• Hidup Dalam Bersederhana

    Saya kadang-kadang cuba memahami, namun banyak kali saya gagal untuk cuba mengintai sedikit titik persamaan atau noktah kepada sengketa ini. Dan akhirnya saya hanya mampu memerhati, membaca, menilai dan menulis kesimpulan dalam diri sendiri sahaja...

  • Amanah Kita Bersama

    Masing-masing membuat suatu pekerjaan berdasarkan pada kekuatan, kemampuan serta kepakaran. Kemudian kepakaran itu dikongsi untuk perolehan manfaat bersama. Inilah sikap umat Islam yang saling menguatkan...

  • Jangan Mudah Menghukum

    Bersangka baik adalah pendirian dan sikap kita yang pertama. Jika didatangkan bukti dan fakta yang jelas tentang sesuatu kesalahan, barulah tindakan mampu dikenakan, kritikan dapat dilakukan terhadap mereka yang bersalah...

  • Itukan Hukum Allah

    Apabila orang jahil berbicara tentang agama, akan bertambah rosaklah agama di tangan mereka. Di sini, saya menentang video ini dengan hati, lisan dan tulisan sebagai tangan saya. Sungguh benci dan sangat bersimpati juga dengan pelakon- pelakon video ini. Adakah mereka sedar akan keceluparan skrip yang diucap...

Kebenaran, Berakhlak

FBE 28

Alhamdulillah, sebaik-baik ucapan penghargaan dan tanda syukur atas segala kurniaan, kemudahan
serta khabar baik yang menjengah diri seorang muslim. Umur masih Dia panjangkan, kesihatan
masih Dia perelokkan, dan seribu macam nikmat anugerah-Nya yang tidak akan dapat dihitung
dengan perkiraan manusia.

Dan jika kamu mengira segala nikmat Allah, pasti kamu tidak akan
dapat menghitungnya. (Ibrahim : 24)

Satu khabar gembira, ketika membaca berita baik akan kemenangan Muhammad Mursi sebagai
presiden Mesir yang terbaru. Sebagai seorang tokoh islamis kelahiran Ikhwan Al-Muslimin, sungguh
pasti amanah yang besar terpikul ke atas beliau untuk mengembalikan cahaya Islam di Mesir
khususnya di persada antarabangsa umumnya. Moga Allah menguatkan hamba-Nya yang
soleh untuk membantu mendirikan agama ini. Firman Allah :

Jika kamu menolong (agama) Allah, pasti Dia akan membantumu
dan meneguhkan pendirian kamu
. (Muhammad : 7)

Kemenangan Islam yang kian hampir? Ameen ya Rabb.

Di Malaysia, saya menjadi pemerhati dan menyerahkan urusan siyasah kepada golongan yang pakar
bahkan dipercayai. Sampai masanya, saya akan memilih pihak yang satu, yang benar-benar mahu
membangunkan iqaamatu ad-deen, wa siyasatuddunya bih. Kemudian, bermula ketaatan pada yang
hak, bukan semata-mata mengikut telunjuk penguasa.


Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan rasul serta
taatlah kepada orang yang memegang kuasa (Ulul amri) di kalangan kamu.
(Ali 'Imran : 59)

Tiada ketaatan kepada makhluk dalam perbuatan maksiat (terhadap) Allah.
(Riwayat Imam Ahmad, At-Tabrani, Al-Hakim)

Sesiapa di antara kamu menyaksikan perbuatan mungkar, maka tegahlah perkara
tersebut dengan tangannya. Jika kamu tidak mampu, maka (tegahlah ia) dengan
lisannya. Jika kamu tidak mampu, maka (tegahlah ia) dengan hatinya. Demikian
itu adalah selemah-lemah iman. (Riwayat Imam Muslim)

Dalam hal ini, hujah Syeikh Yusuf Al-Qardhawi lebih baik pada neraca penilaian saya. Golongan yang
anti kepada beliau sudah pasti menuduh beliau menyimpang dari manhaj ahlussunnah wal jama'ah. Ia amat dikesalkan.

Perbezaan pendapat pasti berlaku, kita sedia maklum akan perkara ini. Namun seakan terlalu
sukar untuk perselisihan yang wujud, adakah kerana inginkan pihak dan hujah kita sahaja yang
betul? Lantas tuduhan berat dan cercaan dilemparkan, akhlak serta adab terhadap ahli ilmu
menghilang dari sikap atau perlakuan.

Moga Allah menunjuk jalan.

