Daripada FB Ustaz Hasrizal Abdul Jamil :
Daripada Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman :
Daripada Ustaz Asri Zainal Abidin :
Cukup dengan 4 kenyataan yang dikeluarkan oleh tokoh-tokoh ilmu di
Malaysia dan Antarabangsa ini, dan saya secara peribadi juga turut
sependapat dengan mereka serta ramai lagi ilmuan lain.
Isu Rohingya, Syria dan yang terbaru, Mesir adalah isu seluruh umat
Islam di dunia. Sesiapa yang tidak ambil berat akan urusan kaum
muslimin, maka dia tidak termasuk di kalangan mereka. Ya, kita
masih bergembira dengan kehadiran Syawal, namun tiada alasan untuk
kita leka akan keadaan mereka. Titiplah doa sentiasa untuk mereka.
tatkala kezaliman pihak tentera sudah ketara, saya masih hairan dengan
beberapa kenyataan dan pendapat beberapa pihak atau individu yang
masih tidak melihat realiti ini. Mereka cuma menyalahkan rakyat kerana
berdemonstrasi. Kata mereka : Demonstrasi haram. Haram menjatuhkan
kerajaan yang ada sekarang...
Hairan. Kerana ketika tentera membunuh rakyat jelata, mereka diam
seribu bahasa. Ketika darah orang Islam tumpah, mereka bisu dan
membutakan mata. Ketika Muhammad Mursi digulingkan kerana kerja
khianat, mereka tidak lantang mengharamkannya. Malah ada kerajaan
'Islam' yang menyokong kejatuhan presiden yang menghafaz Al-Quran
itu.
Namun tidak mengapa, kerana sudah ratusan syahid tersenyum untuk
bertemu Tuhan-Nya.
Ketika Allah murka pada rakyat jelata yang taat kepada Firaun yang
zalim hanya kerana ugutan dan ancaman seorang manusia mengaku
tuhan itu, kita pula meminta rakyat Mesir sekarang kembali taat pada
penzalim As-Sisi dengan sewenangnya dan hanya bersabar?
Sungguh buruk permintaan itu. Mereka lebih memilih syahid!
Kepada saudara-saudara Islam Malaysia di sana. Moga Allah memelihara
kalian dari kezaliman kerajaan dan tentera As-Sisi dan sekutunya. Doa
kami sentiasa ada untuk kalian.
Jaga keselamatan sahabat-sahabat semua. Allah bersama dengan tiap
hamba-Nya yang taat dan sabar.
Himpunan gambar yang lain boleh dilihat di sini : Klik
Namun jujur saya terkilan, isu ini langsung tidak disentuh sama ada di
dalam khutbah jumaat hari ini bahkan di luar khutbah. Memang benar
kandungan khutbah mengajak kita menjadi muslim beradab, Namun
sekarang adakah kita beradab dengan saudara-saudara muslim di Mesir
sana? Fikirlah dengan akal yang waras, tanpa dihijab dengan batas
politik tertentu.
Sekurang-kurangnya, ada doa khusus menyebut mereka di sana.
Dukacita, harapan itu tidak berlaku.
Almizzi,
Marang, Terengganu,
16 Ogos 2013,
Jam 2332.