• Hidup Dalam Bersederhana

    Saya kadang-kadang cuba memahami, namun banyak kali saya gagal untuk cuba mengintai sedikit titik persamaan atau noktah kepada sengketa ini. Dan akhirnya saya hanya mampu memerhati, membaca, menilai dan menulis kesimpulan dalam diri sendiri sahaja...

  • Amanah Kita Bersama

    Masing-masing membuat suatu pekerjaan berdasarkan pada kekuatan, kemampuan serta kepakaran. Kemudian kepakaran itu dikongsi untuk perolehan manfaat bersama. Inilah sikap umat Islam yang saling menguatkan...

  • Jangan Mudah Menghukum

    Bersangka baik adalah pendirian dan sikap kita yang pertama. Jika didatangkan bukti dan fakta yang jelas tentang sesuatu kesalahan, barulah tindakan mampu dikenakan, kritikan dapat dilakukan terhadap mereka yang bersalah...

  • Itukan Hukum Allah

    Apabila orang jahil berbicara tentang agama, akan bertambah rosaklah agama di tangan mereka. Di sini, saya menentang video ini dengan hati, lisan dan tulisan sebagai tangan saya. Sungguh benci dan sangat bersimpati juga dengan pelakon- pelakon video ini. Adakah mereka sedar akan keceluparan skrip yang diucap...

Damba Cinta-Mu

®AA61

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hamba-Mu

Ku sering melanggar larangan-Mu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhan-Mu
Walau sedar aku milik-Mu

Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba cinta-Mu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dari-Mu

Ku sering berjanji depan-Mu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis kerana-Mu
Kemudian ketawa semula

Kau Pengasih Kau Penyayang Kau Pengampun
Kepada hamba-hamba-Mu
Selangkah ku kepada-Mu
Seribu langkah Kau pada ku

Tuhan diri ini tidak layak ke syurga-Mu
Tapi tidak pula aku sanggup ke neraka-Mu

Ku takut kepada-Mu
Ku harap jua pada-Mu
Moga ku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat

Lirik lagu : Raihan / Damba Cinta-Mu


Syawal Diyalna 1


Alhamdulillah ( walaupun agak terlewat, hari ini sudah 12 Syawal )
dapat saya siapkan entry ini, kronologi ringkas kisah Syawal yang
diraikan oleh kami, para mahasiswa dan mahasiswi di Maghribi.
Bagi senior-senior, meraikan Syawal di perantauan ini mungkin
tidak menjadi masalah, tiadalah homesick rasanya. Tapi bagi
junior-junior, wallahu 'alam. Sebak dan rindu di hati, siapa yang
tahu kan.

Kami ( sebahagian besar mahasiswa ) berkumpul di Kenitra pada
malam hari raya. Semuanya datang dari Rabat, Casablanca,
Marrakesh, dan ahli Kenitra sendiri. Maka bertungkus-lumuslah
kami memasak, mengemas rumah dan halaman, serta mengambil
kesempatan untuk menelefon ahli keluarga di Malaysia untuk
bertanya khabar hari raya di kampung halaman. Suasana hari raya
yang amat meriah pada malam itu. Dan tidak kurang juga mereka
yang bersengkang mata untuk menyiapkan segala juadah hari raya,
sehingga subuh pun tiba. Jazakumullah khairal jazak.

2

Selesai solat sunat Aidilfitri di musolla

1

Keesokan harinya, kami bergerak menuju ke musolla ( kawasan
lapang yang dijadikan tempat solat ) untuk solat sunat Aidilfitri
bersama-sama ribuan ( mungkin ) umat Islam Kenitra yang juga
berpusu-pusu datang dari jauh untuk bersolat. Jarak perjalanan ke
musolla tidaklah begitu jauh, hanya 45 minit berjalan kaki. Hehe.

Usai bersolat sunat, kami berkumpul di halaman rumah Abou
Temmam ( rumah mahasiswa ) bersama sebahagian mahasiswi.
Dengan sedikit ucapan Timbalan Presiden PMMM, saudara Mohd
Ikram Hakim yang merakamkan ucapan terima kasih kepada
sekalian mahasiswa/mahasiswi yang menjayakan program Aidilfitri
pada hari tersebut.

Juadah hari raya di Abou Temmam : Ada rendang, nasi himpit dan
kuah kacang, ayam panggang, nasi goreng, kuih-muih raya dan
kek. Sememangnya sedap!

3

Selepas solat jumaat, kami bergerak pula ke Rabat untuk
mengunjungi rumah terbuka Aidilfitri oleh Uncle Daud dan Aunty
Rohana ( Sinonim dengan panggilan tersebut ), pasangan suami
isteri yang tidak asing lagi bagi setiap penuntut Malaysia di
Maghribi, amat dikenali dengan keramahan dan keakraban mereka
dengan para mahasiswa di sini.

