• Hidup Dalam Bersederhana

    Saya kadang-kadang cuba memahami, namun banyak kali saya gagal untuk cuba mengintai sedikit titik persamaan atau noktah kepada sengketa ini. Dan akhirnya saya hanya mampu memerhati, membaca, menilai dan menulis kesimpulan dalam diri sendiri sahaja...

  • Amanah Kita Bersama

    Masing-masing membuat suatu pekerjaan berdasarkan pada kekuatan, kemampuan serta kepakaran. Kemudian kepakaran itu dikongsi untuk perolehan manfaat bersama. Inilah sikap umat Islam yang saling menguatkan...

  • Jangan Mudah Menghukum

    Bersangka baik adalah pendirian dan sikap kita yang pertama. Jika didatangkan bukti dan fakta yang jelas tentang sesuatu kesalahan, barulah tindakan mampu dikenakan, kritikan dapat dilakukan terhadap mereka yang bersalah...

  • Itukan Hukum Allah

    Apabila orang jahil berbicara tentang agama, akan bertambah rosaklah agama di tangan mereka. Di sini, saya menentang video ini dengan hati, lisan dan tulisan sebagai tangan saya. Sungguh benci dan sangat bersimpati juga dengan pelakon- pelakon video ini. Adakah mereka sedar akan keceluparan skrip yang diucap...

Kadang-kadang Kita

2

1- Kadang-kadang, kita seolah-olah berasa malu untuk memohon
suatu doa serta hajat yang besar dan bersifat peribadi kepada
Tuhan. Walaupun kita telah beriman, bahawa sungguh Allah itu
Maha Mengetahui kan.

2- Kadang-kadang, kita terlalu membenci seseorang kerana satu
kisah silam atau berselisih faham, hingga segala kebaikan serta
sumbangannya dipertikaikan tanpa asas. Walaupun kita tahu di
dalam Al-Quran, sentiasa bersangka baik itu amat dituntut kan.

3- Kadang-kadang, kita bagaikan malu dan segan untuk berucap
kata-kata cinta dan kasih kepada mereka yang kita amat sayang.
Walaupun kita sedar di sisi Islam, mengucapkan kata-kata baik,
benar dan indah itu sangat dipuji kan.

4- Kadang-kadang, apabila kita berada di atas dan mendapati
ada golongan bawahan yang ikhlas dan sedia memberi cadangan
atau idea serta bantuan, kita menuduhnya memandai-mandai
dan tidak menghormati pemimpin atasan. Namun bukahkah kita
sedar, kerjasama dan perkongsian itu memantapkan?

Berkongsi kelebihan, menampung kekurangan.

5- Kadang-kadang, kita terlalu mengambil hati dan menjaga hati
seseorang walaupun tindakan itu adakalanya tidak bertepatan
dengan pendirian Islam dan kebenaran. Walaupun kita sentiasa
berkata-kata dan melaungkan, kita adalah umat yang sensitif
dan memelihara kesucian hidayah Tuhan kan.

Kadang-kadang, kadang-kadang, dan kadang-kadang...

Maka lapangkanlah hati,
Dan tenangkanlah perasaan,
Terbukalah menerima teguran,
Bersedialah membuat perubahan.

Serta belajarlah memberi dan menerima,
segala yang baik dan perkara kebaikan,
Walaupun adakalanya ia pahit untuk ditelan,
Namun sedarlah,
Pasti terpuji di sisi Tuhan,
Dihormati dan disanjung di mata insan.

Almizzi,
White House, Ain Chock,
Casablanca, Maghribi,
8 Mac 2011,
Jam 0723.

Kenitra and Rabat, here I come!

1 Komen:

Tanpa Nama berkata...

Like!!
n thanx for this reminder!
mtk maaf salah silap selama ini..

Catat Ulasan