• Hidup Dalam Bersederhana

    Saya kadang-kadang cuba memahami, namun banyak kali saya gagal untuk cuba mengintai sedikit titik persamaan atau noktah kepada sengketa ini. Dan akhirnya saya hanya mampu memerhati, membaca, menilai dan menulis kesimpulan dalam diri sendiri sahaja...

  • Amanah Kita Bersama

    Masing-masing membuat suatu pekerjaan berdasarkan pada kekuatan, kemampuan serta kepakaran. Kemudian kepakaran itu dikongsi untuk perolehan manfaat bersama. Inilah sikap umat Islam yang saling menguatkan...

  • Jangan Mudah Menghukum

    Bersangka baik adalah pendirian dan sikap kita yang pertama. Jika didatangkan bukti dan fakta yang jelas tentang sesuatu kesalahan, barulah tindakan mampu dikenakan, kritikan dapat dilakukan terhadap mereka yang bersalah...

  • Itukan Hukum Allah

    Apabila orang jahil berbicara tentang agama, akan bertambah rosaklah agama di tangan mereka. Di sini, saya menentang video ini dengan hati, lisan dan tulisan sebagai tangan saya. Sungguh benci dan sangat bersimpati juga dengan pelakon- pelakon video ini. Adakah mereka sedar akan keceluparan skrip yang diucap...

Exam Oh Exam

Merpati Mark
Gambar sekadar hiasan.

Pembuka catatan pada hari ini, rasanya masih tak terlewat untuk
saya ucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak Malaysia yang
berjaya menjuarai Piala AFF Suzuki 2010. Semoga kecemerlangan
ini sentiasa diteruskan pada masa yang akan datang, Insyaallah.

P/s : Walaupun gembira, namun saya agak kurang berpuas hati
dengan persembahan Malaysia di Stadium Gelora Bung Karno jika
dibandingkan dengan prestasi hebat mereka ketika di Bukit Jalil.
Saya memang tak suka corak permainan bertahan sahaja. Tetapi
dapat juga satu gol, okay-lah sikit.


Kedua : Exam kian hampir, 10 Januari 2011 nanti adalah permula
-annya dengan satu subjek. 12 subjek perlu saya hadapi untuk
exam semester ini. Tapi nota pun 'entah apa-apa' lagi.

Tiada semangat berkobar-kobar sebagaimana ketika saya berada
di semester 6 yang lalu. Doakan saya bersungguh-sungguh untuk
berjaya dalam exam ini ya. Lepas exam, baru boleh nak keluar
shoot banyak-banyak lagi.

Almizzi,
White House, Ain Chock,
Casablanca, Maghribi,
30 Disember 2010,
Jam 1846.


Selamat Pulang Datuk

10
Datuk Othman Samin.

Selamat tiba ke tanah air diucapkan kepada bapa kami yang amat
disayangi, Datuk Othman Samin, yang pulang ke tanah air pada
pagi tadi. Alhamdulillah sempat bertemu beliau di airport bersama
beberapa orang sahabat yang lain dan para pegawai kedutaan.

Jasamu akan sentiasa kami kenang.
Selamat pulang Datuk.

Pasti Ada Perpisahan | Akhir

7
TYT Datuk Othman Samin.

1
Presiden PMMM, Ustaz Aslam bin Yaacob.

Saya teruskan untuk kali terakhir, entry Pasti Ada Perpisahan dengan 12
keping gambar pilihan ini. Baki gambar-gambar sepanjang majlis masih
amat banyak, namun untuk dimuatkan ke dalam blog saya, cukuplah
sekadar ini. Selamat menonton.

10
Jamuan ringan selesai majlis.

4
2 orang model TERBAIK.

9
Tak lengkap shoot saya pada malam itu
jika saya terlupa pada kecomelan Ahlaa.

11
Selesai majlis, sesi bergambar antara kami pula.

Walaupun ketika majlis ini, saya sudahpun memiliki 2 buah lens,
ultra-wide dan tele, namun jujurnya saya masih kurang berpuas
hati dengan persembahan 'baru' ini. Antara sebab-sebabnya :

1- Speedlite yang memakan tenaga bateri dengan rakusnya. 10
bateri yang saya spare-kan pada malam itu nyata tidak sama
sekali mencukupi. Kesannya, saya tidak mampu lagi mengambil
gambar potret beramai-ramai pada akhir majlis menggunakan
speedlite kecuali sekali-dua sahaja.

2- Lens Sigma saya beraksi dengan baik (auto-focus lens ini
amat pantas bertindak), namun tidak pada lens Tamron. Auto
-focus yang agak lambat. Barangkali dipengaruhi kesuraman
cahaya dalam kediaman datuk ini. Aperture pun 6.3 pada
200mm, jadi kurang menarik untuk DOF yang cantik.

