• Hidup Dalam Bersederhana

    Saya kadang-kadang cuba memahami, namun banyak kali saya gagal untuk cuba mengintai sedikit titik persamaan atau noktah kepada sengketa ini. Dan akhirnya saya hanya mampu memerhati, membaca, menilai dan menulis kesimpulan dalam diri sendiri sahaja...

  • Amanah Kita Bersama

    Masing-masing membuat suatu pekerjaan berdasarkan pada kekuatan, kemampuan serta kepakaran. Kemudian kepakaran itu dikongsi untuk perolehan manfaat bersama. Inilah sikap umat Islam yang saling menguatkan...

  • Jangan Mudah Menghukum

    Bersangka baik adalah pendirian dan sikap kita yang pertama. Jika didatangkan bukti dan fakta yang jelas tentang sesuatu kesalahan, barulah tindakan mampu dikenakan, kritikan dapat dilakukan terhadap mereka yang bersalah...

  • Itukan Hukum Allah

    Apabila orang jahil berbicara tentang agama, akan bertambah rosaklah agama di tangan mereka. Di sini, saya menentang video ini dengan hati, lisan dan tulisan sebagai tangan saya. Sungguh benci dan sangat bersimpati juga dengan pelakon- pelakon video ini. Adakah mereka sedar akan keceluparan skrip yang diucap...

Iman

1

Iman


Kau umpama rembulan
menerangi kegelapan
kau ibarat bintang
menghiasi langit malam

Kau menerangi hatiku
bak mentari terangi siang
kau menghiasi hatiku
yang dahulu kekosongan

Kau berikan kekuatan
untukku terus berjuang
hadapi segala cabaran
atasi permasalahan

Kau curahkan kebahagiaan
meleraikan kesedihan
waktu kuterasa keseorangan
ketika dalam berjuang

Ramai yang melupakanmu
tak ramai yang mengecap nikmatmu
tak ramai ditemanimu
tak ramai merasa manismu

Inspirasi mukmin sejati
tempatmu letaknya di hati
sana kau berkurang dan bertambah
dikaulah penyelamat umat

Aku merasa manismu
dalam menyintai Allah dan rasul
dalam menyayangi sahabat
dalam membenci kekufuran

Kepada Allah ku berdoa
hidup matiku bersamamu
bersama dihidupkan semula
melangkah ke syurga bersama

Kan ku jagamu selalu
dengan membaca Al-Quran
jua mengingati ajal
mekarlah kau di hatiku

Kembali menyingkap nostalgia, memasang telinga mendengar alunan lagu nasyid klasik,
yang suatu ketika menjadi kegemaran sewaktu zaman kanak-kanak riang. Pada waktu
tersebut, kumpulan-kumpulan nasyid masih sedikit. tiada sama seperti hari ini, tumbuhnya
bagai cendawan selepas hujan.

Antara munsyidin yang paling saya minati adalah Raihan, Hijjaz dan kumpulan yang
menyampaikan lirik lagu di atas, iaitu Brothers. Selain lagu teman sejati yang menjadi
top song pada tempoh itu, lagu Iman ialah pilihan saya. Penyampaiannya bersahaja,
namun mesejnya berjaya disampaikan. Dengarkan, moga ada manfaat dan pengajaran
yang menginsafkan.

Kini kembali merindui suatu zaman, tika bersama Jilul Quran.

Almizzi,
Marang, Terengganu,
5 Julai 2012,
Jam 0119.

1 Komen:

Tanpa Nama berkata...

semoga sihat selalu....lain kali singgahlah rehat di sekolah ana,,,, pinangmerah...jangan segan,,,kita kan sahabat baik..

Catat Ulasan