Kita yang bernama orang awam,

Bicara golongan awam pada hari ini amat menyedihkan. Ucapan-ucapan baik makin tenggelam,
lenyap dari lisan serta tulisan mereka. Gantinya adalah kata-kata kesat, maki hamun dan yang
seumpama dengannya. Perbezaan ideologi politik, perselisihan pendapat dalam cabang-cabang
ilmu agama, hasad dengki, buruk sangka kepada perkara kebaikan dilihat antara sebab-sebab
yang mencetuskan dialog-dialog fahsya' wal munkar ini.

Apabila menular virus kafir-mengkafirkan antara mazhab dan aliran, maka
kita akan melihat pintu permusuhan dibuka seluas-luasnya. Ini realiti yang
berlaku di negara-negara umat Islam. Bahkan lebih malang apabila umat
Islam bersikap keras terhadap sesama sendiri. Sedangkan pada waktu
yang sama, mereka cukup lunak dengan musuh-musuh Islam (sebenar).
(Dr. Muhammad Imarah / Soihah Nazhir min Fitnah At-Takfir)

Jangan kamu berbuat (berkata-kata atau lakukan sesuatu)
sedang kamu tidak mempunyai ilmu pengetahuan tentangnya,
sesungguhnya telinga (pendengaran), mata (penglihatan) dan
tiap perbuatan itu akan persoalkan kelak (di hadapan Allah).

Dan janganlah engkau berjalan di muka bumi dengan rasa
takbur (meninggi diri)... (Surah Al-Israk : 36 dan 37)

Para ulama yang zahid dituduh sesat. Mereka yang solat di stadium bola, atau di tanah lapang biasa
dikatakan menunjuk-nunjuk, tidak ikhlas. Golongan yang berhimpun menyuarakan perkara hak dan
kebenaran dilabelkan khawarij dan pemberontak. Orang yang berbuat baik diperlekehkan,
orang yang berbuat salah apatah lagi. Seolah pintu taubat telah tertutup rapat, dan bagaikan
matahari sudah terbit dari barat. Apakah ini?

Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari sikap
prasangka, kerana sebahagian prasangka itu adalah (menyebabkan)
dosa. (Al-Hujurat : 12)

Lebih dukacita apabila golongan berstatus penuntut ilmu agama atau ustaz dan ustazah, ada di kalangan mereka yang turut serta bersikap sedemikian, ingin join sekaki merasai kemeriahan caci-maki berbalas komen berorientasikan nafsu, bukan ilmu.

Kalian sepatutnya menjadi contoh yang diteladani.

Mungkin terjadi begitu kerana rasa marah. Namun berhati-hatilah, meluahkan rasa marah atau
geram itu ada caranya, ada salurannya. Waspadalah.

Wahai kita yang bernama orang awam, peliharalah lisan dan perkataan. Berada di pihak yang benar
tidak menghalalkan perbuatan keji, Allah tetap menghitungnya!

Pada hari itu kamu dihadapkan (kepada Tuhanmu), tiada sesuatu pun
dari (keadaan) kamu yang tersembunyi (bagi Allah). (Al-Haqqah : 18)


BNW 2

Akhirnya,

Titipkan doa berterusan kepada kaum muslimin di Syria dan Myanmar khususnya, moga Allah
membantu mereka, mengurniakan pertolongan dan kemenangan kepada golongan yang dizalimi.
Moga Allah memenangkan Islam di sana, dan seluruh dunia.

Doa adalah senjata orang beriman, tiang agama serta cahaya
langit dan bumi (Riwayat Al-Hakim - sahih, terdapat pendapat
yang menghukum hadis ini dhaif)

Agar golongan yang hak diangkat dan beroleh pembelaan. Agar golongan yang zalim diadili dan
akhirnya dihapuskan.

Maafkanlah kami, dan ampunilah kami serta rahmatilah kami, Engkau
pemilik kami, maka kurniakanlah pertolongan kepada kami ke atas
golongan yang kafir. (Al-Baqarah : 286)

Ameen, ameen, ameen.

Almizzi,
Marang, Terengganu,
10 Julai 2012,
Jam 2154.

2 Komen:

ili berkata...

assalamualaik

sekian lama tidak ziarah di sini
semoga terus tegar menulis ^^

ADMIN berkata...

Waalaikumussalam.

Terima kasih msih sudi singgah...
Insyaallah, moga diri trus istiqamah...
Jazakillah kheir al-jazak :)

Catat Ulasan