Kali ini, hampir semua mahasiswa dan mahasiswi PMMM hadir sama
memeriahkan rumah terbuka. Keakraban makin terasa di sini. Turut
hadir, Duta Besar Malaysia ke Maghribi, TYT Datuk Othman bin
Samin, beberapa pegawai dari kedutaan Brunei, dan wakil syarikat
Al-Hidayah.

Al-Andalus Multimedia Crew juga menyediakan satu slot ucapan
khas sempena Aidilfitri bagi setiap hadirin yang hadir, bertujuan
memberi peluang kepada rakyat Malaysia di sini menyampaikan
ucapan hari raya kepada ahli keluarga, sahabat-handai yang berada
di Malaysia khususnya.

Juadah hari raya di rumah terbuka Aunty Rohana dan Uncle Daud :
Nasi beriani, nasi himpit dan kuah kacang, lontong, kuih-muih dan
kek coklat serta lain-lain. Kesedapan yang tiada bandingan.

4

Keluarga bahagia, Uncle Daud dan Aunty Rohana.

9

Suasana hari raya di kediaman Encik Haris
Kredit : Muhammad Mustaqim bin Musa


2 Syawal keesokannya, rombongan kami menuju pula ke kediaman
Encik Haris sekeluarga yang juga menetap di Rabat. Walaupun kami
( rombongan dari Kenitra ) tiba agak lewat, namun gambar di atas
tetap menceritakan kemeriahannya. Turut serta Datuk Othman bin
Samin, duta kami yang disayangi dan Uncle Daud serta isteri, Aunty
Rohana.

Agak mendukacitakan, pada asalnya banyak potret-potret ceria
yang saya rakamkan ketika berhari raya di kediaman Encik Haris
ini, namun tanpa rasa segan silu, saya telah ter'delete' kesemua
gambar tersebut dek kecuaian saya sendiri. Kesal juga rasa di hati.

Namun, kredit untuk sahabat saya, Muhammad Mustaqim bin Musa
yang sempat mengabadikan beberapa keping gambar kenangan
berhari raya pada waktu ini. Maka dapatlah saya sertakan di sini
untuk tatapan umum.

Juadah hari raya di rumah terbuka Encik Haris dan Kak Zila :
Sate, nasi himpit bersama kuah kacang dan sambal ikan bilis,
lontong, mee sup, kuih-muih dan kek. Kredit untuk Kak Zila
yang amat pandai memasak!

11

Family Sporting, Encik Haris dan Kak Zila.
kredit : Muhammad Mustaqim bin Musa

To be continued...

Penyeri Abou Temmam


Sementara menunggu entry tentang catatan Aidilfitri di Maghribi yang
saya janjikan itu selesai, lebih baik saya kongsikan beberapa keping
gambar, kali ini tentang 3 ekor anak kucing berstatuskan 'remaja'
yang lahir, membesar dan sehingga kini berada di kediaman
mahasiswa di Abou Temmam, Kenitra.

Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai,3 ekor kucing yang
seakan adik-beradik kembar ini boleh dikategorikan sebagai wild
animal. Sukar sekali untuk didekati, apatah lagi untuk disentuh.
Namun agak gembira kerana seekor daripadanya hampir 70% jinak
selepas bermandi minyak masak di dapur rumah ini, dan selamat
dibersihkan oleh ahli Abou Temmam.

1

2

3

4

8 keping gambar ini masih segar, dirakam ketika waktu tengahari
hari ini. Seekor kucing ini masih agak liar, tetapi mungkin kerana
ia kelihatan agak mengantuk kerana waktu sebegini adalah waktu
tidurnya, maka saya dapat mendekatinya untuk shoot dalam mode
close-up.

5

6

7

8

Dan ini adalah sebahagian daripada latihan untuk diri saya yang
masih lagi setahun jagung dalam bidang fotografi, memperbaiki
skil dan berusaha research segala fungsi-fungsi yang terdapat
di dalam sebuah DSLR. Apa yang saya belajar? Metering dan
composition, serta banyak lagi.

Selamat menonton.


Potret Aidilfitri

1

Untuk mengelakkan blog ini dari dipenuhi sawang labah-labah, maka
lebih baik untuk saya update sekeping potret junior yang sempat
dirakam ketika hari raya Aidilfitri pertama di Villa Abou Temmam,
Kenitra, Maghribi.

