• Hidup Dalam Bersederhana

    Saya kadang-kadang cuba memahami, namun banyak kali saya gagal untuk cuba mengintai sedikit titik persamaan atau noktah kepada sengketa ini. Dan akhirnya saya hanya mampu memerhati, membaca, menilai dan menulis kesimpulan dalam diri sendiri sahaja...

  • Amanah Kita Bersama

    Masing-masing membuat suatu pekerjaan berdasarkan pada kekuatan, kemampuan serta kepakaran. Kemudian kepakaran itu dikongsi untuk perolehan manfaat bersama. Inilah sikap umat Islam yang saling menguatkan...

  • Jangan Mudah Menghukum

    Bersangka baik adalah pendirian dan sikap kita yang pertama. Jika didatangkan bukti dan fakta yang jelas tentang sesuatu kesalahan, barulah tindakan mampu dikenakan, kritikan dapat dilakukan terhadap mereka yang bersalah...

  • Itukan Hukum Allah

    Apabila orang jahil berbicara tentang agama, akan bertambah rosaklah agama di tangan mereka. Di sini, saya menentang video ini dengan hati, lisan dan tulisan sebagai tangan saya. Sungguh benci dan sangat bersimpati juga dengan pelakon- pelakon video ini. Adakah mereka sedar akan keceluparan skrip yang diucap...

Liga Senyum 2011

1 m
Liga kami kali ini adalah Liga Senyum. Tak senyum
boleh menyebabkan anda mendapat kad kuning
atau kad merah.


3
Labas-labas dahulu sebelum perlawanan berlangsung.

LIGA SENYUM 2011

Tarikh : 20 Mac 2011
Venue : Padang Ibnu Sina, Kenitra, Maghribi
Pasukan :

1- Casablanca Group
2- Rabat Agdal
3- Kenitra FC
4- Rabat Ville
5- TMFC ( Tetouan + Mohammedia )

Format Permainan : Secara liga ( 1 pusingan sahaja )

Itulah sedikit maklumat tentang Liga Senyum 2011 yang berjaya
kami, mahasiswa-mahasiswa Malaysia di Maghribi adakan pada
baru-baru ini. Persediaan untuk SUKMA 2011 bak kata penganjur.

Saya upload sedikit gambar yang telah dirakam sepanjang liga
ini berlangsung. Bukan semua gambar ini saya saja yang rakam,
ada banyak tangan yang pegang kamera ini. Hehe...

Enjoy the shoots.
Walaupun dah basi sikit!


2
Goalkeeper ini bolos 2 gol sahaja. Salah satunya
amat menakjubkan!

4
Kali ini khalaf pasti gembira. Ada 3 keping gambar beliau
terselit dalam entry saya kali ini.


5
Otai besar liga ini, bersantai di meja pengurus.

7
Dari Tetouan beliau datang menyertai kami.

6
Bakat baru PMMM rasanya.

9
2 pemain Casablanca Group. Sempat bergosip nampaknya.

8
Sentiasa senyum sebelum, semasa dan selepas perlawanan.

10
Rasanya gambar favourite saya kali ini kot.

Sekian sahaja untuk kali ini. Jumpa pula di SIV dan SUKMA 2011
pula insyaallah. Saya sibuk untuk balik Malaysia sekarang. Tapi
memang gembira untuk turut serta 2 program ini. Penutup tirai
diari saya di Maghribi ini mungkin.

Almizzi,
White House, Ain Chock,
Casablanca, Maghribi,
28 Mac 2011,
Jam 1859.

Seiring & Sejalan

Mohd Anis & Nur Najmi.
Semoga Allah sentiasa memberkati hubungan
kamu suami isteri. Ameen.


Jika dia seorang mujahid yang merindukan syahid
Jika dia seorang pendakwah yang taat dan tabah
Jika dia seorang pemimpin dan imam yang menjadi teladan
Jika dia seorang pemuda gagah berhadapan duri mehnah

Maka apabila dia telah bergelar seorang suami
Dia adalah seorang lelaki
Yang sentiasa mendambakan cinta dan kasih sayang
Seorang isteri

Syariatullah & Sunnatullah

Seiring & Sejalan

Almizzi,
Vila Mukminin, Bouhlal,
Rabat, Maghribi,
22 Mac 2011,
Jam 1950.

