• Hidup Dalam Bersederhana

    Saya kadang-kadang cuba memahami, namun banyak kali saya gagal untuk cuba mengintai sedikit titik persamaan atau noktah kepada sengketa ini. Dan akhirnya saya hanya mampu memerhati, membaca, menilai dan menulis kesimpulan dalam diri sendiri sahaja...

  • Amanah Kita Bersama

    Masing-masing membuat suatu pekerjaan berdasarkan pada kekuatan, kemampuan serta kepakaran. Kemudian kepakaran itu dikongsi untuk perolehan manfaat bersama. Inilah sikap umat Islam yang saling menguatkan...

  • Jangan Mudah Menghukum

    Bersangka baik adalah pendirian dan sikap kita yang pertama. Jika didatangkan bukti dan fakta yang jelas tentang sesuatu kesalahan, barulah tindakan mampu dikenakan, kritikan dapat dilakukan terhadap mereka yang bersalah...

  • Itukan Hukum Allah

    Apabila orang jahil berbicara tentang agama, akan bertambah rosaklah agama di tangan mereka. Di sini, saya menentang video ini dengan hati, lisan dan tulisan sebagai tangan saya. Sungguh benci dan sangat bersimpati juga dengan pelakon- pelakon video ini. Adakah mereka sedar akan keceluparan skrip yang diucap...

Selamat Berhibur

a
Alhamdulillah
, dapat juga akhirnya saya download kesemua koleksi
lagu-lagu terbaru Sami Yusuf dari album beliau : Wherever You Are
yang telah saya ceritakan pada entry yang lepas. Walaupun tidak
dalam format MP3, tetapi tetap saya berpuas hati dapat kembali
mendengar dan menghayati bait-bait kalimah indah yang berjaya
disampaikan dengan amat baik oleh mahasiswa yang memperoleh
Honorary Doctorate di Roehampton University, London pada tahun
2009.

Lagu-lagu dari album terbaru beliau :

1- Wherever You Are
2- Salam
3- Without You
4- Give The Young A Chance
5- Trials Of Life
6- Worry Ends
7- Fragile Life
8- In Every Tears, He Is There
9- Make Me Strong
10- No Word Is Worthy

Juga terdapat lagu bonus iaitu Healing dan You Came To Me yang
didatangkan dalam versi bahasa arab, bahasa turki dan bahasa
parsi.

Selamat berhibur dan mengambil manfaat. Kerana hiburan itu
tiada salahnya. Jujurnya, saya amat-amat berpuas hati dengan
kesemua lagu dalam album terbaru beliau ini. Paling saya
suka setakat ini : Wherever You Are dan Salam.

Wallahu 'alam.

Almizzi,
White House, Ain Chock,
Casablanca, Maghribi,
31 Oktober 2010,
Jam 0900.


Sami Yusuf 'Versi Melayu'


Ku mencari kata puji

(I searched for words to praise You with)

Buat menemani zikir hati

(Words to instill Your remembrance in my heart)

Namun tiada kalam yang pasti

(But no words are assuring enough)

Yang sesuci kalam ini

(As sacred as these)



Potongan lirik lagu nasyid Sami Yusuf. Dari Album : Wherever You

Are. Simply menarik! Tak sangka diketengahkan juga Bahasa

Melayu dalam album terbaru beliau.


Sami Yusuf dan Maher Zain. Secara peribadi, saya lebih cenderung

untuk meminati Sami Yusuf. Dari Al-Muallim hinggalah kepada

Wherever You Are, hampir kesemua lagu beliau mampu saya

telusuri dengan baik. Namun tidak kurang juga dengan Maher

Zain. Lagu Rest Of My life adalah lagu pertama beliau yang

singgah ke corong telinga saya, dan terus puluhan kali diulang

-ulang sehingga hari ini.


Pada Sami Yusuf pula, antara lagu yang paling diminati

ialah Supplication, Asma Al-Husna, You Came To Me, Mother,

Free, dan yang terbaru, sebuah alunan nasyid yang indah,

bertajuk : Healing. Penyampaian yang amat berjaya

menarik pendengar menghayati satu persatu bait lirik

yang ingin disampaikan oleh Sami Yusuf. Subhanallah.


