• Hidup Dalam Bersederhana

    Saya kadang-kadang cuba memahami, namun banyak kali saya gagal untuk cuba mengintai sedikit titik persamaan atau noktah kepada sengketa ini. Dan akhirnya saya hanya mampu memerhati, membaca, menilai dan menulis kesimpulan dalam diri sendiri sahaja...

  • Amanah Kita Bersama

    Masing-masing membuat suatu pekerjaan berdasarkan pada kekuatan, kemampuan serta kepakaran. Kemudian kepakaran itu dikongsi untuk perolehan manfaat bersama. Inilah sikap umat Islam yang saling menguatkan...

  • Jangan Mudah Menghukum

    Bersangka baik adalah pendirian dan sikap kita yang pertama. Jika didatangkan bukti dan fakta yang jelas tentang sesuatu kesalahan, barulah tindakan mampu dikenakan, kritikan dapat dilakukan terhadap mereka yang bersalah...

  • Itukan Hukum Allah

    Apabila orang jahil berbicara tentang agama, akan bertambah rosaklah agama di tangan mereka. Di sini, saya menentang video ini dengan hati, lisan dan tulisan sebagai tangan saya. Sungguh benci dan sangat bersimpati juga dengan pelakon- pelakon video ini. Adakah mereka sedar akan keceluparan skrip yang diucap...

Ahlan, Iman Haikal

4M
Exposure : 1/50 dan 1/60
Aperture : f/1.8 dan f/2.0
Focal Length : 50mm
WB : Auto
ISO : 800

Nama si comel ini ialah Iman Haikal Bin Mohd Anis. Nampaknya
Iman Syairazi cadangan saya diterima separuh sahaja. Lahirnya
pada 23 Jun 2011 jam 1:59 pagi, jika tarikhnya 22 mungkin ia
akan lebih bermakna buat saya. Tapi tak mengapa, ehee...

Alhamdulillah, sesungguhnya kami sekeluarga sangat gembira
dengan kehadiran ahli baru dalam famili ini. Semuanya sudah
naik pangkat sekarang menjadi grandma, grandpa, uncle dan
aunty. Ya, penggunaan bahasa inggeris ini mengekalkan rasa
muda dalam diri kami.

2M
Dan sedikit maklumat tentang gambar ini. Saya merakam potret
Iman pada waktu petang ketika hari hampir senja. Jadi cahaya
semulajadi agak suram, memaksa shutter speed diperlahankan,
aperture besar digunakan walaupun kurang sesuai untuk potret,
ISO ditinggikan menyebabkan kewujudan noise yang agak lebih
pada gambar. Nilai 800 itu sudah kurang menyelesakan.

Guna flash? Saya mungkin kehilangan kamera saya jika berbuat
demikian kepada si Iman yang sedang nyenyak tidur ini.

3M
Kepada sahabat-sahabat yang membaca entry ini, mohon doa juga
daripada kalian untuk Iman Haikal. Semoga Iman ini akan menjadi
seorang anak yang baik dan soleh kelak, menjadi permata keluarga
yang menyejukkan hati ibu bapanya serta keluarga. Ameen.

Sekian dilaporkan oleh bapa saudara Iman Haikal. Terima kasih!

Almizzi,
Rumahku Syurgaku,
Marang, Terengganu,
30 Jun 2011,
Jam 1116.


Slow Shutter 3

3

Latihan long exposures kali ini kembali di Pantai Pandak, Cendering
yang sememangnya menjadi lokasi utama photographers dari mana
sekalipun, sama ada dalam dan luar Terengganu. Dan teknik yang
paling kerap digunakan adalah slow shutter.

Kali ini berpuas hati juga dengan latihan yang dibuat. Walaupun jika
dilihat kembali, komposisi bagi 7 gambar perkongsian ini semuanya
hampir-hampir sama. Komposisi lain kurang menjadi.

Dan kali ini semuanya berwarna. Tiada hitam dan putih. ehee...
Align Center

6

4

7

8

9

0

Maklumat tentang gambar-gambar ini (EXIF) :

Exposure : 2"5, 5", 3"2, 4", 6" ,8", 13", 15"
Aperture : f/16, f/18, f/20, f/22, f/25, f/32
Focal Length : 18mm +-
WB : Auto
ISO : 100

Diharap perkongsian EXIF ini bermanfaat untuk saya sendiri serta
mereka yang membaca entry ini. Insyaallah.