Ku Ingin Kembali


Kad ucapan istimewa daripada sahabat saya, Syed
Muhammad Hafeez ketika konvokesyen baru-baru
ini. Minta maaf kerana terlewat menyedarinya!


Di kala ku kesepian
fikiran mengimbau kenangan
sukarnya nak kulupakan
peristiwa pahit yang mencengkam

Di kala ku kesepian
munajat kepada-Mu Tuhan
Kusedari diri yang terbuang
umpama buih di lautan

Apalah nasib diri ini
menjadi mangsa hina mereka
namun kupasrah kehendak Ilahi
moga terubat hati yang luka

Yang berlalu biarkan berlalu
bersama kita bina hidup baru
lupakan segala resah dendammu
penuhi kemaafan di jiwamu

Hulurkanlah serpihan kasihmu
berikanlah peluang di sampingmu
usah biarkan aku terumbang-ambing
dipukul ombak nafsu

Kumohonkan restu-Mu Rahmani
ampunkanlah dosaku yang lalu
kerna diriku hanya
seorang hamba
bernama manusia

Ku Ingin Kembali - Jilul Quran
( Bersama seribu kenangan di MTANT 2005-2007 )

Kenangan Aidiladha kami berempat, bersama
pada tahun 2008.

Maafkan aku sahabat
jika aku bukan pendampingmu yang baik.

Catatan 14 Mac 2011 - Almizzi


Al-Fatihah


Al-Fatihah kepada sahabat saya ketika di SHAMS,
Khairul Hakimi Bin Ismail yang telah pergi menghadap Ilahi
pada 9 Mac 2011.

Bersama-samalah kita doakan, semoga rohnya dilimpahi rahmat
dan ditempatkan bersama-sama golongan yang beriman dan
beramal soleh, kembali kepada Allah dalam keadaan
redha dan diredhai-Nya.

Ameen.

Kadang-kadang Kita

2

1- Kadang-kadang, kita seolah-olah berasa malu untuk memohon
suatu doa serta hajat yang besar dan bersifat peribadi kepada
Tuhan. Walaupun kita telah beriman, bahawa sungguh Allah itu
Maha Mengetahui kan.

2- Kadang-kadang, kita terlalu membenci seseorang kerana satu
kisah silam atau berselisih faham, hingga segala kebaikan serta
sumbangannya dipertikaikan tanpa asas. Walaupun kita tahu di
dalam Al-Quran, sentiasa bersangka baik itu amat dituntut kan.

3- Kadang-kadang, kita bagaikan malu dan segan untuk berucap
kata-kata cinta dan kasih kepada mereka yang kita amat sayang.
Walaupun kita sedar di sisi Islam, mengucapkan kata-kata baik,
benar dan indah itu sangat dipuji kan.

4- Kadang-kadang, apabila kita berada di atas dan mendapati
ada golongan bawahan yang ikhlas dan sedia memberi cadangan
atau idea serta bantuan, kita menuduhnya memandai-mandai
dan tidak menghormati pemimpin atasan. Namun bukahkah kita
sedar, kerjasama dan perkongsian itu memantapkan?

Berkongsi kelebihan, menampung kekurangan.

5- Kadang-kadang, kita terlalu mengambil hati dan menjaga hati
seseorang walaupun tindakan itu adakalanya tidak bertepatan
dengan pendirian Islam dan kebenaran. Walaupun kita sentiasa
berkata-kata dan melaungkan, kita adalah umat yang sensitif
dan memelihara kesucian hidayah Tuhan kan.

Kadang-kadang, kadang-kadang, dan kadang-kadang...

Maka lapangkanlah hati,
Dan tenangkanlah perasaan,
Terbukalah menerima teguran,
Bersedialah membuat perubahan.

Serta belajarlah memberi dan menerima,
segala yang baik dan perkara kebaikan,
Walaupun adakalanya ia pahit untuk ditelan,
Namun sedarlah,
Pasti terpuji di sisi Tuhan,
Dihormati dan disanjung di mata insan.

Almizzi,
White House, Ain Chock,
Casablanca, Maghribi,
8 Mac 2011,
Jam 0723.

Kenitra and Rabat, here I come!