Jika di benua eropah sana, mereka berdua adalah ikon

yang disanjung dan diminati, maka saya mengatakan pula

bahawa di Malaysia, ikon yang berjaya membawa satu

perwatakan yang hampir serupa adalah Raihan. Cukup

dengan satu ini sahaja ( pandangan peribadi ). Tidak kurang

aura kehebatannya, serta tidak pula berlebihan dalam

penampilan dan gaya pembawaannya. Namun group nasyid

yang lain juga punya aura mereka yang tersendiri, itu

saya sendiri akui.


Akhirnya, semoga akan lahir juga di tanah air Malaysia, satu

bintang yang mampu berdiri sama tinggi bersama 2 idola

nasyid masa kini ini. Bukan sekadar gah pada nama, paras

rupa mahupun penampilan semata-mata, namun yang lebih

utama adalah kejayaan mereka menarik hati-hati manusia

untuk mendekati agama Islam dengan pena dan keindahan

karya-karya ilham mereka, di samping menghiburkan jiwa

-jiwa manusia dengan irama, nyanyian yang kini menjadi

satu medan dakwah yang semakin didekati masyarakat

umum. Wallahul musta'aan.


P/s : Sekarang hanya mampu dengar samples sahaja lagu

'Melayu' Sami Yusuf ini. Kalau ada sesiapa yang mampu

kongsikan format penuh MP3, silalah share kan bersama

ya. Jazakumullah.


Jika ingin mendengar sample lagu 'Melayu' dari album terbaru

Sami Yusuf, silakan klik sini pada lagu bertajuk No Word is

Worthy.


Almizzi,

White House, Ain Chock,

Casablanca, Maghribi,

30 Oktober 2010,

Jam 0120.



Moga Dipermudahkan

®AA74
Gambar sekadar hiasan

Sejak akhir-akhir ini, terlalu banyak perkara, persoalan dan masalah
yang menjengah fikiran. Ada yang menggembirakan, dan ada juga
yang memeningkan dan merungsingkan. Bila hampir saja berputus
asa, alhamdulillah dikurnia berita gembira itu dan ini, jadi dapat
-lah juga diri ini berehat dan bertenang untuk sementara, lupakan
masalah, menyingkirkan ia perlahan, sedikit demi sedikit. Fikirkan
penyelesaian secara berhemat. Bak kata lirik nasyid : Pergilah
gelita, hadirlah cahaya.

Apakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan begitu
sahaja dengan mengatakan : Kami telah beriman, dan mereka
tidak diuji?

Alhamdulillah sekali lagi, 14 orang junior wilayah Casablanca telah
selamat tiba ke bumi pengajian mereka di sini. 5 orang mahasiswi
dan 3 orang mahasiswa. Sempatlah berkenal-kenalan ringkas
dengan mereka. Dan gembira juga dapat bersua muka dengan
dua orang junior Terengganu dan dua orang junior Kelantan
ketika bermusafir ke Rabat 2 hari yang lepas. Ceria-ceria
kelihatan semuanya.

Dapatlah minda ini berehat dan terasa lapang ketika bersama-sama
mereka, walaupun hanya sebentar. Ditambah pula dengan ziarah
kali pertama ke rumah 'istana' di Rabat yang menambah lagi ceria
sepanjang keberadaan di sana, di samping menuntut ilmu dengan
sahabat 'master' yang juga bermukim di rumah tersebut.

Maka sesungguhnya setiap kesusahan itu, hadir bersamanya
suatu kemudahan.

Semoga diampunkan dosa-dosa dan kesalahan pada hari ini,
sama ada dosa terhadap-Nya mahupun terhadap manusia.
Dan semoga dijauhkan diri ini dari perasaan benci terhadap
orang-orang yang beriman. Ameen.

Faiz, Hasbullah dan Juhaidi. Itulah nama-nama junior
Casablanca pada tahun ini. Ahlan wasahlan serta selamat
datang diucapkan. Belajar rajin-rajin.

Almizzi,
White House, Ain Chock,
Casablanca, Maghribi,
27 Oktober 2010,
Jam 2138.




Pantun & Potret

®AA75
Gambar sekadar hiasan

Di kiri jalan di kanan pun jalan,
Tengah-tengah pohon mengkudu.
Dikirim jangan dipesan pun jangan,
Sama-sama menanggung rindu.

