• Hidup Dalam Bersederhana

    Saya kadang-kadang cuba memahami, namun banyak kali saya gagal untuk cuba mengintai sedikit titik persamaan atau noktah kepada sengketa ini. Dan akhirnya saya hanya mampu memerhati, membaca, menilai dan menulis kesimpulan dalam diri sendiri sahaja...

  • Amanah Kita Bersama

    Masing-masing membuat suatu pekerjaan berdasarkan pada kekuatan, kemampuan serta kepakaran. Kemudian kepakaran itu dikongsi untuk perolehan manfaat bersama. Inilah sikap umat Islam yang saling menguatkan...

  • Jangan Mudah Menghukum

    Bersangka baik adalah pendirian dan sikap kita yang pertama. Jika didatangkan bukti dan fakta yang jelas tentang sesuatu kesalahan, barulah tindakan mampu dikenakan, kritikan dapat dilakukan terhadap mereka yang bersalah...

  • Itukan Hukum Allah

    Apabila orang jahil berbicara tentang agama, akan bertambah rosaklah agama di tangan mereka. Di sini, saya menentang video ini dengan hati, lisan dan tulisan sebagai tangan saya. Sungguh benci dan sangat bersimpati juga dengan pelakon- pelakon video ini. Adakah mereka sedar akan keceluparan skrip yang diucap...

Tuntunku Kepada-Mu

FBE 17
Tuntunku Kepada-Mu

Ku sedari Engkau sanggup
mengambil kembali kurnia-Mu
dan ku cuba selalu mengingat
takkan sia-siakan segalanya
Kerna suatu hari
semua akan tiada lagi
dan di akhir hayat ku mohon
Kau redha padaku

Allah ya Allah
tuntunku tuk tiba di jannah-Mu
ya Allah ya Allah
jangan jauh dari ku, ku damba cahaya-Mu

Bersama-Mu ku ingin dekat
dekat dengan-Mu sepanjang usia
ya Allah oh Allah
dampingi langkahku

Ku sedari kadang ku lupa
mungkin ini nafasku yang terakhir
ampuni kurangnya syukurku
maafkan ku ragu kasih-Mu
nanti suatu hari
saat duniaku usai berakhir
di akhir hayat, ku mohon
Kau redha padaku

Hari berganti
ku yakin waktuku kian singkat
tuhan-Ku biar ku genggam dunia ini
tanpa mencintainya
kerna ku kan segera pergi
kerna ku kan segera pergi

Tuntunlah aku
setiap langkahku

Demi Allah, lagu ini menyentuh perasaan, dan menginsafkan.

Moga Allah memberkati pendakwah, Maher Zain atas kesungguhannya menyampaikan
Islam melalui pentas nasyid ini.

Almizzi,
Marang, Terengganu,
30 Jun 2012,
Jam 2126.

Cerita Baru, Doa Kita

IMG_5781
Setiap hari, saya akan menatap dan membaca kembali setiap entry yang terdapat
dalam blog ini. Sama ada mencari sesuatu rujukan ringkas, atau memerhati, jika
terdapat kekurangan, kesalahan serta kecacatan pada tulisan-tulisan saya yang dahulu
untuk diperbaiki sentiasa. Semua tulisan tersebut adalah amanah yang perlu saya
pelihara sebaik yang mungkin

Dan jangan engkau mengikut apa (perkara) yang engkau tidak punya
pengetahuan tentangnya, sesungguhnya pendengaran dan penglihatan
serta hati, setuap anggota-anggota itu tetap akan dipersoalkan tentang
apa yang telah dilakukannya. (Al-Israk : 37)

Juga, saya cuba luangkan masa mengikuti dan membaca buletin-buletin terkini dalam
atau luar negara. Politik dalaman, krisis kekejaman yang berlaku di Syria serta banyak
lagi berita sentiasa diusahakan agar up-to-date dalam fikiran dan pengetahuan. Untuk
membuat kesimpulan atau analisis sendiri terhadap segala isu? Bukan mudah. Saya
tidak akan tergesa-gesa dalam menghukum. Hampir kebanyakan perkara, pendirian
saya adalah berkecuali, kerana kesamaran dalam sumber. Melainkan sesuatu isu
sudah jelas lagi bersuluh terang.

Doa saya, agar diri ini dan sahabat-sahabat sentiasa mendapat hidayah serta petunjuk
untuk menilai, mencari kebenaran dalam setiap perkara atau perkhabaran yang mendatang.
Seorang mukmin yang profesional, adalah seorang yang berhati-hati. Akan dinilai dan
diteliti setiap khabar berita dengan terperinci, agar tidak tersilap dalam membuat suatu
keputusan, apatah lagi menjatuhkan hukuman.

Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu seorang yang fasiq
membawa suatu khabar, maka selidikilah (untuk mengetahui)
kebenarannya... (Surah Al-Hujurat : 6)

Sikap tersebut perlu diteladani.


IMG_5783
Pada kesempatan sebentar ini, kita berterusan berdoa kepada Allah agar sentiasa
dikurniakan pertolongan bahkan kemenangan terhadap umat Islam di Mesir. Semoga
dilantik di antara mereka seorang pemimpin yang sejati, bukan munafik yang dimurkai.

Juga kepada saudara-saudara sunnah di Syria, moga Allah mengurniakan rahmat
pertolongan dan kemenangan kepada ahlussunnah wal jamaah di sana terhadap
golongan syiah yang berkuasa di kalangan pemimpin negara tersebut.

Doa adalah senjata orang beriman, tiang agama serta cahaya
langit dan bumi (Riwayat Al-Hakim - sahih, terdapat pendapat
yang menghukum hadis ini dhaif)

Jika mampu menyumbang, kita hulurkan sumbangan terbaik kepada mereka di sana.
Dan doa itu adalah suatu kemestian. Untuk mereka, daripada kita. Kerana kita bersaudara.

Sesiapa yang tidak mengambil berat akan hal ehwal umat islam, maka
dia tidak termasuk di kalangan mereka. (Riwayat Tabrani, Al-Ausat)

Ameen, ameen, ameen.

Almizzi,
Marang, Terengganu,
10 Jun 2012,
Jam 1020.

5
3 keping gambar ini dirakam di Pantai Penunjuk Kijal, Kemaman