• Hidup Dalam Bersederhana

    Saya kadang-kadang cuba memahami, namun banyak kali saya gagal untuk cuba mengintai sedikit titik persamaan atau noktah kepada sengketa ini. Dan akhirnya saya hanya mampu memerhati, membaca, menilai dan menulis kesimpulan dalam diri sendiri sahaja...

  • Amanah Kita Bersama

    Masing-masing membuat suatu pekerjaan berdasarkan pada kekuatan, kemampuan serta kepakaran. Kemudian kepakaran itu dikongsi untuk perolehan manfaat bersama. Inilah sikap umat Islam yang saling menguatkan...

  • Jangan Mudah Menghukum

    Bersangka baik adalah pendirian dan sikap kita yang pertama. Jika didatangkan bukti dan fakta yang jelas tentang sesuatu kesalahan, barulah tindakan mampu dikenakan, kritikan dapat dilakukan terhadap mereka yang bersalah...

  • Itukan Hukum Allah

    Apabila orang jahil berbicara tentang agama, akan bertambah rosaklah agama di tangan mereka. Di sini, saya menentang video ini dengan hati, lisan dan tulisan sebagai tangan saya. Sungguh benci dan sangat bersimpati juga dengan pelakon- pelakon video ini. Adakah mereka sedar akan keceluparan skrip yang diucap...

Ramadhan Ini

1

Exposure Program : Manual
Shutter Speed : 13

Focal Length : 18mm

Aperture : f/18
ISO : 100
WB : Manual (Kelvin)


Sebagai satu peluang keemasan untuk mencapai darjat taqwa yang
tinggi di sisi-Nya, maka Allah telah mewajibkan hamba-hambanya
berpuasa pada bulan Ramadhan yang padanya penuh dengan kurnia
berkat, redha, serta pahala yang berlipat kali ganda kepada setiap
hamba yang berbuat ibadat dan kebaikan.

Betapa istimewanya ibadat puasa ini apabila Allah mengkhususkan
amalan ini kepada-Nya. Dalam potongan hadis qudsi, Allah telah
berfirman : Puasa itu adalah untuk-Ku, dan Akulah yang memberi
balasan dengannya... (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Apakah maksudnya? Sesungguhnya ibadat puasa sangat istimewa.
Ganjaran kebaikan dan pahalanya tidak kita ketahui, kerana Allah
sendiri yang akan membalasnya tanpa sebarang kadar tertentu.
Sepuluh hingga tujuh ratus pahala? Mungkin lebih daripada itu?
Kita berdoa semoga puasa kita mendapat kedudukan tertinggi di
sisi Allah. Allah Maha Mengetahui.

Cukup dengan kalam Ibnu Abdul Bar: Memadai dengan firman-Nya
(Puasa adalah untuk-Ku) satu tanda akan kelebihan ibadat puasa
berbanding segala ibadat yang lain.

Maka janganlah kita abaikan puasa Ramadhan ini. Tidakkah kita
sedar bahawa Ramadhan zahirnya sudah sangat istimewa? Hari
-hari di dalamnya sentiasa dihidupkan dengan ibadat solat, zikir,
sedekah, bacaan Al-Quran, sedekah dan pelbagai lagi perbuatan
baik yang sukar kita lihat pada bulan-bulan yang lain.

Susahnya kita nak lihat masjid dipenuhi ramai jemaah kecuali pada
dua hari raya, Nisfu Syaaban dan akhirnya Ramadhan. Berlumbalah
untuk berbuat kebaikan, kelak kepada Allah kita dikembalikan.

Perbanyakkan membaca Al-Quran serta mengkhatamkannya.
Bangunlah menghidupkan malamnya walau sebentar cuma.
Dan jadilah hamba-Nya sentiasa, bukan pada Ramadhan saja.

Almizzi,
Rumahku Syurgaku,

Marang, Terengganu,

12 Ogos 2011,

Jam 1431.


0 Komen:

Catat Ulasan