Hanya nak berkongsi sekeping gambar yang telah lama
diperam dalam hard disk. Potret ini diambil pada tarikh
29 Ramadhan 1431 H bersamaan 9 September 2010
( berdasarkan data EXIF pada kamera saya ). Lokasi
penggambaran ialah di kawasan kebun belakang
kediaman MAHASISWA di Kenitra, Abou Temmam.
Testing 'Bokeh' dan potret, itu sahaja tema pada hari
tersebut.

Pantun di atas pula tiada kaitan dengan potret tersebut.
Saya menemui pantun ini ketika membaca sebuah novel
di kediaman mahasiswa Rabat, Villa Mukminin. Pantun
yang agak menarik perhatian saya.

Lantas saya kongsikan juga pantun ini pada sahabat
saya, Muhammad Zaid bin Bakar Redin, dan senior
saya, Ustaz Ahmad Fathi bin Muhammad. Itu pun
kalau mereka masih ingat. Hehe.

Sekian sahaja, Wallahu 'alam.

P/s : kawasan kebun belakang kediaman mahasiswa,
bukan mahasiswi. Mohon maaf atas ralat yang telah berlaku.
Pembetulan telah dilakukan.

Pengikat Kasih Sayang

AA73

Gambar sekadar hiasan


Ketika Rasulullah diisrakkan dari Masjidil Haram ke Masjidil
Aqsa, Baginda melihat sebuah mahligai yang sangat indah.
Baginda melihat ada seorang wanita di tangga mahligai
itu, Baginda bertanya kepada malaikat Jibril A.S,

" Milik siapakah wanita ini?"

Malaikat Jibril A.S menjawab,

" Wanita ini milik Umar."

Apabila Rasulullah S.A.W mendengar jawapan daripada
malaikat Jibril A.S, baginda ingin berkata, " Aku ingin
melihatnya."

Tetapi apabila mengenangkan sahabat baginda Saidina
Umar adalah seorang yang sangat cemburu, baginda
tidak meneruskan niat baginda itu.

Rasulullah S.A.W menceritakan kisah tersebut kepada
Saidina Umar. Apabila Saidina Umar mendengar kata
-kata baginda Rasulullah, beliau menangis sambil
berkata,

" Mustahil aku akan cemburu denganmu wahai
Rasulullah."

Nota : Apabila membuat carian rambang di google, saya temui
beberapa catatan berkaitan hadis ini. Ada catatan yang telah
mengatakan bahawa hadis/peristiwa Rasulullah melihat wanita
di dalam syurga berlaku ketika Israk dan Mikraj, namun tiada
takhrij tepat disertakan.

Dengan bantuan senior @ komen pada entry ini, dan apabila
membuat rujukan di Maktabah Syamelah, maka saya juga
tidak menemui satu riwayat pun yang mengatakan bahawa
kisah ini terjadi ketika Israk dan Mikraj. Wallahu 'alam.
Riwayat yang lebih kuat mengatakan bahawa Rasulullah
telah bermimpi masuk ke dalam syurga dan telah menyaksikan
kisah di atas ( hadis ). Lafaz hadis juga pelbagai.

Ringkasnya :


Hadis telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari ( Bab Manaqib
Umar Bin Al-Khattab/ juga bab sifat syurga & ia adalah
makhluk ), Imam Muslim ( Bab perintah beriman kepada
Allah dan rasul ), Imam Al-Bazzar ( Musnad Al-Bazzar ),
Imam Ibnu Hibban ( Sohih Ibnu Hibban ), Imam At-Tabrani
( Al-Mu'jam Al-Ausat ). Dan beberapa lagi riwayat lain.
Wallahu 'alam.

Kredit asal : Budu @ Ustaz Baharuddin.

Apakah pengajaran kisah ini kepada kita semua?

Rasulullah S.A.W pernah bertanya kepada puteri
kesayangan baginda Fatimah R.A,

" Apa yang kamu rasakan terbaik untuk seorang
wanita?"

Fatimah R.A menjawab,

" Apabila seorang lelaki tidak memandang kepada
perempuan lain selain isterinya dan apabila seorang
perempuan tidak memandang lelaki lain selain
suaminya."

Satu perkongsian cuma. Wallahu 'alam.


