• Hidup Dalam Bersederhana

    Saya kadang-kadang cuba memahami, namun banyak kali saya gagal untuk cuba mengintai sedikit titik persamaan atau noktah kepada sengketa ini. Dan akhirnya saya hanya mampu memerhati, membaca, menilai dan menulis kesimpulan dalam diri sendiri sahaja...

  • Amanah Kita Bersama

    Masing-masing membuat suatu pekerjaan berdasarkan pada kekuatan, kemampuan serta kepakaran. Kemudian kepakaran itu dikongsi untuk perolehan manfaat bersama. Inilah sikap umat Islam yang saling menguatkan...

  • Jangan Mudah Menghukum

    Bersangka baik adalah pendirian dan sikap kita yang pertama. Jika didatangkan bukti dan fakta yang jelas tentang sesuatu kesalahan, barulah tindakan mampu dikenakan, kritikan dapat dilakukan terhadap mereka yang bersalah...

  • Itukan Hukum Allah

    Apabila orang jahil berbicara tentang agama, akan bertambah rosaklah agama di tangan mereka. Di sini, saya menentang video ini dengan hati, lisan dan tulisan sebagai tangan saya. Sungguh benci dan sangat bersimpati juga dengan pelakon- pelakon video ini. Adakah mereka sedar akan keceluparan skrip yang diucap...

The University | Terengganu

1

Exposure Program : Manual
Shutter Speed : 50/55/58/67/85
Focal Length : 18mm/22mm
Filters Attached : Yes
Aperture :
ISO : 100
WB : Cloudy

4

5

2

3

6

Pantai Pandak. Lokasi yang amat digemari para pencinta landskap dan slow shutter.

Ia juga dikenali sebagai The University.

Almizzi,
Marang, Terengganu,
27 September 2011,
Jam 2106.

The University of Pandak

3M

Exposure Program : Manual
Shutter Speed : 30/56/94/90/79/76
Filters Attached : Yes

Focal Length : 18mm
Aperture : f/16
ISO : 100
WB : Auto

1M

Merehatkan fikiran di pantai Pandak. The university of landscape photographers.
Setelah agak lama berehat dari slow shutter, hari ini saya berlatih lagi dengan
kelengkapan yang lebih baik dan sesuai.

6M

2M

4M

5M

Manusia kadang-kadang mengecewakan kita. Alam ciptaan Tuhan akhirnya yang
kembali menggembirakan, dan melapangkan jiwa dan perasaan seorang hamba.
Kejadian alam ini tidak sia-sia. Sungguh tenang rasanya.

Almizzi,
Marang, Terengganu,
24 September 2011,
Jam 2140.

Untitled

1M

Exposure Program : Manual
Shutter Speed : 30
Focal Length : 22mm
Aperture : f/16.0
ISO : 100
WB : Auto

Almizzi,
Marang, Terengganu,
22 September 2011,
Jam 2100.

Life in Macro

1M

Exposure Program : Manual
Shutter Speed : 1/250
Focal Length : 50mm/macro tube
Flash : On speedlite with diffuser
Aperture : f/8.0
ISO : 400
WB : Auto

Guna aperture f/8.0 pun nampaknya masih tidak memberikan fokus yang cukup
pada gambar pepatung ini. Tengok pada skrin kamera tadi macam dah berjaya,
tapi sekadar berjaya fokus pada matanya saja.

Perlu lebih berlatih selepas ini.

Almizzi,
Marang, Terengganu,
19 September 2011,
Jam 2240.

Mirror Reflection

3M

Exposure Program : Manual
Shutter Speed : 1/10
Focal Length : 119/60/102mm
Aperture : f/6.3, f/8.0
Flash : On/Speedlite
ISO : 400
WB : Auto

1M
Casio kesayangan saya.

Fotografi makro memerlukan masa, kesabaran dan kecekapan yang tinggi ketika
mengendalikan kamera. Disebabkan ciri-ciri itu sukar didapati dalam diri saya
apabila mengambil gambar makro, jadi saya cuba teknik ini pula. Nama teknik
ini adalah Mirror Reflection Photography.

