriman
mengalir putih anhar yang suci
nyaman mendamaikan

Cahaya Syurga bersinar
seri senyuman manis
hadir menemani sang bidadari
dan singkap tabir Ilahi

Mengungkap rasa, kerinduan yang menjelma
lantas berkirim
doa selawat buat junjungan mulia

Menyentuh jiwa kehambaan
lantas bersujud
memohon ampunan

Lirik dan Lagu : Almizzi
Hakmilik : INSOLVE

Ya. Saya suka lagu ini. Sekian, selamat Hari Malaysia.

Almizzi,
Marang, Terengganu,
16 September 2013,
Jam 0048.
 
  Terus Ku Nanti Setia 
Marang, Terengganu

0 Komen:

Catat Komen