Insyaallah dalam masa terdekat, saya akan menceritakan sedikit
-sebanyak kisah ceria Aidilfitri di perantauan ini. Fikir jalan cerita,
edit gambar sikit, dan di'publish'kan. Semoga dikurniakan-Nya
kesihatan yang baik, cuaca sejuk di Kenitra sedikit mengganggu
rutin harian. Jenguklah selalu ya.


Barakallah Lakuma


Di kesempatan yang berkunjung tiba ini.
Mungkin amat perlu untuk saya berkongsi khabar gembira,
yang mencatat sejarah penting buat keluarga tercinta.

Selamat melangsungkan perkahwinan ( 13 September 2010 )
diucapkan pada kakak yang disayangi dan suami.

Nur Najmi
&
Mohd Anis

Semoga sentiasa mendapat redha Allah Taala dan keberkatan daripada-Nya.
dan moga kekal ikatan suci ini hingga ke akhir hayat,
dan bersama-sama di syurga-Nya. Insyaallah.


بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير

Tulus Ikhlas

1 mark

Khas daripada sahabat saya untuk semua sahabat, para pendidik,
kaum keluarga serta umat Islam seantero sewarjagat.

Align Center

Andai Ku Tahu

®AA56

Usai bersolat sunat dua rakaat di masjid berdekatan, sebelum
mendirikan solat
Isyak dan terawih , seorang pakcik arab yang sudah
berumur, duduk bersebelahan
saya seraya bertanya,

" Anak ni berasal dari mana?"
" Saya berasal dari Malaysia pakcik." Saya menjawab ringkas.

Pakcik itu mengangguk, tersenyum lalu bertanya lagi,

" Berapa jumlah penduduk Islam di Malaysia?"
" Hampir 60% penduduk Malaysia beragama Islam." Jawab saya ringkas.

Pakcik itu sekali lagi mengangguk. Kemudian sampuk seorang lagi pakcik
arab yang duduk di sebelah kiri saya, berkata-kata kepada pakcik arab
yang tadi dengan penuh yakin,

" Kamu tahu, itu 60% penduduk Islam semuanya masyarakat yang ber
-pegang teguh dengan ajaran Islam, bukan yang biasa-biasa. Aku lihat
orang Malaysia ketika musim haji, menangis-nangis apabila membaca
Al-Quran, Subhanallah. "

Kedua-duanya saling mengangguk, memuji-muji masyarakat Malaysia
yang dianggap salah sebuah masyarakat yang mengamalkan Islam
terbaik
di dunia.

Saya cuba menjelaskan kembali situasi sebenar, agak tidak terlalu jauh
kontra yang mereka perkatakan, tapi iqamat sudah hampir dilaungkan,
maka saya cukup berkata, Alhamdulillah ( alasan jer kot, sebab tak nak
cakap arab panjang-panjang, berterabur nanti... Hehe ).

Mereka menyanjung tinggi masyarakat Malaysia, saya pula serba-salah
untuk mengiyakan pujian mereka. Kesimpulannya, tak perlu untuk saya
berbangga menerima 100% hamburan pujian mereka. Ada yang benar,
ada yang perlu pada pencerahan kembali rasanya.

Andai mereka tahu akan realiti sebahagian kehidupan masyarakat
Malaysia
sebenarnya? Wallahu Ta'ala 'alam.




9 September 2010 / 29 Ramadhan 1431,
Villa Abou Temmam, Kenitra, Maghribi.


Salam Aidilfitri

2 mark


Potret Senyum

2 mark

Rasanya tidak perlu saya nyatakan maksud potongan hadis di atas. Ringkas
dan padat untuk membuktikan kesyumulan Islam dan betapa mudah untuk
kita melakukan kebajikan dan menanam pahala dalam kehidupan seharian,
tiada alasan lagi. Ikhlaskan diri, hiasi peribadi.

Apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya, atau balaslah
penghormatan itu (dengan sesuatu yang serupa).

Senyumlah. Dan sentiasalah berucap salam di antara kamu.

Rindu

®AA57

Ketika entry ini ditulis, saya masih agak berserabut mencari-cari template yang lebih sesuai untuk laman yang agak fresh berwajah baru. Kini saya lebih minat pada flash template yang tampak lebih unik dan matang untuk sesebuah laman fotografi. Namun setakat ini, pencarian saya masih lagi tidak membuahkan hasil yang memuaskan. Tak kira sama ada berlaku masalah ketika uploading template atau masalah kerana sukar untuk memuat turun template kerana kebanyakannya berbayar!

Tema gambar ini? Adakah Subjek sedang rindu akan kampung halaman ( dekat- dekat nak raya ni ) atau sedang rindu akan keluarga, atau sahabat, atau seseorang yang istimewa dalam hidupnya? Fikir-fikirkan.

