• Hidup Dalam Bersederhana

    Saya kadang-kadang cuba memahami, namun banyak kali saya gagal untuk cuba mengintai sedikit titik persamaan atau noktah kepada sengketa ini. Dan akhirnya saya hanya mampu memerhati, membaca, menilai dan menulis kesimpulan dalam diri sendiri sahaja...

  • Amanah Kita Bersama

    Masing-masing membuat suatu pekerjaan berdasarkan pada kekuatan, kemampuan serta kepakaran. Kemudian kepakaran itu dikongsi untuk perolehan manfaat bersama. Inilah sikap umat Islam yang saling menguatkan...

  • Jangan Mudah Menghukum

    Bersangka baik adalah pendirian dan sikap kita yang pertama. Jika didatangkan bukti dan fakta yang jelas tentang sesuatu kesalahan, barulah tindakan mampu dikenakan, kritikan dapat dilakukan terhadap mereka yang bersalah...

  • Itukan Hukum Allah

    Apabila orang jahil berbicara tentang agama, akan bertambah rosaklah agama di tangan mereka. Di sini, saya menentang video ini dengan hati, lisan dan tulisan sebagai tangan saya. Sungguh benci dan sangat bersimpati juga dengan pelakon- pelakon video ini. Adakah mereka sedar akan keceluparan skrip yang diucap...

Jumaat Yang Tenang

Jumaat adalah hari yang amat tenang ( walaupun saya mempunyai dua
kelas pengajian pada hari tersebut ) dan merupakan hari yang paling
sesuai untuk bermuhasabah. Sangatlah tepat ia dikenali dengan
penghulu segala hari, dan hari raya mingguan oleh umat Islam.

Hari tersebut, tazkirah diperbanyakkan, bacaan Al-Quran dimantapkan,
solat sunat diperbanyakkan, dan 1001 amalan sunnah dilangsungkan.

Dan apa yang saya kira paling istimewa pada hari itu, adalah inzar yang
terkandung dalam ucapan iaitu khutbah disampaikan oleh khatib
atau imam. Secara peribadi, khutbah dan teks peringatan yang
disampaikan oleh para khatib dan imam Maghribi ini sentiasa dapat
menyedarkan jasad yang lena, mata yang buta, hati yang alpa serta
selalu sahaja leka ini.

Alhamdulillah.

Syukur terhadap-Nya atas kurnian hari yang mulia ini. Selama 6
hari, saya, kita leka dan tidak terlepas dari perbuatan salah dan dosa,
namun ' hari peringatan ' ini wajar dimanfaat sepenuhnya untuk
kita bermuhasabah diri, memandang hari-hari yang telah berlalu,
menghitung dosa-dosa kita, seterusnya mengambil peluang Jumaat
ini untuk kita membersih diri, bertaubat kepada-Nya. Dan
selepas itu ia menjadi batu loncatan untuk kita lebih taat, lebih
patuh, lebih takut, dan lebih cinta pada-Nya dan rasul-Nya.
Semoga sentiasa berada di lembayung redha Allah dan keampunan
-Nya hingga kita hadir pada Jumaat yang akan datang. Begitulah
sebaik-baiknya kehidupan kita.

Wahai jiwa-jiwa yang tenang,
Kembalilah pada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai,
Serta masuklah dalam jemaah hamba-Ku,
Dan masuklah ke dalam syurga-Ku.

Hari Jumaat adalah hari yang bermakna. Nikmatilah ia sepenuhnya.
Berdoalah kepada-Nya, dan pohonlah keampunan-Nya.

P/s : Mandi, potong kuku, pakaian sebersihnya, wangian seharumnya,
Al-Kahfi dibaca, bersedekah semampunya dan seikhlasnya, hadir awal
ke masjid, beriktikaf di dalamnya. Pahala yang besar kurniaan-Nya
sentiasa menanti jiwa-jiwa yang berlumba-lumba mendapatkannya.


Moga aku beristiqamah pada jalan-Mu, istiqamah menjauhi
maksiat terhadap-Mu. Kurniakanlah aku kekuatan itu.
Ameen.

0 Komen:

Catat Ulasan