• Hidup Dalam Bersederhana

    Saya kadang-kadang cuba memahami, namun banyak kali saya gagal untuk cuba mengintai sedikit titik persamaan atau noktah kepada sengketa ini. Dan akhirnya saya hanya mampu memerhati, membaca, menilai dan menulis kesimpulan dalam diri sendiri sahaja...

  • Amanah Kita Bersama

    Masing-masing membuat suatu pekerjaan berdasarkan pada kekuatan, kemampuan serta kepakaran. Kemudian kepakaran itu dikongsi untuk perolehan manfaat bersama. Inilah sikap umat Islam yang saling menguatkan...

  • Jangan Mudah Menghukum

    Bersangka baik adalah pendirian dan sikap kita yang pertama. Jika didatangkan bukti dan fakta yang jelas tentang sesuatu kesalahan, barulah tindakan mampu dikenakan, kritikan dapat dilakukan terhadap mereka yang bersalah...

  • Itukan Hukum Allah

    Apabila orang jahil berbicara tentang agama, akan bertambah rosaklah agama di tangan mereka. Di sini, saya menentang video ini dengan hati, lisan dan tulisan sebagai tangan saya. Sungguh benci dan sangat bersimpati juga dengan pelakon- pelakon video ini. Adakah mereka sedar akan keceluparan skrip yang diucap...

Open Your Eyes

Ahlaa Mark
Gambar sekadar hiasan.

Imam Malik pernah ditanya, adakah perlu untuk membasuh/
menyelati/menggosok jari-jemari kaki ketika berwuduk? Maka
beliau menjawab : Itu tidak perlu.

Selesai majlis ilmu Imam Malik, maka seorang murid beliau
bernama Ibnu Wahab datang kepadanya seraya berkata : Kami
mengetahui satu hadis berkaitan itu. Imam Malik berkata : Hadis
apakah itu? Ibnu Wahab menjawab : Al-Laith Ibnu Sa'ad, Ibnu
Lahee'ah dan 'Amr bin Al-Harith telah meriwayatkan daripada
Yazid bin 'Amr daripada Abdul Rahman Al-Hubuli daripada
Al-Mustaurid bin Syaddad Al-Qurasyi berkata : Aku pernah
melihat Rasulullah SAW menggosok jari-jemari kaki Baginda
ketika berwuduk dengan anak jari Baginda.

Maka Imam Malik berkata : Hadis ini hasan, dan aku tidak pernah
mendengarnya hingga seketika tadi.

Ibnu Wahab berkata : Selepas itu, aku mendengar bahawa Imam
Malik mengajarkan kepada orang ramai untuk menggosok jari
-jemari kaki mereka ketika berwuduk.

Rujukan asal : Majalah I Bil. 87 Januari 2010.
Rujukan kembali : Al-Jarh Wa At-Ta'dil karangan Ibnu Abi Hatim Ar-Razi.

Apa yang sentiasa ingin saya sampaikan?

1- Berlapang dada dan bersifat terbuka untuk menerima pendapat,
teguran, perbezaan pemikiran dan salinglah menghormati antara
satu sama lain. Inilah yang terbaik.

2- Berpeganglah pada Al-Quran dan Al-Hadis serta pandangan para
Ahlu Al-Ilm. Jauhi turutan hawa nafsu, kerana mungkin terjadi, kita
melihat sesuatu itu sebagai satu perkara yang baik, namun hakikat
-nya ia adalah perkara yang dilarang dan tercela di sisi Islam.

3- Berfikiran positif sememangnya wajar, namun biarlah ia di atas
disiplin ilmu pengetahuan. Bukan atas dasar suka-suka.

Satu Peringatan bersama meraikan hari Jumaat yang penuh berkat
ini. Jangan lupa baca Surah Al-Kahfi, sunat tu. Wallahu 'alam.

Almizzi,
White House, Ain Chock,
Casablanca, Maghribi,
24 Disember 2010,
Jam 0130.

3 Komen:

Tanpa Nama berkata...

Shukran perkongsian yg menarik..model pun cute sngt :-)
hehehe

Tanpa Nama berkata...

Kenapa rujukan asal majalah i,kemudian rujukan kembali kitab ibn abi hatim
tuh?? bukan rujukan asal tu kita letak kitab asli(mashodir)kan?
majalah i tu letak kat rujukan kembali.....nak tanye jer~

ADMIN berkata...

Tanpa Nama : Terima kasih =)
Tanpa Nama 2 : Ermm saya tak nafikan bahawa rujukan asal itu
adalah kitab turath (masodir) dalam bahas2 atau tesis berbahasa
arab khususnya. Namun dalam entry saya ni, rujukan asal itu
saya maksudkan dengan dari mana saya membaca kisah Imam Malik
tersebut. Kemudian saya kembali merujuk kepada kitab sebenar
yang terdapat kisah itu, Iaitu dalam kitab Al-Jarh Wa At-Ta'dil
karangan Ibnu Abi Hatim Ar-Razi. Ini adalah untuk mengesahkan
apa yang saya baca dalam majalah I. Terima kasih untuk pandangan =)

Catat Ulasan