• Hidup Dalam Bersederhana

    Saya kadang-kadang cuba memahami, namun banyak kali saya gagal untuk cuba mengintai sedikit titik persamaan atau noktah kepada sengketa ini. Dan akhirnya saya hanya mampu memerhati, membaca, menilai dan menulis kesimpulan dalam diri sendiri sahaja...

  • Amanah Kita Bersama

    Masing-masing membuat suatu pekerjaan berdasarkan pada kekuatan, kemampuan serta kepakaran. Kemudian kepakaran itu dikongsi untuk perolehan manfaat bersama. Inilah sikap umat Islam yang saling menguatkan...

  • Jangan Mudah Menghukum

    Bersangka baik adalah pendirian dan sikap kita yang pertama. Jika didatangkan bukti dan fakta yang jelas tentang sesuatu kesalahan, barulah tindakan mampu dikenakan, kritikan dapat dilakukan terhadap mereka yang bersalah...

  • Itukan Hukum Allah

    Apabila orang jahil berbicara tentang agama, akan bertambah rosaklah agama di tangan mereka. Di sini, saya menentang video ini dengan hati, lisan dan tulisan sebagai tangan saya. Sungguh benci dan sangat bersimpati juga dengan pelakon- pelakon video ini. Adakah mereka sedar akan keceluparan skrip yang diucap...

Makro & Sarjana

2

Exposure Program : Manual
Shutter Speed : 1/160, 1/250

Focal Length : 50mm
Flash : On/Speedlite

Aperture : f/4.0

ISO : 400

WB :Auto


1

Cubaan pertama berjinak-jinak dengan alam makro. Ia bukanlah mudah seperti yang disangka. Perlu belajar banyak perkara lagi berkaitan bidang ini.

Sekarang, saya sering berfikir untuk menyambung lagi pengajian ke peringkat sarjana. Dalam masa yang sama pula, saya masih mengintai peluang pekerjaan yang lebih baik dan tetap. Bekerja sambil belajar mungkin pilihan terbaik bagi saya.

Yang penting, tesis ijazah saya perlu diperkemas dan diperbaiki lagi isi serta kandungannya. Rujukan berkenaan perkara talfiq dan taklid akan saya luaskan perbincangannya. Insyaallah.

Almizzi,
Marang, Terengganu,
14 September 2011,

Jam 0016.


0 Komen:

Catat Ulasan