• Hidup Dalam Bersederhana

    Saya kadang-kadang cuba memahami, namun banyak kali saya gagal untuk cuba mengintai sedikit titik persamaan atau noktah kepada sengketa ini. Dan akhirnya saya hanya mampu memerhati, membaca, menilai dan menulis kesimpulan dalam diri sendiri sahaja...

  • Amanah Kita Bersama

    Masing-masing membuat suatu pekerjaan berdasarkan pada kekuatan, kemampuan serta kepakaran. Kemudian kepakaran itu dikongsi untuk perolehan manfaat bersama. Inilah sikap umat Islam yang saling menguatkan...

  • Jangan Mudah Menghukum

    Bersangka baik adalah pendirian dan sikap kita yang pertama. Jika didatangkan bukti dan fakta yang jelas tentang sesuatu kesalahan, barulah tindakan mampu dikenakan, kritikan dapat dilakukan terhadap mereka yang bersalah...

  • Itukan Hukum Allah

    Apabila orang jahil berbicara tentang agama, akan bertambah rosaklah agama di tangan mereka. Di sini, saya menentang video ini dengan hati, lisan dan tulisan sebagai tangan saya. Sungguh benci dan sangat bersimpati juga dengan pelakon- pelakon video ini. Adakah mereka sedar akan keceluparan skrip yang diucap...

Dari Kita, Untuk Mereka

IMG_4389 r 
Cameron Highlands, Malaysia

Bertenang buat sementara waktu selepas agak terkejut dan terkilan dengan pendapat sesetengah
pihak yang menafikan perjuangan warga Palestin di tanah air mereka serta memperlekeh
usaha ramai pihak untuk memboikot barangan keluaran yahudi.

Mereka di sana sedang mempertahankan tanah air mereka, kita yang sedang bersenang-lenang
di sini, doakanlah kejayaan mereka tanpa berhenti. Isu mereka juga isu kita bersama di atas
slogan golongan beriman itu bersaudara. Dan saya secara peribadi, lebih cenderung untuk
menyokong pendapat ramai ulama sedunia yang mengiktiraf jihad para mujahid di sana,
berbanding pendapat minoriti. Minoriti yang tidak praktikal.

Jihad di Palestin adalah satu kewajipan jihad yang paling utama pada zaman ini, dan
kewajipan tersebut berbeza halnya bergantung kepada keadaan dan kemampuan mereka.
(Syeikh Khalid Al-Muslih)

Boikot itu adalah kaedah kita. Usah terlalu memandang hasilnya, utamakanlah usaha kita
untuk membantu saudara-saudara seagama. Tidak saya lihat satu kebodohan dalam tindakan
boikot ini. Jika ia memudaratkan, serta menyusahkan warga Islam di Malaysia ini untuk
mencari rezeki, adakah di sini sumber pekerjaan hanya bergantung kepada syarikat-syarikat
berkaitan sahaja? Jika mudarat sekalipun, ia hanyalah mudarat yang kecil. Nun di sana ada
mudarat yang lebih besar menunggu respon daripada kita semua, Baitul Maqdis yang telah
menjadi kiblat pertama umat Islam suatu ketika dahulu.

Ingin menyuruh warga Palestin berhijrah? Maka seolah-olah kita menyerahkan bumi Al-Aqsa
kepada musuh secara percuma. Satu tindakan, umpama kita sudah tiada kehormatan diri
lagi, tiada lagi 'izzah di dalam jiwa umat Islam jika berbuat demikian.

Kita menyahut seruan Syeikh Yusuf Al-Qardhawi dan ulama-ulama lain dalam membantu
warga Palestin yang saban hari ditindas. Ia bukan tindakan sia-sia. Semoga Allah memandang
usaha kecil kita ini di samping berdoa dan menderma.

Syeikh Bin Baz rahimahullah :

Saudara-saudara kita di Palestin mempunyai hak ke atas semua negara Islam dan ke atas
kekayaan kaum muslimin yang hendaklah membantu mereka dalam meneruskan
kelansungan jihad mereka, dan sentiasa bersama mereka sehingga berjaya mengalahkan
musuh Allah, iaitu yahudi.
(Majmu' Fatawa Syeikh Bin Baz)

Seharusnya kita berasa malu, kerana tidak dapat bersama mereka :

Adalah menjadi suatu yang diketahui umum bahawa telah menjadi pegangan
seluruh kaum muslimin, apabila penduduk sesuatu negeri (islam) dalam ketakutan
pada serangan musuh, dan mereka tidak mampu menghadapinya, merasa terancam 
negeri, nyawa dan kaum mereka, maka ketika itu wajib ke atas seluruh umat untuk
keluar mempertahankan kaum muslimin dari serangan musuh. Ini adalah perkara 
yang tiada khilaf lagi di kalangan umat. Tiada sesiapa yang menyatakan harus ditumpahkan
darah kaum muslimin
(Al-Jassas, Ahkam Al-Quran)

Jadi sekurang-kurangnya, ini adalah usaha kita, tanda endah serta simpati kepada mereka
di sana.

Perbandingan orang-orang beriman dalam berkasih-sayang, kasihan, dan simpati
adalah sama seperti satu jasad. Apabila satu anggota berasa sakit, maka seluruh
anggota badan itu berjaga malam serta demam
(Riwayat Muslim)

Teruskan usaha, teruskan berdoa. Allah sentiasa bersama hamba-Nya.

Almizzi,
Marang, Terengganu,
05 Disember 2012,
Jam 1245.