• Hidup Dalam Bersederhana

    Saya kadang-kadang cuba memahami, namun banyak kali saya gagal untuk cuba mengintai sedikit titik persamaan atau noktah kepada sengketa ini. Dan akhirnya saya hanya mampu memerhati, membaca, menilai dan menulis kesimpulan dalam diri sendiri sahaja...

  • Amanah Kita Bersama

    Masing-masing membuat suatu pekerjaan berdasarkan pada kekuatan, kemampuan serta kepakaran. Kemudian kepakaran itu dikongsi untuk perolehan manfaat bersama. Inilah sikap umat Islam yang saling menguatkan...

  • Jangan Mudah Menghukum

    Bersangka baik adalah pendirian dan sikap kita yang pertama. Jika didatangkan bukti dan fakta yang jelas tentang sesuatu kesalahan, barulah tindakan mampu dikenakan, kritikan dapat dilakukan terhadap mereka yang bersalah...

  • Itukan Hukum Allah

    Apabila orang jahil berbicara tentang agama, akan bertambah rosaklah agama di tangan mereka. Di sini, saya menentang video ini dengan hati, lisan dan tulisan sebagai tangan saya. Sungguh benci dan sangat bersimpati juga dengan pelakon- pelakon video ini. Adakah mereka sedar akan keceluparan skrip yang diucap...

Tenang & Sabar

3

4

1

Menenangkan fikiran dengan merakam warna alam petang tadi.
sememangnya hidup ini menagih seribu satu kesabaran.

Almizzi,
Rumahku Syurgaku,
Marang, Terengganu,
26 Mei 2011,
Jam 2109.


Slow Shutter 2

5

Gambar-gambar ini dirakam ketika saya makan angin pada hari
Jumaat yang lepas, iaitu di Pantai Marang. Seperti biasalah, tak
puas sekali, jadi kali kedua pula saya berlatih slow shutter atau
long exposure ini. Dan sedikit berpuas hati pada latihan kedua
ini, sebab datang awal. Jadi dapatlah saya merakam lebih banyak
gambar.

Kenapa black & white lagi?

Sebabnya, color dan saturation hampir kesemua gambar saya ini
masih tak berapa nak menjadi. Maka penyelesaian terakhir saya
adalah B&W ini sebab gagal cover kecacatan gambar itu dalam
Adobe Photoshop. Failed lagi.

4

3

Lepas puas tangkap gambar, barulah hati lapang nak mendengar
kuliah maghrib Ustaz Azhar Idrus di Masjid Kijing, Marang. Saya
menjadi teman tak rasmi abang saya ke kuliah ustaz sekarang.
Fikir kembali, bertuah berada di Terengganu, kerana kuliah ustaz
favourite remaja khususnya ini banyak diadakan di Terengganu.

Pakat gi dengor belake deh...

1

2

Pulang ke tanah air nyata lebih memeningkan berbanding ketika
berada di luar negara. Televisyen dan akhbar-akhbar tempatan
kini sungguh payah nak dipercayai. Hampir kesemuanya punyai
sentimen berat sebelah dan dipengaruhi pihak tertentu. Yang
lawan asyik dipersalah, yang kawan asyik dipuji dan dimegah.
Jadi saya suka baca berita sukan terlebih dahulu. Keputusan
bola sepak tak menipu kan?

Suasana politik yang makin dicemari. Oh saya bukanlah peminat
tegar dalam politik ini ya, cuma saya tidak boleh lari dari ambil
tahu tentang perkembangan semasa dalam negara, walaupun
pengetahuan saya dalam bab ini memang low. Jadi janganlah
tanya saya sangat kalau bincang bab ini. Hehe...

Yang penting, barang-barang di Malaysia makin lama, makin
naik harga. Geleng kepala saya dengan fakta ini. Dan moga
Allah memberi hidayah kepada golongan yang menzalimi dan
mengurniakan pertolongan kepada golongan yang dizalimi.
Allahumma ameen.

Almizzi,
Rumahku Syurgaku,
Marang, Terengganu,
22 Mei 2011,
Jam 1410.


Slow Shutter 1

9

Selepas lama berangan-angan, alhamdulillah tercapai juga hasrat
saya untuk bereksperimen Slow Shutter di salah satu lokasi utama
fotografi di Terengganu iaitu Pantai Pandak, Cendering.

Tiba di sana agak lewat, jadi saya tak sempat nak merakam lebih
banyak gambar. 3 keping ini adalah antara hasil awal yang masih
banyak kekurangan yang perlu diperbaiki. Tambahan, kelengkapan
pun masih ala kadar sahaja.

Editan juga agak banyak. White balance dan saturation yang tak
menjadi nampaknya pada permulaan ini. Jadi saya convert semua
gambar ini kepada black & white.

Namun tak mengapa, saya akan terus belajar untuk lebih mahir
dalam bab baru fotografi ini. Usaha tangga kejayaan!

P/s : Kini hanya tinggal dua batang pokok kelapa sahaja di Pantai
Pandak ini yang dahulunya tiga. Trademake yang mula terjejas.

3

8

Ya, masih belum terlewat. Selamat hari guru buat semua warga
pendidik di Malaysia amnya. Juga khusus buat semua guru di
SK Kubang Ikan, SMKA Syeikh Abdul Malek, IQT atau Maahad
Tahfiz Al-Quran Negeri Terengganu. Semoga terus dikurniakan
kekuatan untuk mendidik generasi akan datang. Ameen.

Selamat cuti hari Wesak juga!

Almizzi,
Rumahku Syurgaku,
Marang, Terengganu,
17 Mei 2011,
Jam 2056.


