• Hidup Dalam Bersederhana

    Saya kadang-kadang cuba memahami, namun banyak kali saya gagal untuk cuba mengintai sedikit titik persamaan atau noktah kepada sengketa ini. Dan akhirnya saya hanya mampu memerhati, membaca, menilai dan menulis kesimpulan dalam diri sendiri sahaja...

  • Amanah Kita Bersama

    Masing-masing membuat suatu pekerjaan berdasarkan pada kekuatan, kemampuan serta kepakaran. Kemudian kepakaran itu dikongsi untuk perolehan manfaat bersama. Inilah sikap umat Islam yang saling menguatkan...

  • Jangan Mudah Menghukum

    Bersangka baik adalah pendirian dan sikap kita yang pertama. Jika didatangkan bukti dan fakta yang jelas tentang sesuatu kesalahan, barulah tindakan mampu dikenakan, kritikan dapat dilakukan terhadap mereka yang bersalah...

  • Itukan Hukum Allah

    Apabila orang jahil berbicara tentang agama, akan bertambah rosaklah agama di tangan mereka. Di sini, saya menentang video ini dengan hati, lisan dan tulisan sebagai tangan saya. Sungguh benci dan sangat bersimpati juga dengan pelakon- pelakon video ini. Adakah mereka sedar akan keceluparan skrip yang diucap...

Moga Dipermudahkan

®AA74
Gambar sekadar hiasan

Sejak akhir-akhir ini, terlalu banyak perkara, persoalan dan masalah
yang menjengah fikiran. Ada yang menggembirakan, dan ada juga
yang memeningkan dan merungsingkan. Bila hampir saja berputus
asa, alhamdulillah dikurnia berita gembira itu dan ini, jadi dapat
-lah juga diri ini berehat dan bertenang untuk sementara, lupakan
masalah, menyingkirkan ia perlahan, sedikit demi sedikit. Fikirkan
penyelesaian secara berhemat. Bak kata lirik nasyid : Pergilah
gelita, hadirlah cahaya.

Apakah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan begitu
sahaja dengan mengatakan : Kami telah beriman, dan mereka
tidak diuji?

Alhamdulillah sekali lagi, 14 orang junior wilayah Casablanca telah
selamat tiba ke bumi pengajian mereka di sini. 5 orang mahasiswi
dan 3 orang mahasiswa. Sempatlah berkenal-kenalan ringkas
dengan mereka. Dan gembira juga dapat bersua muka dengan
dua orang junior Terengganu dan dua orang junior Kelantan
ketika bermusafir ke Rabat 2 hari yang lepas. Ceria-ceria
kelihatan semuanya.

Dapatlah minda ini berehat dan terasa lapang ketika bersama-sama
mereka, walaupun hanya sebentar. Ditambah pula dengan ziarah
kali pertama ke rumah 'istana' di Rabat yang menambah lagi ceria
sepanjang keberadaan di sana, di samping menuntut ilmu dengan
sahabat 'master' yang juga bermukim di rumah tersebut.

Maka sesungguhnya setiap kesusahan itu, hadir bersamanya
suatu kemudahan.

Semoga diampunkan dosa-dosa dan kesalahan pada hari ini,
sama ada dosa terhadap-Nya mahupun terhadap manusia.
Dan semoga dijauhkan diri ini dari perasaan benci terhadap
orang-orang yang beriman. Ameen.

Faiz, Hasbullah dan Juhaidi. Itulah nama-nama junior
Casablanca pada tahun ini. Ahlan wasahlan serta selamat
datang diucapkan. Belajar rajin-rajin.

Almizzi,
White House, Ain Chock,
Casablanca, Maghribi,
27 Oktober 2010,
Jam 2138.




0 Komen:

Catat Ulasan