• Hidup Dalam Bersederhana

    Saya kadang-kadang cuba memahami, namun banyak kali saya gagal untuk cuba mengintai sedikit titik persamaan atau noktah kepada sengketa ini. Dan akhirnya saya hanya mampu memerhati, membaca, menilai dan menulis kesimpulan dalam diri sendiri sahaja...

  • Amanah Kita Bersama

    Masing-masing membuat suatu pekerjaan berdasarkan pada kekuatan, kemampuan serta kepakaran. Kemudian kepakaran itu dikongsi untuk perolehan manfaat bersama. Inilah sikap umat Islam yang saling menguatkan...

  • Jangan Mudah Menghukum

    Bersangka baik adalah pendirian dan sikap kita yang pertama. Jika didatangkan bukti dan fakta yang jelas tentang sesuatu kesalahan, barulah tindakan mampu dikenakan, kritikan dapat dilakukan terhadap mereka yang bersalah...

  • Itukan Hukum Allah

    Apabila orang jahil berbicara tentang agama, akan bertambah rosaklah agama di tangan mereka. Di sini, saya menentang video ini dengan hati, lisan dan tulisan sebagai tangan saya. Sungguh benci dan sangat bersimpati juga dengan pelakon- pelakon video ini. Adakah mereka sedar akan keceluparan skrip yang diucap...

Asmaa Allah Al-Husna

2
Dalam kenangan. Ia hilang tanpa kesan.

Exposure : 1/100

Aperture : f/1.8
Focal Length : 50mm
WB : Auto
ISO : 100

Pertamanya, tajuk entry ini tiada kaitan terus dengan gambar yang
di atas. Cuma ketika saya mendengar lagu nyanyian Sami Yusuf di
komputer, benar-benar ia sangat menenangkan perasaan. Pendapat
peribadi saya, umumnya lagu nasyid oleh beliau lebih menyentuh
perasaan dan meninggalkan kesan yang mendalam di dalam hati
setiap jiwa yang mendengar, berbanding lagu nasyid lain.

Dan jujur juga, sudah agak lama saya kurang kerap mendengar
lagu-lagu beliau kerana saya juga cenderung menikmati lagu-lagu
biasa atau yang bersifat universal. Namun begitu, tergerak untuk
kembali melayannya kembali beberapa hari lepas. Sungguh saya
amat menyukainya. Hilang seketika aura Maher Zain dan Enrique
Iglesias, ehee...

Asmaa Allah Al-Husna, You Came To Me dan Healing, inilah lagu
yang menjadi top favourite saya hingga sekarang.

Paling penting, nasyid Asmaa Allah Al-Husna ini mengingatkan
saya kepada seseorang yang jauh di Maghribi. Seorang sahabat
arab yang sangat baik terhadap pelajar-pelajar Malaysia di sana.
Siapa tahu, kali pertama saya mendengar dan memperoleh lagu
ini adalah daripada Abdullah, tokey sebuah mahlabah (warung
atau kedai makan) favourite saya di Kenitra.

Moga Allah sentiasa mengurniakan kesihatan yang baik, rezeki
yang baik dan kebahagiaan berterusan kepada beliau. Dulu bila
saya ke Kenitra, wajib untuk saya singgah ke kedai beliau untuk
bersarapan khususnya, menikmati secawan qahwah bil halib dan
malwi atau makhmarah. Harsyah saya kureng sikit.

Dan Abdullah itu sentiasa segar dalam ingatan saya. Beliau ter-
sangat baik...

Almizzi,
Rumahku Syurgaku,
Marang, Terengganu,
15 Jun 2011,
Jam 1757.


0 Komen:

Catat Ulasan