3 keping gambar ini, saya kira yang terbaik dipilih dari 25 keping keseluruhan
yang dirakam petang tadi.

2M
Ok, kedudukan lensa ini senget sedikit.

Fotografi itu luas, dan saya suka menerokainya. Terima kasih.

Almizzi,
Marang, Terengganu,
15 September 2011,
Jam 2009.

Makro & Sarjana

2

Exposure Program : Manual
Shutter Speed : 1/160, 1/250

Focal Length : 50mm
Flash : On/Speedlite

Aperture : f/4.0

ISO : 400

WB :Auto


1

Cubaan pertama berjinak-jinak dengan alam makro. Ia bukanlah mudah seperti yang disangka. Perlu belajar banyak perkara lagi berkaitan bidang ini.

Sekarang, saya sering berfikir untuk menyambung lagi pengajian ke peringkat sarjana. Dalam masa yang sama pula, saya masih mengintai peluang pekerjaan yang lebih baik dan tetap. Bekerja sambil belajar mungkin pilihan terbaik bagi saya.

Yang penting, tesis ijazah saya perlu diperkemas dan diperbaiki lagi isi serta kandungannya. Rujukan berkenaan perkara talfiq dan taklid akan saya luaskan perbincangannya. Insyaallah.

Almizzi,
Marang, Terengganu,
14 September 2011,

Jam 0016.


Saya Suka Berlatih

1M
Exposure Program : Manual
Shutter Speed : 1/125, 1/160
Focal Length : 84mm, 200mm
Aperture : f/6.3
ISO : 400
WB : Auto

3 keping gambar terbaru selepas Aidilfitri. Kali ini saya nak berlatih
Depth of Field atau DOF yang juga menjadi perhatian utama dalam
lapangan fotografi, selain berlatih landskap dan potret.

Sebab apa menjadi kegemaran? Kerana pendapat saya, kemahiran
yang baik dalam menentukan DOF dapat membantu menghasilkan
sekeping gambar yang berfokus, bersih dan tidak berserabut. Dan
apa yang saya buat adalah seperti berikut :

Pertama - Aperture f/6.3 dengan jarak 200mm. Sudah cukup untuk
menghasilkan kontra yang baik antara subjek dan latar belakang.

Kedua - Warna antara subjek dan latar belakang biarlah dijelaskan
perbezaannya. Rajin-rajinkan diri mencari latar belakang yang biar
kemas, mempunyai warna yang tidak terlalu berserabut

Ketiga - Latar belakang biar betul-betul bersih. Barulah subjek itu
menonjol, tidak berserabut dengan benda lain.

3M
Potret kucing sekadar hiasan sahaja.

Keempat - Subjek biarlah tajam semaksima mungkin. Jika kurang
berpuas hati pada gambar asli, baiki sahaja dalam Adobe Photoshop
yang ada berpuluh-puluh versi itu.

Kelima - Jaga warna keseluruhan gambar. Elakkan terlalu tampak
kebiruan, kekuningan, kemerahan dan sebagainya. Bersederhana
itu lebih baik.

2M

Begitu secara ringkas cara saya merakam dua keping gambar daun
kecil ini. Cuma lensa Tamron 18-200mm yang digunakan, dan saya
cukup berpuas hati dengan hasilnya.

Segala kekurangan, saya mohon maaf. Kebetulan saja saya terfikir
untuk menulis dan berkongsi tentang ini. Kepada yang mempunyai
kamera DSLR, rajin-rajinlah membaca dan mengulangkai pelajaran
fotografi.

Kata saya : Ingin jadi ahli fotografi yang hebat, kita perlu belajar
untuk melihat dan merakam gambar yang semestinya tidak akan
dapat dilakukan oleh orang-orang biasa (Betul ke tak, saya pun
tak pasti) hehe...

Sekian, selamat hari raya!

Almizzi,
Rumahku Syurgaku,
Marang, Terengganu,
6 September 2011,
Jam 2120.