Di Sebalik Tabir | Konvokesyen 2011

2
Tak sah kalau tak bergambar dengan Ahlaa. Bukan
senang nak suruh Ahlaa pandang kamera
ni.

Terdetik pula di hati untuk kongsikan bersama, beberapa keping
gambar yang dirakam di sebalik tabir Istiadat Konvokesyen Ke-4
Sidang Pertama 2011 PMMM baru-baru ini. Ikutkan memanglah
jumlahnya banyak, tapi saya hanya memilih apa yang dirasakan
menarik sahaja. Captured with Canon EOS 20D and Nikon D90.

3
Bergambar bersama staf-staf Kedutaan Malaysia. Kamera
saya memang failed ambil gambar dalam dewan ini. 98%
gambar boleh dikatakan rosak! Kena beli kamera baru
lepas ni rasanya. Atau saya tak pandai setting?

Kredit foto : Mustaqim Musa | Nikon D90

4
Bergambar kenangan bersama mahasiswa yang hadir
pada konvokesyen ini. Tema : Bebas.

Kredit foto : Mustaqim Musa | Nikon D90


1
Kamaruzaman dan bunga.
Try and error for portraiture.


5
Saya dan Ikram Hakim. Try and error for portraiture 2.

Kredit foto : Mustaqim Musa | Nikon D90

6
Dan biasalah, lepas ambil gambar mesti kena tengok apa
yang ditembak kan.
For better exposures.

Kredit foto : Mustaqim Musa | Nikon D90

Sungguh, program ini adalah salah satu kenangan terindah bagi
saya sepanjang keberadaan di Maghribi ini. Dan pasti tidak akan
mudah untuk dilupakan begitu sahaja.

Amat terhutang budi kepada seluruh ahli jawatankuasa program
yang amat bertungkus-lumus melaksanakan tugasan sehingga
boleh saya katakan, istiadat konvokesyen ini amat berjaya dan
sangat layak dibanggakan.

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada sahabat seperjuangan
yang bersama-sama menamatkan pengajian ijazah di Maghribi
ini. Abdul Rahim, Hamiz Aizuddin, Aminah Munirah, Anis Qurratu
'Aini, Nabila Huda, Nazurah, Anis Nadzirah, Lily Hanefarezan dan
Nur Sakinah, Mabrouk 'alaikum!

Almizzi,
White House, Ain Chock,
Casablanca, Maghribi,
6 Mac 2011,
Jam 0729.


Potret Konvokesyen Ke-4

Hamiz Mark
Tambahan gambar-gambar yang dirakam oleh kamera saya ketika
Istiadat Konvokesyen Ke-4 Sidang Pertama 2011 PMMM baru-baru
ini.

Nak upload semua, rasanya saya tak larat. Jadi gambar-gambar
yang saya rasa menarik dan jadi favourite sahaja akan dikongsikan
insyaallah.

Azim Mark

Ikram Mark

Group Mark

Mustaqim Mark
Sekejap masa berlalu. Dan waktu meninggalkan bumi Maghribi
ini makin hampir. Tapi saya tak buat persediaan apa-apa pun
lagi. Ishh...

Almizzi,
White House, Ain Chock,
Casablanca, Maghribi,
3 Mac 2011,
Jam 0728.

Istiadat Konvokesyen Ke-4

3

1
Istiadat Konvokesyen Ke-4 Sidang Pertama 2011
Persatuan Mahasiswa Malaysia Di Maghribi

1- Alhamdulillah, selesai sudah istiadat konvokesyen Persatuan
Mahasiswa Malaysia Di Maghribi yang diadakan pada hari Ahad
baru-baru ini. Selepas hampir 4 tahun menuntut ilmu, secara
peribadi saya agak gembira diraikan pada majlis ini.

2- Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua ahli jawatan
-kuasa program yang telah bertungkus-lumus dan berusaha untuk
menjayakan istiadat konvokesyen yang amat bermakna ini. Hanya
Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian dengan sebaik-
baik ganjaran.

3- Serta ucapan tahniah dan syabas saya ucapkan kepada 9 orang
sahabat saya yang bersama-sama berjaya menamatkan pengajian
pada sesi ini. Semoga kita terus dikurniakan kecemerlangan dan
kejayaan pada masa yang akan datang insyaallah.

Terima kasih semua!

Almizzi,
White House, Ain Chock,
Casablanca, Maghribi,
28 Februari 2011,
Jam 2100.

P/s : Gambar-gambar potret para graduan, insyaallah saya cuba selesaikan
sesegera mungkin. Kenapa mood saya agak tidak baik malam ini?

Kredit gambar pertama : Mustaqim Musa.