Harapnya subjek a.k.a model ini tidak marah. Hehe.


Potret Si Kecil

®AA58

Ajarkanlah anak-anakmu dengan tiga perkara :
Cinta pada Nabi kamu,
Cinta pada ahli keluarga Baginda,
Dan sentiasa membaca Al-Quran.

[ Dinaqalkan oleh Imam As-Suyuti di dalam Al-Jami' As-Soghir ]
Syeikh Al-Albani mengatakan bahawa hadis ini dhaif.
Wallahu 'alam. Satu perkongsian bersama.

Lailatul Qadr

®AA54

1

Sedikit kemaskini pada blog saya. Tiada gambar terbaru
pada entry kali ini, sekadar menggabungkan 2 entry
sebelum ini kepada satu sahaja. Sesiapa yang sempat
membaca 2 entry sebelum ini akan faham kot.
Masih lagi potret sahabat saya yang 'photogedik' ini.

Salam 10 Ramadhan terakhir untuk umat Islam dan sahabat.
Bersungguh-sungguhlah mencari malam Lailatul Qadr.
Dengan menggandakan amal dan ibadat.

Lailatul Qadr itu adalah satu malam.
Segala amal soleh ketika itu,
lebih baik dari amal soleh dalam seribu bulan.

Ekram & Ustaz Fathi

2

Antara gambar potret 'favourite' yang sempat saya rakam
pada Majlis Iftar Merdeka pada 30 Ogos 2010.

Sebuah potret yang sedang ceria bercerita.

Align Center

Iftar Merdeka 2010

2

Alhamdulillah, sempat mengabdikan kenangan bergambar
bersama 2 orang qari Maghribi.
Mereka adalah antara tetamu jemputan sempena
Majlis Iftar Merdeka anjuran Kedutaan Besar Malaysia di Maghribi
yang telah diadakan pada 30 Ogos 2010, bertempat di
kediaman rasmi TYT Datuk Othman bin Samin, Duta Besar
Malaysia ke Maghribi.

Black & White 3

AA47

AA48

AA46

AA45

Jika sebelum ini, saya tidak berminat dengan Black & White Photography
kerana merasakan lapangan ini kurang memberi input penting
kepada saya dalam fotografi, maka hari ini saya telah mengakui akan
kesilapan anggapan saya selama ini. B&W Photography ini amat
bermanfaat untuk mengubah sesuatu gambar yang kurang contrast
kepada gambar yang punya nilai keunikan yang tersendiri dalam
format B&W.

Jika sebelum ini saya menumpukan fokus pada warna dalam
sekeping gambar, maka dalam B&W ini, saya cuba lebih
fokus pada composition, level, contrast dan ketajaman
sekeping gambar tersebut.

Supaya sekeping gambar itu dapat menyampaikan
seribu makna, pahit manis kehidupan.


Black & White 2


A1

A2

Lagi koleksi beberapa keping gambar yang diconvertkan kepada
format Black & White. Bertatih pula untuk mempelajari
teknik High Key, semoga dipermudah oleh-Nya.


Black & White

aa1

aa2


2 Keping gambar potret yang saya rakamkan hampir 2 minggu lalu. Sedikit
sentuhan menggunakan Adobe Photoshop CS5 dan Photoscape. Masih
lagi bersemangat untuk update gambar di laman baru ini, setelah agak
lama mencari template yang sesuai, khusus untuk lapangan fotografi.

Hitam dan putih kehidupan.
2 Warna yang menceriakan alam.


Berkenalan Kerana Tuhan

®AA37

Budak Kampung



2

Sekeping gambar 'favourite' yang telah lama dirakam.
Ala-ala natural flare yang hampir menjadi pada pendapat saya.
Namun kecacatan apabila wajah Budak Kampung ini tidak menonjol.
Apa-apapun.
Suasana kampung sebegini amat dirindu.
Tambahan pula ketika di bulan Ramadhan ini.
Mercun, bunga api meriah di tangan Budak Kampung.
Menantikan Syawal yang tidak lama lagi. Homesick Pula!


Ramadhan Kareem



Bulan Ramadhan.
Diturunkan pada waktunya Al-Quran.
Memberi petunjuk kepada manusia.
Serta Bukti keterangan, kebenaran petunjuk-Nya.
Dan Al-Furqan.
Membezakan di antara yang benar dan yang dusta.

[ Surah Al-Baqarah : 185 ]


Kita Kan Bersaudara



Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara.
Maka damaikanlah di antara dua saudaramu.
Dan bertaqwalah pada Allah.
Semoga kamu beroleh rahmat di sisi-Nya

[ Surah Al-Hujurat : 10 ]