Sumber Rujukan :
Bunga Kebahagiaan - Karangan Tuan Guru Dato' Nik
Abdul Aziz Nik Mat


P/s : Saya masih tidak berjaya menemukan takhrij
2 kisah ini. Harap maklum.



Jumaat Yang Tenang

Jumaat adalah hari yang amat tenang ( walaupun saya mempunyai dua
kelas pengajian pada hari tersebut ) dan merupakan hari yang paling
sesuai untuk bermuhasabah. Sangatlah tepat ia dikenali dengan
penghulu segala hari, dan hari raya mingguan oleh umat Islam.

Hari tersebut, tazkirah diperbanyakkan, bacaan Al-Quran dimantapkan,
solat sunat diperbanyakkan, dan 1001 amalan sunnah dilangsungkan.

Dan apa yang saya kira paling istimewa pada hari itu, adalah inzar yang
terkandung dalam ucapan iaitu khutbah disampaikan oleh khatib
atau imam. Secara peribadi, khutbah dan teks peringatan yang
disampaikan oleh para khatib dan imam Maghribi ini sentiasa dapat
menyedarkan jasad yang lena, mata yang buta, hati yang alpa serta
selalu sahaja leka ini.

Alhamdulillah.

Syukur terhadap-Nya atas kurnian hari yang mulia ini. Selama 6
hari, saya, kita leka dan tidak terlepas dari perbuatan salah dan dosa,
namun ' hari peringatan ' ini wajar dimanfaat sepenuhnya untuk
kita bermuhasabah diri, memandang hari-hari yang telah berlalu,
menghitung dosa-dosa kita, seterusnya mengambil peluang Jumaat
ini untuk kita membersih diri, bertaubat kepada-Nya. Dan
selepas itu ia menjadi batu loncatan untuk kita lebih taat, lebih
patuh, lebih takut, dan lebih cinta pada-Nya dan rasul-Nya.
Semoga sentiasa berada di lembayung redha Allah dan keampunan
-Nya hingga kita hadir pada Jumaat yang akan datang. Begitulah
sebaik-baiknya kehidupan kita.

Wahai jiwa-jiwa yang tenang,
Kembalilah pada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai,
Serta masuklah dalam jemaah hamba-Ku,
Dan masuklah ke dalam syurga-Ku.

Hari Jumaat adalah hari yang bermakna. Nikmatilah ia sepenuhnya.
Berdoalah kepada-Nya, dan pohonlah keampunan-Nya.

P/s : Mandi, potong kuku, pakaian sebersihnya, wangian seharumnya,
Al-Kahfi dibaca, bersedekah semampunya dan seikhlasnya, hadir awal
ke masjid, beriktikaf di dalamnya. Pahala yang besar kurniaan-Nya
sentiasa menanti jiwa-jiwa yang berlumba-lumba mendapatkannya.


Moga aku beristiqamah pada jalan-Mu, istiqamah menjauhi
maksiat terhadap-Mu. Kurniakanlah aku kekuatan itu.
Ameen.

Untuk Kami

_MG_8649
Sekadar gambar hiasan

" Wahai Tuhan kami, ampunilah kami, dan ampunilah
saudara-saudara kami yang terdahulu iman mereka dari kami,
dan jangan Engkau letakkan dalam hati kami perasaan marah, benci
terhadap orang-orang yang beriman". Ameen.

P/s : Jadual kuliah yang padat. 2 hari sahaja berehat penuh.Tapi rajin sikit update hari ini.


Semester 5


Semester 5 kini telah bermula.
Semester akhir pengajian saya di Maghribi insyaallah.
11 subjek untuk diselesaikan kali ini.
Semoga dikurnia kekuatan dan KERAJINAN untuk menghadapinya.

Wahai Tuhan kami, Engkau tambahkanlah kepada kami
ilmu-ilmu yang bermanfaat. Dan janganlah Engkau
memalingkan hati-hati kami setelah Engkau memberi
hidayah kepada kami, kurniakanlah kami rahmat
di sisi-Mu.

Dan Engkaulah sebaik-baik pemberi Kurnia. Ameen.

SELAMAT MENEMPUH SESI PEMBELAJARAN
KEMBALI

P/s : Rajin-rajin, jangan malas lagi.