• Hidup Dalam Bersederhana

    Saya kadang-kadang cuba memahami, namun banyak kali saya gagal untuk cuba mengintai sedikit titik persamaan atau noktah kepada sengketa ini. Dan akhirnya saya hanya mampu memerhati, membaca, menilai dan menulis kesimpulan dalam diri sendiri sahaja...

  • Amanah Kita Bersama

    Masing-masing membuat suatu pekerjaan berdasarkan pada kekuatan, kemampuan serta kepakaran. Kemudian kepakaran itu dikongsi untuk perolehan manfaat bersama. Inilah sikap umat Islam yang saling menguatkan...

  • Jangan Mudah Menghukum

    Bersangka baik adalah pendirian dan sikap kita yang pertama. Jika didatangkan bukti dan fakta yang jelas tentang sesuatu kesalahan, barulah tindakan mampu dikenakan, kritikan dapat dilakukan terhadap mereka yang bersalah...

  • Itukan Hukum Allah

    Apabila orang jahil berbicara tentang agama, akan bertambah rosaklah agama di tangan mereka. Di sini, saya menentang video ini dengan hati, lisan dan tulisan sebagai tangan saya. Sungguh benci dan sangat bersimpati juga dengan pelakon- pelakon video ini. Adakah mereka sedar akan keceluparan skrip yang diucap...

Salam Lebaran, Aidilfitri

Kad Raya copy
Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan buat semua sahabat
dan kenalan. Semoga Allah menerima segala amalan baik
yang kita kerjakan selama ini, dan kita kembali kepada fitrah
diri yang sebenar, bersih dan suci dari dosa-dosa dengan
limpah keampunan daripada-Nya.

Ikhlas daripada saya,

Ahmad Tarmizi Bin Muhammad Khatib


Ramadhan Ini

1

Exposure Program : Manual
Shutter Speed : 13

Focal Length : 18mm

Aperture : f/18
ISO : 100
WB : Manual (Kelvin)


Sebagai satu peluang keemasan untuk mencapai darjat taqwa yang
tinggi di sisi-Nya, maka Allah telah mewajibkan hamba-hambanya
berpuasa pada bulan Ramadhan yang padanya penuh dengan kurnia
berkat, redha, serta pahala yang berlipat kali ganda kepada setiap
hamba yang berbuat ibadat dan kebaikan.

Betapa istimewanya ibadat puasa ini apabila Allah mengkhususkan
amalan ini kepada-Nya. Dalam potongan hadis qudsi, Allah telah
berfirman : Puasa itu adalah untuk-Ku, dan Akulah yang memberi
balasan dengannya... (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Apakah maksudnya? Sesungguhnya ibadat puasa sangat istimewa.
Ganjaran kebaikan dan pahalanya tidak kita ketahui, kerana Allah
sendiri yang akan membalasnya tanpa sebarang kadar tertentu.
Sepuluh hingga tujuh ratus pahala? Mungkin lebih daripada itu?
Kita berdoa semoga puasa kita mendapat kedudukan tertinggi di
sisi Allah. Allah Maha Mengetahui.

Cukup dengan kalam Ibnu Abdul Bar: Memadai dengan firman-Nya
(Puasa adalah untuk-Ku) satu tanda akan kelebihan ibadat puasa
berbanding segala ibadat yang lain.

Maka janganlah kita abaikan puasa Ramadhan ini. Tidakkah kita
sedar bahawa Ramadhan zahirnya sudah sangat istimewa? Hari
-hari di dalamnya sentiasa dihidupkan dengan ibadat solat, zikir,
sedekah, bacaan Al-Quran, sedekah dan pelbagai lagi perbuatan
baik yang sukar kita lihat pada bulan-bulan yang lain.

Susahnya kita nak lihat masjid dipenuhi ramai jemaah kecuali pada
dua hari raya, Nisfu Syaaban dan akhirnya Ramadhan. Berlumbalah
untuk berbuat kebaikan, kelak kepada Allah kita dikembalikan.

Perbanyakkan membaca Al-Quran serta mengkhatamkannya.
Bangunlah menghidupkan malamnya walau sebentar cuma.
Dan jadilah hamba-Nya sentiasa, bukan pada Ramadhan saja.

