• Hidup Dalam Bersederhana

    Saya kadang-kadang cuba memahami, namun banyak kali saya gagal untuk cuba mengintai sedikit titik persamaan atau noktah kepada sengketa ini. Dan akhirnya saya hanya mampu memerhati, membaca, menilai dan menulis kesimpulan dalam diri sendiri sahaja...

  • Amanah Kita Bersama

    Masing-masing membuat suatu pekerjaan berdasarkan pada kekuatan, kemampuan serta kepakaran. Kemudian kepakaran itu dikongsi untuk perolehan manfaat bersama. Inilah sikap umat Islam yang saling menguatkan...

  • Jangan Mudah Menghukum

    Bersangka baik adalah pendirian dan sikap kita yang pertama. Jika didatangkan bukti dan fakta yang jelas tentang sesuatu kesalahan, barulah tindakan mampu dikenakan, kritikan dapat dilakukan terhadap mereka yang bersalah...

  • Itukan Hukum Allah

    Apabila orang jahil berbicara tentang agama, akan bertambah rosaklah agama di tangan mereka. Di sini, saya menentang video ini dengan hati, lisan dan tulisan sebagai tangan saya. Sungguh benci dan sangat bersimpati juga dengan pelakon- pelakon video ini. Adakah mereka sedar akan keceluparan skrip yang diucap...

Itukan Hukum Allah

1M
Melalui laman sosial Facebook, saya menonton 2 video sampah ini :

Pertama : Sila klik di sini
Kedua : Sila klik di sini

Di sini saya menulis bukan sebagai penyokong mana-mana parti politik, tetapi
sebagai seorang muslim yang tidak akan mempertikaikan apatah lagi menuruti
hawa nafsu mempersenda-sendakan hukum Allah di dalam Al-Quran.

Berimankah kita dengan umum pengajaran dari firman Allah :

Sesiapa yang tidak berhukum dengan apa (syariat) yang telah diturunkan Allah,
sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang kufur.

Sesiapa yang tidak berhukum dengan apa (syariat) yang telah diturunkan Allah,
sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang zalim.

Sesiapa yang tidak berhukum dengan apa (syariat) yang telah diturunkan Allah,
sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang fasiq.


Apabila orang jahil berbicara tentang agama, akan bertambah rosaklah agama di
tangan mereka. Di sini, saya menentang video ini dengan hati, lisan dan tulisan
sebagai tangan saya. Sungguh benci dan sangat bersimpati juga dengan pelakon-
pelakon video ini. Adakah mereka sedar akan keceluparan skrip yang diucap?

Sesiapapun anda di luar sana tidak kira pro-kerajaan atau sebaliknya, ambillah
peranan menegur, menolak dan menentang perkara ini. Jangan kerana fanatik
kepada pihak tertentu, akidah kita menjadi taruhan dan sanggup diperjudikan.
Berkata-katalah akan perkara yang baik dan benar, atau lebih baik duduk diam
sahaja.

Jika Allah berkehendak, maka Dia akan memberi hidayah kepada golongan ini
lantas bertaubat serta kembali ke jalan-Nya. Jika Allah berkehendak, maka Dia
akan kekalkan mereka dalam kesesatan diri mereka sendiri. Sesungguhnya Allah
Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.

Pendirian saya menolak sekerasnya video-video ini. Anda bagaimana?

Almizzi,
Marang, Terengganu,
9 Disember 2011,
Jam 1747.

8 Komen:

Tanpa Nama berkata...

amber bersame deme ustz mizzi! =)

Tanpa Nama berkata...

Saya juga bersimpati dengan pelakon2 ini yang secara terang-terangan menidakkan hukum Allah. Semoga diberi hidayah kepada mereka semua yang telah melupuskan syahadah mereka.

ADMIN berkata...

Sy melakukan apa yang sy mampu. Moga mereka segera bertaubat kepada Allah,
risau perbuatan mereka akan merosakkan akidah dan syahadah mereka.

Tanpa Nama berkata...

salam,
ustaz al mizzi boleh bagi nama surah n ayat mana, rujukan bagi firman2 Allah yang dinyatakan..jzkk

farah imani

ADMIN berkata...

Surah Al-Maidah, pada penghujung setiap ayat 44, 45 dan 47 :)

ili berkata...

moga Allah memberi petunjuk kpd mereka

Tanpa Nama berkata...

Semoga Allah beri hidayah kpd para pelakon dan mereka yg terlibat dlm video ni...ana sgt2 x stuju dgn video ni.Sungguh sedih buat seorang muslim mempersendakn Allah dgn mempersendakn al-Quran.Sungguh memalukan buat seorang muslim untuk mengutuk ulama' yg berjuang menengakkan Islam...
Sangat sedih dgn senario ini...

ADMIN berkata...

Allahumma ameen

Catat Ulasan