• Hidup Dalam Bersederhana

    Saya kadang-kadang cuba memahami, namun banyak kali saya gagal untuk cuba mengintai sedikit titik persamaan atau noktah kepada sengketa ini. Dan akhirnya saya hanya mampu memerhati, membaca, menilai dan menulis kesimpulan dalam diri sendiri sahaja...

  • Amanah Kita Bersama

    Masing-masing membuat suatu pekerjaan berdasarkan pada kekuatan, kemampuan serta kepakaran. Kemudian kepakaran itu dikongsi untuk perolehan manfaat bersama. Inilah sikap umat Islam yang saling menguatkan...

  • Jangan Mudah Menghukum

    Bersangka baik adalah pendirian dan sikap kita yang pertama. Jika didatangkan bukti dan fakta yang jelas tentang sesuatu kesalahan, barulah tindakan mampu dikenakan, kritikan dapat dilakukan terhadap mereka yang bersalah...

  • Itukan Hukum Allah

    Apabila orang jahil berbicara tentang agama, akan bertambah rosaklah agama di tangan mereka. Di sini, saya menentang video ini dengan hati, lisan dan tulisan sebagai tangan saya. Sungguh benci dan sangat bersimpati juga dengan pelakon- pelakon video ini. Adakah mereka sedar akan keceluparan skrip yang diucap...

Sejenak Berfikir

الغلاف الأخر
Muka hadapan tesis ijazah saya. Tiba-tiba
terdetik di hati untuk saya kongsikannya
pada malam ini.

Setelah puas menatap skrin laptop sambil blogwalking sahabat dan
sesekali melayan Facebook, saya agak rajin untuk mengemaskini
segala file yang terdapat dalam hard disk. Hampir keseluruhannya
berkaitan dengan menyusun kembali folder gambar-gambar yang
telah saya rakam sejak berjinak-jinak dalam bidang fotografi pada
Julai 2009.

Kemudian, saya menjumpai imej ini. Muka hadapan tesis ijazah
pengajian Islam, yang telah lama selesai munaqasyah-nya pada
semester 6 yang lalu. Ter-flashback jugalah kisah semester yang
telah berlalu itu. Menyeronokkan, dan kekadang memorikan.

Lagu - Kau Istimewa dendangan Raihan, Soff-One, Amrain dan
Haikal agak menyentuh perasaan pada ketika ini. Lagu luahan
rasa rindu serta cinta pada Rasulullah SAW. Terfikir, adakah
diri ini telah menjadi seorang pengikut Baginda yang baik?
Mungkin waktu sekarang, diri mampu bermuhasabah. Namun
bagaimanakah selepas ini? Sentiasa leka. Saya ingin menjadi
hamba-Nya yang terbaik.

Sesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu, contoh ikutan
yang baik bagi sesiapa yang sentiasa mengharapkan
(Keredhaan) Allah dan (Balasan baik) hari akhirat.

Wallahu 'alam.

Almizzi,
White House, Ain Chock,
Casablanca, Maghribi,
23 Disember 2010,
Jam 0104.


3 Komen:

eeziaf11 berkata...

salam ustat ji..entanya bahasa rujukan utama enta kitab ape er?

ADMIN berkata...

Wassalam ust. Faizee =)
Rujukan utama bahas sy ni buku Talfiq - Beramal dengan pelbagai
mazhab karangan Ustaz Maszlee Malik. Popular rasanya buku ni.
Buku nilah 'pemberi ilham' utk sy mnulis bahas dalam bab ni...
hehehe...

Selain buku ni, antara rujukan lainnya :
- Usul Al-Fiqh Al-Islamiy oleh Syeikh Wahbah Zuhaily
- At-Talfiq baina al-mazabib Al-Fiqhiyyah wa 'alaqatihi bi taisir
Al-Fatwa oleh doktor Ghazi bin Mursyid Al-Utaibi
-Umdah At-Tahqiq fi At-taqlid wa At-Talfiq oleh Syeikh Albani

Dan byk lgi buku2 lain. Kbanyakannya dalam bab usul fiqh skop
tatabbu' ar-rukhas @ At-Taisir =)Sy juga suka baca buku
Imam Syaukani, Imam Al-Qarafi dan Ibnu Qayyim dalam bab ni =)

eeziaf11 berkata...

syukran bezzaf ustat ji..
moga-moga tesis ustat ji menjadi pemankin untuk menulis kitab seperti ulama-ulama kita..
mubarak..

Catat Ulasan