Almizzi,
Rumahku Syurgaku,

Marang, Terengganu,

12 Ogos 2011,

Jam 1431.


Pendatang Baru

6M

Exposure Program : Manual
Shutter Speed : 1/100

Focal Length : 50mm

Aperture : f/2.8

ISO : 200/400

WB : Auto


5M

Inilah wajah pendatang baru ke rumah kami. Si comel ini memberi
salamnya pada 5 Ogos, selepas waktu kami bersahur. Setelah tidak
dilayan beberapa ketika, akhirnya kucing ini kami ambil, mandikan
dan beri makan. Kucing ini nampaknya lincah dan aktif.

Mungkin si comel ini dapatlah memeriahkan rumah sementara Iman
Haikal kembali ke tanah kelahirannya, Putrajaya.

Selamat menonton!

2M

4M

1M

7M

Setelah lama juga bermain sendirian, baru si comel ini mula rehat
dan tidur. Gambar terakhir dapat menceritakan keadaannya.

Apa pun, semoga ada sedikit kebaikan yang saya serta keluarga
lakukan terhadap sesama makhluk Allah ini. Ditambah pula pada
bulan Ramadhan yang semestinya mengajak kita berbuat amalan
baik semantap dan sebanyak mungkin.

Mereka yang mengatakan : Tuhan kami adalah Allah. Kemudian
mereka beristiqamah pada perkara tersebut, maka tiadalah rasa
takut dalam diri mereka serta tidaklah mereka bersedih hati.

Almizzi,
Rumahku Syurgaku,

Marang, Terengganu,

6 Ogos 2011,

Jam 0932


Iman Haikal Dah Pulang

5

Exposure Program : Manual
Shutter Speed : 1/200
Focal Length : 50mm
Aperture : f/2.0
ISO : 400
WB : Auto

4

Gambar-gambar Iman Haikal ini, saya rakam sehari sebelum si kecil
itu pulang ke tempat kelahirannya di Putrajaya bersama-sama ibu
dan ayahnya pada 2 Ogos baru-baru ini.

Dah kembali sunyi sedikit suasana rumah saya. Rindu pula pada si
Iman Haikal yang menarik sungguh tangisannya. Tunggu uncle pula
pergi Putrajaya ya Iman! hehe...

1

Itu sahaja entry kali ini. Bulan Ramadhan sebegini, perlu kita hidup
-kan dengan banyak membaca Al-Quran. Bukankah Al-Quran sendiri
diturunkan pada bulan Ramadhan?

Saya pun ada sasaran sendiri pada Ramadhan tahun ini.

Almizzi,
Rumahku Syurgaku,
Marang, Terengganu,
4 Ogos 2011,
Jam 1740.


Inspired By Kittens 3

5M

Exposure Program : Manual
Shutter Speed : Various
Focal Length : 50

Aperture : f/1.8/2.8

ISO : 100/400/800
WB : Auto


1M

Pada Januari 2010, kucing ini masih kecil dalam
dakapan saya. Sekarang sudah bergelar ibu dan
sudah mempunyai 4 ekor anak yang comel.

Satu Ramadhan. Kali ini saya rakamkan beberapa keping gambar
haiwan kesayangan yang menumpang hidup di rumah datuk saya
di Hiliran, Terengganu.

Seekor ibu bersama 4 ekor anaknya. Dua dah remaja, manakala
dua lagi masih baru mengenal dunia. Dan saya tak sempat untuk
merakam kesemuanya, kerana ada yang telah menyorok. Ia agak
malu-malu kucing.

Kepada penggemar kucing, selamat menonton!

4M

9M

2M

6M

7M

3M

8M

10M

Selamat menyambut Ramadhan dan melakukan ibadat puasa untuk
semua sahabat. Semoga segala amalan-amalan baik kita diterima
oleh Allah serta diampunkan segala dosa-dosa kita yang lalu dan
yang akan mendatang.

Matlamat kita pasti adalah kualiti taqwa yang tinggi. Ameen.

Almizz,
Rumahku Syurgaku,

Marang, Terengganu,
1 Ogos 2011,

Jam 2349.