3- Gambar kekuningan akibat simbahan cahaya lampu dalam
kediaman datuk. Saya pun tak pandai bagaimana nak balance
keadaan ni. Tak silap kena guna WB Kelvin, tapi saya tak buat
pula macam tu.

4- Boleh tahan juga gambar-gambar yang blur. Kesuraman cahaya
(Tapi dah ada speedlite) memaksa saya merendahkan kelajuan
shutter speed. ISO 1600 pun tak mencerahkan gambar sangat.

3
Syafiq - Marrakesh.

6
Persembahan daripada mahasiswa Kenitra.

12
Lagi sesi bergambar selepas majlis.

8
Peminat-peminat Ahlaa semuanya ni.

5
Potret sahabat saya - Hariz. Menghayati
dengan baik persembahan malam itu.


13
Antara potret terakhir malam tersebut. Kerjasama
yang baik daripada mereka yang memang
suka benar bergambar.

Alhamdulillah, rasanya cukup untuk entry kali ini serta keseluruhan
berkaitan majlis perpisahan Duta Besar Malaysia ke Maghribi, TYT
Datuk Othman Samin. Segala kekurangan yang berlaku, saya
pohon maaf pada semua yang membaca. Itulah kelemahan yang
tidak akan sepi dari seorang yang bernama manusia.

Gambar-gambar yang telah saya rakam memang banyak, jadi buat
sahabat-sahabat yang berhajat untuk mengambilnya, bolehlah
bagitahu saya sama ada melalui blog ini, Facebook ataupun
Yahoo! Messenger. Insyaallah saya akan kongsikan sekadarnya
yang saya mampu untuk umum.

Sekian dahulu daripada saya. Wallahu 'alam.

Almizzi,
White House, Ain Chock,

Casablanca, Maghribi,

25 Disember 2010,
Jam 1926.


P/s : Exam terakhir (Insyaallah) semester 5 saya akan berlangsung
tidak lama lagi. Kebiasaannya pada awal Januari. Jadi, saya mohon
doa daripada sahabat-sahabat, mendoakan kejayaan saya dan
sahabat-sahabat di Maghribi khususnya ini. Semoga kejayaan
milik kita bersama. Terima kasih.


Open Your Eyes

Ahlaa Mark
Gambar sekadar hiasan.

Imam Malik pernah ditanya, adakah perlu untuk membasuh/
menyelati/menggosok jari-jemari kaki ketika berwuduk? Maka
beliau menjawab : Itu tidak perlu.

Selesai majlis ilmu Imam Malik, maka seorang murid beliau
bernama Ibnu Wahab datang kepadanya seraya berkata : Kami
mengetahui satu hadis berkaitan itu. Imam Malik berkata : Hadis
apakah itu? Ibnu Wahab menjawab : Al-Laith Ibnu Sa'ad, Ibnu
Lahee'ah dan 'Amr bin Al-Harith telah meriwayatkan daripada
Yazid bin 'Amr daripada Abdul Rahman Al-Hubuli daripada
Al-Mustaurid bin Syaddad Al-Qurasyi berkata : Aku pernah
melihat Rasulullah SAW menggosok jari-jemari kaki Baginda
ketika berwuduk dengan anak jari Baginda.

Maka Imam Malik berkata : Hadis ini hasan, dan aku tidak pernah
mendengarnya hingga seketika tadi.

Ibnu Wahab berkata : Selepas itu, aku mendengar bahawa Imam
Malik mengajarkan kepada orang ramai untuk menggosok jari
-jemari kaki mereka ketika berwuduk.

Rujukan asal : Majalah I Bil. 87 Januari 2010.
Rujukan kembali : Al-Jarh Wa At-Ta'dil karangan Ibnu Abi Hatim Ar-Razi.

Apa yang sentiasa ingin saya sampaikan?

1- Berlapang dada dan bersifat terbuka untuk menerima pendapat,
teguran, perbezaan pemikiran dan salinglah menghormati antara
satu sama lain. Inilah yang terbaik.

2- Berpeganglah pada Al-Quran dan Al-Hadis serta pandangan para
Ahlu Al-Ilm. Jauhi turutan hawa nafsu, kerana mungkin terjadi, kita
melihat sesuatu itu sebagai satu perkara yang baik, namun hakikat
-nya ia adalah perkara yang dilarang dan tercela di sisi Islam.

3- Berfikiran positif sememangnya wajar, namun biarlah ia di atas
disiplin ilmu pengetahuan. Bukan atas dasar suka-suka.

