• Hidup Dalam Bersederhana

    Saya kadang-kadang cuba memahami, namun banyak kali saya gagal untuk cuba mengintai sedikit titik persamaan atau noktah kepada sengketa ini. Dan akhirnya saya hanya mampu memerhati, membaca, menilai dan menulis kesimpulan dalam diri sendiri sahaja...

  • Amanah Kita Bersama

    Masing-masing membuat suatu pekerjaan berdasarkan pada kekuatan, kemampuan serta kepakaran. Kemudian kepakaran itu dikongsi untuk perolehan manfaat bersama. Inilah sikap umat Islam yang saling menguatkan...

  • Jangan Mudah Menghukum

    Bersangka baik adalah pendirian dan sikap kita yang pertama. Jika didatangkan bukti dan fakta yang jelas tentang sesuatu kesalahan, barulah tindakan mampu dikenakan, kritikan dapat dilakukan terhadap mereka yang bersalah...

  • Itukan Hukum Allah

    Apabila orang jahil berbicara tentang agama, akan bertambah rosaklah agama di tangan mereka. Di sini, saya menentang video ini dengan hati, lisan dan tulisan sebagai tangan saya. Sungguh benci dan sangat bersimpati juga dengan pelakon- pelakon video ini. Adakah mereka sedar akan keceluparan skrip yang diucap...

Santai & Serius

1

Entry ini ditulis selepas saya dan keluarga ber-barbeque pada suatu
petang yang damai, ditemani bersama kucing-kucing comel yang
kini makin remaja. Rancangan yang difikirkan pada seminggu lalu
alhamdulillah
berjalan dengan baik.

Banyak perkara menyerabutkan saya sekarang ini. Memikirkan alam
pekerjaan, menyambung pengajian peringkat MA, semangat study
yang kian suram dan lain-lain lagi. Tak ketinggalan juga, suasana
masyarakat Melayu Islam persekitaran di sini (serius juga berfikir
tentang bab ini). sikap melabel dan berbalah sesama muslim yang
masih tidak habis-habis. Saya amat berharap dan menanti, jika ada
titik pertemuan yang dapat menyatukan semua pihak. Namun saya
secara peribadi akui, sikap taasub, fanatik dan kesukaran sesama
muslim untuk berlapang dada dalam bab tertentu seperti aqidah,
fiqh dan lain-lain perkara menyekat perpaduan itu daripada berlaku.

Namun kerana sebab itu juga, rajin jugalah saya membuka rujukan,
mengemas kini pengetahuan dan maklumat sedia ada.

Ohh ya, Ketika semester 6 dulu, saya menulis bahas tentang bab
talfiq. Dan kini, amalan talfiq tersebut dilabel sebagai perbuatan
golongan Wahabi! Saya terbaca kenyataan itu dalam satu rencana
yang dikongsi melalui Facebook. Sumber asal adalah akhbar Metro.
Terkejut jugalah saya. Hehe... Tak ada jumpa pula fakta tersebut
sepanjang kajian bahas saya.

2

Dan 3 keping gambar yang dikongsi ini, langsung tiada kaitan
dengan cerita saya di atas. Ia cuma gambar-gambar yang saya
rakam minggu lepas, sebagai signifikan mencari ketenangan.

Saya mungkin kurang cenderung untuk menulis sesuatu berkaitan
skop pembelajaran, pengajian Islam. Jadi harap jangan terkejut
dengan apa yang saya ceritakan di atas. Kadang-kadang, perlu
juga saya menulis perkara yang sedikit serius.

Mengapa kurang cenderung? Kerana saya masih mentah untuk
mengkaji, menganalisis, lalu menulis di sini sebagai sebuah
artikel atau fakta yang ala kadar. Saya mahu berusaha agar
mampu memantapkan lagi kemahiran, pengetahuan serta
motivasi diri supaya yakin sebelum berbuat sesuatu.

Tambahan pula, menulis perkara agama ini bukan suatu perkara
yang boleh diambil remeh. Saya tidak mahu dan menjauhkan diri
daripada menulis sesuatu perkara yang di luar pengetahuan dan
ilmu saya. Kelak saya akan dipersoal di hadapan Allah.

Menuntut ilmu terlebih dahulu, itulah asas permulaan.

4

Saya berusaha sekuat mungkin. Dan Allah sahajalah tempat saya
berdoa dan bertawakkal. Saya merancang, kuasa-Nya menentukan.
Moga diri ini sentiasa dipayungi ketenangan. Sekian.

Almizzi,
Rumahku Syurgaku,
Marang, Terengganu,
14 Mei 2011,
Jam 2125.


P/s : Intifadha ketiga kian bermula. Perjuangan membebaskan bumi
Palestin dari cengkaman zionis terus berlangsung. Doakan saudara-
saudara seagama kita, kemenangan pasti milik kita bersama suatu
masa nanti. Doa, bersedekah, berpena dan berdakwah, itu praktikal
kita membantu mereka.

0 Komen:

Catat Ulasan