• Hidup Dalam Bersederhana

    Saya kadang-kadang cuba memahami, namun banyak kali saya gagal untuk cuba mengintai sedikit titik persamaan atau noktah kepada sengketa ini. Dan akhirnya saya hanya mampu memerhati, membaca, menilai dan menulis kesimpulan dalam diri sendiri sahaja...

  • Amanah Kita Bersama

    Masing-masing membuat suatu pekerjaan berdasarkan pada kekuatan, kemampuan serta kepakaran. Kemudian kepakaran itu dikongsi untuk perolehan manfaat bersama. Inilah sikap umat Islam yang saling menguatkan...

  • Jangan Mudah Menghukum

    Bersangka baik adalah pendirian dan sikap kita yang pertama. Jika didatangkan bukti dan fakta yang jelas tentang sesuatu kesalahan, barulah tindakan mampu dikenakan, kritikan dapat dilakukan terhadap mereka yang bersalah...

  • Itukan Hukum Allah

    Apabila orang jahil berbicara tentang agama, akan bertambah rosaklah agama di tangan mereka. Di sini, saya menentang video ini dengan hati, lisan dan tulisan sebagai tangan saya. Sungguh benci dan sangat bersimpati juga dengan pelakon- pelakon video ini. Adakah mereka sedar akan keceluparan skrip yang diucap...

Pasti Ada Perpisahan

13
Kolaberasi 3 orang pengerusi majlis yang
berjaya memeriahkan suasana.
Dari kiri : Shahiddan, Hafizullah dan Haikal.

18 Disember 2010, suatu tarikh yang pasti tidak akan luput dari
ingatan semua rakyat Malaysia di Maghribi. Suatu hari yang penuh
ceria, gembira, duka, sebak dengan satu majlis perpisahan bapa
kami yang amat disayangi. Itulah Duta Besar Malaysia ke Maghribi,
TYT Datuk Othman bin Samin. Satu Melankolia Perpisahan.

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan, begitulah satu kisah
yang kami tatapi pada tarikh keramat ini. Setelah hampir 4 tahun
menabur bakti kepada rakyat Malaysia di Maghribi, khususnya
kepada sekalian mahasiswa dan mahasiswi di sini, kini Datuk
Othman Samin tenang mencatat nota terakhir di pucuk perjalanan
(Kredit bahasa : Alfannani) karier beliau sebagai duta di sini.

1
Persembahan oleh para pegawai kedutaan Malaysia
di Maghribi - Encik Fairuz.


2
Persembahan yang menyayat hati oleh pihak
kedutaan Malaysia di sini.

Persiapan rapi dibuat, sebagai hadiah terakhir khusus untuk
beliau telah dipersembahkan oleh para pegawai kedutaan, serta
sekalian mahasiswa dan mahasiswi Malaysia di Maghribi. Bermula
dengan persembahan pihak pegawai kedutaan, diteruskan dengan
4 persembahan para mahasiswa, ditambah dengan perjalanan
majlis yang berjaya dikendalikan dengan baik oleh 3 orang 'lama'
serta suprise yang dirancang cantik untuk Datuk Othman Samin,
maka malam tersebut saya kira, amat meriah, indah, dan sangat
mengharukan. Tahniah untuk semua.

3
Vokal terbaik dipersembahkan Encik Fairuz.

5
Persembahan mahasiswa - Firdaus yang
menarik perhatian hadirin.


6
VVIP khusyuk menikmati persembahan mahasiswa.

10
Inilah wajah jernih bapa kami, TYT Datuk Othman Samin
yang jelas terharu dengan suasana majlis.


7
Jawawi - Jangan Diucap Selamat Tinggal.

Juga diadakan persembahan multimedia bercerita penuh perasaan
akan karier Datuk Othman Samin di Maghribi, serta betapa kami,
Semua mahasiswa Malaysia amat berat untuk menerima suatu
perpisahan ini. Dengan ucapan selamat oleh wakil mahasiwa dan
mahasiswi setiap wilayah, kami akan sentiasa mendoakan Datuk
Othman Samin dengan doa kejayaan, kebahagiaan di dunia dan
di akhirat. Insyaallah.

11
Barisan VIP, pengerusi majlis, videographer (Mustaqim)
dan semua mahasiswi yang hadir.


12
Ucapan Presiden PMMM - Ustaz Aslam bin Yaacob.

15
Ucapan Timbalan Presiden PRM - Encik Sofree.

14
Ucapan wakil pegawai kedutaan Malaysia - Encik Fairuz.

17
Dan ucapan TYT Datuk Othman Samin, Duta Besar Malaysia
ke Maghribi. Ucapan yang penuh dengan nasihat berharga
buat kami, para penuntut ilmu di bumi Maghribi ini.


18
Hadirin khusyuk, menghayati kandungan ucapan terakhir
Datuk Othman Samin.


16
Karier Datuk Othman Samin yang bermula dari bawah
kini berjaya berbakti kepada rakyat Malaysia di
Maghribi khususnya para mahasiswa yang amat
terhutang budi terhadap Datuk Othman Samin.


19
Koir medley menarik dipersembahkan oleh
pihak mahasiswa dari Kenitra.


20
Dari kiri : Ustaz Aslam, abang Amir, Datuk Othman Samin
dan Encik Sofree.


22
Menikmati makan malam sebelum meneruskan majlis.

21
'Bapa' kami yang disayangi, Datuk Othman Samin.

23
Sebahagian mahasiswa yang hadir, bersantai
menikmati suasana majlis.


26
Jamuan ringan selepas menikmati perjalanan majlis
yang penuh dengan tentatif menarik.


24
Persembahan sajak yang disampaikan oleh
Syafiq, mahasiswa dari Marrakesh.


25
Saya akhiri entry kedua majlis perpisahan TYT Datuk Othman
bin Samin dengan potret Datuk bersama pihak pegawai
kedutaan Malaysia di Maghribi bersama keluarga
dan para tetamu undangan.


Saya bukanlah seorang pandai menulis dan bercerita, tetapi saya
berharap, saya telah berjaya menyampaikan perjalanan suatu
majlis yang pasti tersemat rapi dalam memori setiap rakyat
Malaysia di Maghribi. Dan semoga sebahagian gambar yang
sempat saya rakam serta kongsikan ini, juga mampu bercerita
akan keindahan tarikh dan hari tersebut.

Ini adalah 23 keping gambar yang saya pilih dari 462 keping
gambar keseluruan (Selepas ditapis) yang dirakam pada majlis
tersebut. Insyaallah akan saya kongsikan koleksi gambar-gambar
yang dirakam tersebut pada entry yang akan datang. Doakan
saya rajin meng-update blog ini.

Salam perpisahan saya ucapkan kepada Datuk Othman Samin.
Semoga Allah membalas segala kebaikan yang datuk curahkan
kepada kami di sini, dengan sebaik-baik ganjaran-Nya. Moga
dipanjangkan umur, diluaskan pintu rezeki, dan dikurnia
kebahagiaan di dunia dan akhirat. Ameen.

Wallahu 'alam.

Almizzi,
White House, Ain Chock,
Casablanca, Maghribi,
20 Disember 2010,
Jam 1843.


0 Komen:

Catat Ulasan