Satu Peringatan bersama meraikan hari Jumaat yang penuh berkat
ini. Jangan lupa baca Surah Al-Kahfi, sunat tu. Wallahu 'alam.

Almizzi,
White House, Ain Chock,
Casablanca, Maghribi,
24 Disember 2010,
Jam 0130.

Sejenak Berfikir

الغلاف الأخر
Muka hadapan tesis ijazah saya. Tiba-tiba
terdetik di hati untuk saya kongsikannya
pada malam ini.

Setelah puas menatap skrin laptop sambil blogwalking sahabat dan
sesekali melayan Facebook, saya agak rajin untuk mengemaskini
segala file yang terdapat dalam hard disk. Hampir keseluruhannya
berkaitan dengan menyusun kembali folder gambar-gambar yang
telah saya rakam sejak berjinak-jinak dalam bidang fotografi pada
Julai 2009.

Kemudian, saya menjumpai imej ini. Muka hadapan tesis ijazah
pengajian Islam, yang telah lama selesai munaqasyah-nya pada
semester 6 yang lalu. Ter-flashback jugalah kisah semester yang
telah berlalu itu. Menyeronokkan, dan kekadang memorikan.

Lagu - Kau Istimewa dendangan Raihan, Soff-One, Amrain dan
Haikal agak menyentuh perasaan pada ketika ini. Lagu luahan
rasa rindu serta cinta pada Rasulullah SAW. Terfikir, adakah
diri ini telah menjadi seorang pengikut Baginda yang baik?
Mungkin waktu sekarang, diri mampu bermuhasabah. Namun
bagaimanakah selepas ini? Sentiasa leka. Saya ingin menjadi
hamba-Nya yang terbaik.

Sesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu, contoh ikutan
yang baik bagi sesiapa yang sentiasa mengharapkan
(Keredhaan) Allah dan (Balasan baik) hari akhirat.

Wallahu 'alam.

Almizzi,
White House, Ain Chock,
Casablanca, Maghribi,
23 Disember 2010,
Jam 0104.


Pasti Ada Perpisahan | 2

8
Yang diraikan - TYT Datuk Othman Samin.

7
Abang Amir - Aktiviti kotak beracun.

Saya teruskan lagi entry - Pasti Ada Perpisahan 2, dengan 10 keping
gambar berkonsepkan potret yang sempat saya rakam pada majlis
perpisahan Duta Besar Malaysia ke Maghribi, TYT Datuk Othman
Samin. Selamat menonton.

1
Aunty Rohana yang sangat baik terhadap kami.

4
Pengerusi, Shahiddan Mazlan sempat memberi
pose istimewa kepada lensa saya.


6
Potret Aunty Rohana.

2
Berbalas pantun - Fakhruddin Ar-Razi.

3
Firdaus. Saya lupa tajuk lagu yang
dinyanyikan beliau malam itu.


5
Double Potrait? Ikram dan Aiman.

9
Lagi Shahiddan Mazlan.

10
Align CenterKoir medley oleh pihak mahasiswa Kenitra.

Insyaallah, saya akan kongsikan lagi gambar-gambar yang telah
dirakam pada majlis tersebut pada satu lagi entry terakhir dalam
waktu yang terdekat.

Wallahu 'alam.

Almizzi,
White House, Ain Chock,
Casablanca, Maghribi,
22 Disember 2010,
Jam 1015.


Pasti Ada Perpisahan

13
Kolaberasi 3 orang pengerusi majlis yang
berjaya memeriahkan suasana.
Dari kiri : Shahiddan, Hafizullah dan Haikal.

18 Disember 2010, suatu tarikh yang pasti tidak akan luput dari
ingatan semua rakyat Malaysia di Maghribi. Suatu hari yang penuh
ceria, gembira, duka, sebak dengan satu majlis perpisahan bapa
kami yang amat disayangi. Itulah Duta Besar Malaysia ke Maghribi,
TYT Datuk Othman bin Samin. Satu Melankolia Perpisahan.

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan, begitulah satu kisah
yang kami tatapi pada tarikh keramat ini. Setelah hampir 4 tahun
menabur bakti kepada rakyat Malaysia di Maghribi, khususnya
kepada sekalian mahasiswa dan mahasiswi di sini, kini Datuk
Othman Samin tenang mencatat nota terakhir di pucuk perjalanan
(Kredit bahasa : Alfannani) karier beliau sebagai duta di sini.