Santai & Serius

1

Entry ini ditulis selepas saya dan keluarga ber-barbeque pada suatu
petang yang damai, ditemani bersama kucing-kucing comel yang
kini makin remaja. Rancangan yang difikirkan pada seminggu lalu
alhamdulillah
berjalan dengan baik.

Banyak perkara menyerabutkan saya sekarang ini. Memikirkan alam
pekerjaan, menyambung pengajian peringkat MA, semangat study
yang kian suram dan lain-lain lagi. Tak ketinggalan juga, suasana
masyarakat Melayu Islam persekitaran di sini (serius juga berfikir
tentang bab ini). sikap melabel dan berbalah sesama muslim yang
masih tidak habis-habis. Saya amat berharap dan menanti, jika ada
titik pertemuan yang dapat menyatukan semua pihak. Namun saya
secara peribadi akui, sikap taasub, fanatik dan kesukaran sesama
muslim untuk berlapang dada dalam bab tertentu seperti aqidah,
fiqh dan lain-lain perkara menyekat perpaduan itu daripada berlaku.

Namun kerana sebab itu juga, rajin jugalah saya membuka rujukan,
mengemas kini pengetahuan dan maklumat sedia ada.

Ohh ya, Ketika semester 6 dulu, saya menulis bahas tentang bab
talfiq. Dan kini, amalan talfiq tersebut dilabel sebagai perbuatan
golongan Wahabi! Saya terbaca kenyataan itu dalam satu rencana
yang dikongsi melalui Facebook. Sumber asal adalah akhbar Metro.
Terkejut jugalah saya. Hehe... Tak ada jumpa pula fakta tersebut
sepanjang kajian bahas saya.

2

Dan 3 keping gambar yang dikongsi ini, langsung tiada kaitan
dengan cerita saya di atas. Ia cuma gambar-gambar yang saya
rakam minggu lepas, sebagai signifikan mencari ketenangan.

Saya mungkin kurang cenderung untuk menulis sesuatu berkaitan
skop pembelajaran, pengajian Islam. Jadi harap jangan terkejut
dengan apa yang saya ceritakan di atas. Kadang-kadang, perlu
juga saya menulis perkara yang sedikit serius.

Mengapa kurang cenderung? Kerana saya masih mentah untuk
mengkaji, menganalisis, lalu menulis di sini sebagai sebuah
artikel atau fakta yang ala kadar. Saya mahu berusaha agar
mampu memantapkan lagi kemahiran, pengetahuan serta
motivasi diri supaya yakin sebelum berbuat sesuatu.

Tambahan pula, menulis perkara agama ini bukan suatu perkara
yang boleh diambil remeh. Saya tidak mahu dan menjauhkan diri
daripada menulis sesuatu perkara yang di luar pengetahuan dan
ilmu saya. Kelak saya akan dipersoal di hadapan Allah.

Menuntut ilmu terlebih dahulu, itulah asas permulaan.

4

Saya berusaha sekuat mungkin. Dan Allah sahajalah tempat saya
berdoa dan bertawakkal. Saya merancang, kuasa-Nya menentukan.
Moga diri ini sentiasa dipayungi ketenangan. Sekian.

Almizzi,
Rumahku Syurgaku,
Marang, Terengganu,
14 Mei 2011,
Jam 2125.


P/s : Intifadha ketiga kian bermula. Perjuangan membebaskan bumi
Palestin dari cengkaman zionis terus berlangsung. Doakan saudara-
saudara seagama kita, kemenangan pasti milik kita bersama suatu
masa nanti. Doa, bersedekah, berpena dan berdakwah, itu praktikal
kita membantu mereka.

Inspired By Kittens 2

1
Saya suka dengan lighting gambar ini.

10 keping gambar gelagat anak-anak kucing comel yang sempat
saya rakam baru-baru ini. Hingga sekarang, ini hobi kegemaran
yang dapat saya lakukan untuk mengisi waktu lapang di rumah.
Nak keluar berjalan-jalan, lesen tak ada lagi. Haha... Kesalnya
tak buat awal-awal.

Dan masih mendukacitakan,saya masih kurang idea, kurang rajin,
kurang perhatian untuk menulis tentang Turki yang diziarahi baru
-baru ini. Nampaknya mungkin akan letak gambar sahaja.

Baiklah. Selamat menonton gelagat penghibur-penghibur di rumah
saya ini. Ada 8 ekor semuanya, dan koleksi gambar-gambar pada
entry ini adalah sebahagiannya sahaja.

Realiti, ilusi dan harapan. Sangat wajar diberi perhatian!

3

2

4

9
Terbeliak mata, terkejut dengar bunyi
shutter kamera.

10

8

5
Jangan bergerak! Opss...

6
Ia takut untuk keluar bila dengar bunyi kuat
shutter kamera saya.


7
Khipput. Ini bahasa loghat terengganu rasanya.

Sekian, terima kasih.

Almizzi,
Rumahku Syurgaku,
Marang, Terengganu,
5 Mei 2011,
Jam 2109.

Inspired By Kittens

1 M
Masih belum bersedia untuk berkongsi gambar-gambar kembara
saya di Turki. Jadi saya letakkan dahulu 3 keping gambar anak-
anak kucing comel yang giat berkeliaran di rumah saya.

Inilah teman setia saya di rumah sekarang ini!

3 M

2 M
Tak tahu nak menulis apa lagi. Sekian.

Almizzi,
Rumahku Syurgaku,
Marang, Terengganu,
02 Mei 2011,
Jam 1900.