• Hidup Dalam Bersederhana

    Saya kadang-kadang cuba memahami, namun banyak kali saya gagal untuk cuba mengintai sedikit titik persamaan atau noktah kepada sengketa ini. Dan akhirnya saya hanya mampu memerhati, membaca, menilai dan menulis kesimpulan dalam diri sendiri sahaja...

  • Amanah Kita Bersama

    Masing-masing membuat suatu pekerjaan berdasarkan pada kekuatan, kemampuan serta kepakaran. Kemudian kepakaran itu dikongsi untuk perolehan manfaat bersama. Inilah sikap umat Islam yang saling menguatkan...

  • Jangan Mudah Menghukum

    Bersangka baik adalah pendirian dan sikap kita yang pertama. Jika didatangkan bukti dan fakta yang jelas tentang sesuatu kesalahan, barulah tindakan mampu dikenakan, kritikan dapat dilakukan terhadap mereka yang bersalah...

  • Itukan Hukum Allah

    Apabila orang jahil berbicara tentang agama, akan bertambah rosaklah agama di tangan mereka. Di sini, saya menentang video ini dengan hati, lisan dan tulisan sebagai tangan saya. Sungguh benci dan sangat bersimpati juga dengan pelakon- pelakon video ini. Adakah mereka sedar akan keceluparan skrip yang diucap...

One Lonely Pigeon

1 mark
Potret burung dan bokeh.

5 mark
Sempat candid pakcik ni.

Gambar-gambar berikut telah dirakam pada petang kelmarin iaitu
9 Disember 2010, sekadar mengisi masa lapang pada waktu petang
dek kuliah yang berlangsung hanya di waktu pagi. Alhamdulillah,
ini adalah entry bergambar pertama saya menggunakan wide lens
beserta tele Tamron 18-200mm f/3.5-6.3 Di-II.

Lokasi rakaman adalah taman burung di tengah-tengah bandar
Casablanca, berdekatan mahkamah dan Bank Al-Maghrib.

Selamat menonton.

3 mark
Seekor jantan, seekor betina mungkin.

2 mark
Mengeringkan tubuh yang terkena tempias air
pancut hiasan.

6 mark
Closed-up. Gigih mencari makanan.

4 mark
Lagi potret 'garang' seekor merpati.

7 mark
Dan yang terakhir, potret sang merpati dan bokeh
yang menjadi favourite picture saya pada petang tersebut.
Mungkin burung ini sedar, saya asyik fokus pada ia sahaja.

Namun agak berdukacita, hajat saya untuk merakam gambar
-gambar burung merpati ketika terbang, tidak kesampaian.
Sama ada shutter lambat ditekan, auto-focus serta manual
-focus
yang tidak menjadi, dan sebagainya. Kena berlatih
sentiasa insyaallah.

Walaupun masih setahun jagung dalam bidang ini, saya makin
menyukainya. Jujurnya, sekeping gambar yang menarik mampu
membuatkan saya tersenyum sendiri. Sekeping gambar dapat
menginsafkan manusia. Sekeping gambar dapat menceritakan
satu suasana. Dan sekeping gambar dapat bercerita tanpa perlu
saya berkata-kata. Wallahu 'alam.

Berimaginasilah sebelum menekan shutter. Itulah prinsip saya.

Almizzi,
White House, Ain Chock,
Casablanca, Maghribi,
10 Disember 2010,
Jam 2152.


4 Komen:

Tolahah berkata...

Kalau ambik gambar burung selalunya saya akan gunakan Aperture Priority sebab senang nak adjust kerana burung sering bergerak. Manual memang tak sempat. Kalau Canon saya pakai burst dengan AI Servo supaya setiap pergerakan burung fokusing akan ikut sekali. Bila guna Aperture priority kena perhatikan sekali speed yang diberikan. Kalau mahukan effect slow tukar pada speed priority.

Kalau burung sedang terbang guna Aperture priority tapi ev kena tambah supaya over kerana bagi memudahkan cahaya masuk dibawah kepak sebab di situ biasanya terlindung oleh bayang. Burst + AiServo atau pun AFC kalau Nikon.

Setakat ni semua gambar menarik. Saya memang suka cara mizzi ambik sebab exposurenya betul, komposisi pun 'clean & clear'. Tahniah atas blog yang cantik ni. Sorry.. saya baru terperasan rupa2nya masih lagi guna blogspot ingatkan dah .com tadi. hehehehe..

ADMIN berkata...

Terima kasih atas perkongsian maklumat penting ini cikgu. Saya tak
terfikir @ xingat nak guna aperture priority, masih tak mahir
nak guna bersama shooting mode apa dll. Terima kasih sekali lagi
cikgu.

Tapi ad sj gmbar2 yg overexpossed =) konsep clean & clear ni
byk sy belajar dri blog cikgu juga. Jadi sy pun terpengaruh juga.hehe...
Akhirnya, saya tak mampu lagi nak ad domain sendiri. Insyaallah
pada masa akan datang jika ad rezeki...=)

Tanpa Nama berkata...

Semattttt giler gmbor2 ustat ambek!!
dekki molek amber tgok..uhuhuhu ;-D

ADMIN berkata...

Terima kasih =)
Masih belajar lagi ni...

Catat Ulasan