1
Persembahan oleh para pegawai kedutaan Malaysia
di Maghribi - Encik Fairuz.


2
Persembahan yang menyayat hati oleh pihak
kedutaan Malaysia di sini.

Persiapan rapi dibuat, sebagai hadiah terakhir khusus untuk
beliau telah dipersembahkan oleh para pegawai kedutaan, serta
sekalian mahasiswa dan mahasiswi Malaysia di Maghribi. Bermula
dengan persembahan pihak pegawai kedutaan, diteruskan dengan
4 persembahan para mahasiswa, ditambah dengan perjalanan
majlis yang berjaya dikendalikan dengan baik oleh 3 orang 'lama'
serta suprise yang dirancang cantik untuk Datuk Othman Samin,
maka malam tersebut saya kira, amat meriah, indah, dan sangat
mengharukan. Tahniah untuk semua.

3
Vokal terbaik dipersembahkan Encik Fairuz.

5
Persembahan mahasiswa - Firdaus yang
menarik perhatian hadirin.


6
VVIP khusyuk menikmati persembahan mahasiswa.

10
Inilah wajah jernih bapa kami, TYT Datuk Othman Samin
yang jelas terharu dengan suasana majlis.


7
Jawawi - Jangan Diucap Selamat Tinggal.

Juga diadakan persembahan multimedia bercerita penuh perasaan
akan karier Datuk Othman Samin di Maghribi, serta betapa kami,
Semua mahasiswa Malaysia amat berat untuk menerima suatu
perpisahan ini. Dengan ucapan selamat oleh wakil mahasiwa dan
mahasiswi setiap wilayah, kami akan sentiasa mendoakan Datuk
Othman Samin dengan doa kejayaan, kebahagiaan di dunia dan
di akhirat. Insyaallah.

11
Barisan VIP, pengerusi majlis, videographer (Mustaqim)
dan semua mahasiswi yang hadir.


12
Ucapan Presiden PMMM - Ustaz Aslam bin Yaacob.

15
Ucapan Timbalan Presiden PRM - Encik Sofree.

14
Ucapan wakil pegawai kedutaan Malaysia - Encik Fairuz.

17
Dan ucapan TYT Datuk Othman Samin, Duta Besar Malaysia
ke Maghribi. Ucapan yang penuh dengan nasihat berharga
buat kami, para penuntut ilmu di bumi Maghribi ini.


18
Hadirin khusyuk, menghayati kandungan ucapan terakhir
Datuk Othman Samin.


16
Karier Datuk Othman Samin yang bermula dari bawah
kini berjaya berbakti kepada rakyat Malaysia di
Maghribi khususnya para mahasiswa yang amat
terhutang budi terhadap Datuk Othman Samin.


19
Koir medley menarik dipersembahkan oleh
pihak mahasiswa dari Kenitra.


20
Dari kiri : Ustaz Aslam, abang Amir, Datuk Othman Samin
dan Encik Sofree.


22
Menikmati makan malam sebelum meneruskan majlis.

21
'Bapa' kami yang disayangi, Datuk Othman Samin.

23
Sebahagian mahasiswa yang hadir, bersantai
menikmati suasana majlis.


26
Jamuan ringan selepas menikmati perjalanan majlis
yang penuh dengan tentatif menarik.


24
Persembahan sajak yang disampaikan oleh
Syafiq, mahasiswa dari Marrakesh.


25
Saya akhiri entry kedua majlis perpisahan TYT Datuk Othman
bin Samin dengan potret Datuk bersama pihak pegawai
kedutaan Malaysia di Maghribi bersama keluarga
dan para tetamu undangan.


Saya bukanlah seorang pandai menulis dan bercerita, tetapi saya
berharap, saya telah berjaya menyampaikan perjalanan suatu
majlis yang pasti tersemat rapi dalam memori setiap rakyat
Malaysia di Maghribi. Dan semoga sebahagian gambar yang
sempat saya rakam serta kongsikan ini, juga mampu bercerita
akan keindahan tarikh dan hari tersebut.

Ini adalah 23 keping gambar yang saya pilih dari 462 keping
gambar keseluruan (Selepas ditapis) yang dirakam pada majlis
tersebut. Insyaallah akan saya kongsikan koleksi gambar-gambar
yang dirakam tersebut pada entry yang akan datang. Doakan
saya rajin meng-update blog ini.

Salam perpisahan saya ucapkan kepada Datuk Othman Samin.
Semoga Allah membalas segala kebaikan yang datuk curahkan
kepada kami di sini, dengan sebaik-baik ganjaran-Nya. Moga
dipanjangkan umur, diluaskan pintu rezeki, dan dikurnia
kebahagiaan di dunia dan akhirat. Ameen.

Wallahu 'alam.

Almizzi,
White House, Ain Chock,
Casablanca, Maghribi,
20 Disember 2010,
Jam 1843.