• Hidup Dalam Bersederhana

    Saya kadang-kadang cuba memahami, namun banyak kali saya gagal untuk cuba mengintai sedikit titik persamaan atau noktah kepada sengketa ini. Dan akhirnya saya hanya mampu memerhati, membaca, menilai dan menulis kesimpulan dalam diri sendiri sahaja...

  • Amanah Kita Bersama

    Masing-masing membuat suatu pekerjaan berdasarkan pada kekuatan, kemampuan serta kepakaran. Kemudian kepakaran itu dikongsi untuk perolehan manfaat bersama. Inilah sikap umat Islam yang saling menguatkan...

  • Jangan Mudah Menghukum

    Bersangka baik adalah pendirian dan sikap kita yang pertama. Jika didatangkan bukti dan fakta yang jelas tentang sesuatu kesalahan, barulah tindakan mampu dikenakan, kritikan dapat dilakukan terhadap mereka yang bersalah...

  • Itukan Hukum Allah

    Apabila orang jahil berbicara tentang agama, akan bertambah rosaklah agama di tangan mereka. Di sini, saya menentang video ini dengan hati, lisan dan tulisan sebagai tangan saya. Sungguh benci dan sangat bersimpati juga dengan pelakon- pelakon video ini. Adakah mereka sedar akan keceluparan skrip yang diucap...

Kebangkitan & Sensitiviti

Rahim Mark
Abdul Rahim Zainuddin, kini bermusafir ke UK bersama
sahabat saya, Ikram Hakim. Moga dalam jagaan-Nya sentiasa.

Sekadar gambar hiasan.

Syukur, selamat pulang ke kampung halaman di Casablanca,
Maghribi pada Jumaat baru-baru ini. Dan sempat juga singgah
ke Pesta Buku Antarabangsa berdekatan Masjid Hassan II pada
hari esoknya. Namun tidaklah saya berhajat untuk kongsikan
gambar-gambar yang sempat dirakam, kerana hanya sedikit
yang mampu diambil. Dapat membeli 2 buah buku karangan
Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi sudah cukup bagi saya kali ini,dan
semoga saya rajin membaca buku-buku ini. Ameen.

Mesir, Yaman, Bahrain, Libya dan Maghribi.

Selepas rakyat Tunisia dan Mesir telah berjaya menjatuhkan
pemerintahan kuku besi pemimpin masing-masing, maka kini
rakyat-rakyat di negara arab yang lain melakukan perkara yang
sama. Demonstrasi demi demonstrasi diadakan di Yaman, Libya,
Bahrain, dan terbaru di negara saya berada sekarang, Maghribi.

Gerakan 20 Febuari 2011 telah menggerakkan demonstrasi di
beberapa wilayah di Maghribi dengan tuntutan reformasi politik
sistem pentadbiran yang lebih adil, serta pengurangan kuasa
raja yang sedia ada. Hampir 2000 orang berhimpun di Rabat
dan 1000 orang menyertai perhimpunan di Casablanca.

Hingga sekarang, alhamdulillah masih tidak kedengaran akan
perkara-perkara yang tidak elok berlaku. Keadaannya masih
seperti sediakala. Semoga segalanya selesai dalam keadaan
yang baik dan aman insyaallah.

Amat mendukacitakan, adalah situasi yang berlaku di Libya
sekarang ini. Pemimpin zalim, Muammar Gaddafi kian keras
menghadapi rakyatnya yang bangkit menentang kezaliman
sekian lama yang telah dilakukannya. Dan kini, Gaddafi
lebih zalim menggunakan kuasa tentera untuk membunuh
nyawa-nyawa yang tidak berdosa. Hampir 400 orang telah
terbunuh sejak berlaku tunjuk perasaan di Libya.

Namun alhamdulillah, terbaru pesawat pengebom tentera
Libya yang diperintahkan untuk menyerang rakyat, enggan
melakukan demikian dan mendarat di Benghazi, dan para
tentera tersebut turut serta menyertai demonstrasi.

Fatwa Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi : Aku berfatwa kepada
para pegawai dan tentera yang mampu untuk membunuh
Muammar Gaddafi. Siapa yang mampu di kalangan mereka
untuk melepaskan sebutir peluru kepadanya, dan dapat
merehatkan negara dan rakyat daripadanya, maka hendak
-lah dia lakukan. (Sumber)

Kredit : Facebook Ustaz Baharuddin.

Namun yang lebih mendukacitakan, sikap sebahagian
daripada kita yang gemar bergurau tidak bertempat.
Ada yang seolah-olah meminta demonstrasi berlaku
di sini seperti di Mesir, jadi bolehlah dievakuasi ke
negara eropah kononnya, juga dapatlah pulang ke
Malaysia dengan tiket free.

Kita bergurau dan berlawak. Tetapi gurauan, lawak
itu tidak kena tempatnya. Sensitiviti kita kurang,
perkara sebegini bukan untuk dibuat main-main.

Semoga Allah kurniakan kita hidayah-Nya sentiasa.
Dan diberikan pertolongan dan kemenangan kepada
saudara-saudara Islam kita di sana. Ameen.

Almizzi,
White House, Ain Chock,
Casablanca, Maghribi,
22 Febuari 2011,
Jam 0728.


2 Komen:

Syahiddmilikku berkata...

saya insaf, ustaz. Apapun, saya sangat tidak suka potret anda dari dulu lagi..menci!

ADMIN berkata...

Huhu. Knp tidak suka dgn potret sy, tunjuk ajarku sifu :D

Catat Ulasan