Almizzi,
Rumahku Syurgaku,
Marang, Terengganu,
21 Jun 2011,
Jam 1146.


Over Editing

1M

Satu perkara yang masih tidak berubah, saya masih kurang pandai
dalam bab grafik untuk apa-apa design dan teknik manipulasi yang
yang tinggi-tinggi. Kurang kreatiflah senang cakap.

3 keping gambar ini dirakam petang kelmarin. Masih panas lagilah
kan, jadi saya pun cuba-cuba edit lebih sikit pada setiap gambar.
Bagi warna lebih menyerlah atau menonjol selain gambar menjadi
lebih sharp. Dan jika diperhatikan dengan teliti, pasti anda akan
mendapati kecacatan yang terdapat pada gambar-gambar kucing
yang comel ini.

Tambahan pula, saya sekarang memang tak berminat untuk edit
gambar secara berlebihan. Ia akan menghilangkan keaslian satu
-satu gambar tersebut. High Dynamic Range lagilah saya amat
tidak suka.

2M

Maklumat tentang gambar-gambar ini (EXIF) :

Exposure : 1/100,1/160 dan ke atas
Aperture : f/2.0 atau f/2.8
Focal Length : 50mm

WB : Auto

ISO : 100 dan 400


3M

Dan satu perkara lagi yang tidak berubah, saya sangat sukakan
kucing. Jadi janganlah komen kalau banyak gambar kucing dalam
blog tunggal saya ini ya. Terima kasih.

Nabi Muhammad sayang akan kucing, Abu Hurairah juga telah
kita tahu akan sifat beliau yang sangat kasihkan kucing. Jadi
mengapa tidak kita?

Kurang suka tak apa, tapi menzalimi jangan sekali.

Almizzi,
Rumahku Syurgaku,

Marang, Terengganu,

18 Jun 2011,

Jam 0723.


Asmaa Allah Al-Husna

2
Dalam kenangan. Ia hilang tanpa kesan.

Exposure : 1/100

Aperture : f/1.8
Focal Length : 50mm
WB : Auto
ISO : 100

Pertamanya, tajuk entry ini tiada kaitan terus dengan gambar yang
di atas. Cuma ketika saya mendengar lagu nyanyian Sami Yusuf di
komputer, benar-benar ia sangat menenangkan perasaan. Pendapat
peribadi saya, umumnya lagu nasyid oleh beliau lebih menyentuh
perasaan dan meninggalkan kesan yang mendalam di dalam hati
setiap jiwa yang mendengar, berbanding lagu nasyid lain.

Dan jujur juga, sudah agak lama saya kurang kerap mendengar
lagu-lagu beliau kerana saya juga cenderung menikmati lagu-lagu
biasa atau yang bersifat universal. Namun begitu, tergerak untuk
kembali melayannya kembali beberapa hari lepas. Sungguh saya
amat menyukainya. Hilang seketika aura Maher Zain dan Enrique
Iglesias, ehee...

Asmaa Allah Al-Husna, You Came To Me dan Healing, inilah lagu
yang menjadi top favourite saya hingga sekarang.

Paling penting, nasyid Asmaa Allah Al-Husna ini mengingatkan
saya kepada seseorang yang jauh di Maghribi. Seorang sahabat
arab yang sangat baik terhadap pelajar-pelajar Malaysia di sana.
Siapa tahu, kali pertama saya mendengar dan memperoleh lagu
ini adalah daripada Abdullah, tokey sebuah mahlabah (warung
atau kedai makan) favourite saya di Kenitra.

Moga Allah sentiasa mengurniakan kesihatan yang baik, rezeki
yang baik dan kebahagiaan berterusan kepada beliau. Dulu bila
saya ke Kenitra, wajib untuk saya singgah ke kedai beliau untuk
bersarapan khususnya, menikmati secawan qahwah bil halib dan
malwi atau makhmarah. Harsyah saya kureng sikit.

Dan Abdullah itu sentiasa segar dalam ingatan saya. Beliau ter-
sangat baik...

Almizzi,
Rumahku Syurgaku,
Marang, Terengganu,
15 Jun 2011,
Jam 1757.


Diari Musim Cuti

2M

Gambar-gambar ini dirakam pada semalam berlokasi di sebuah
kawasan riadah belakang kampung Cina, (Saya tak pasti apa
nama spesifik kawasan ini) yang agak cantik bermandi cahaya
pada waktu malam.

Semua gambar diambil dengan menggunakan lens 50mm f/1.8
yang punyai kualiti bokeh yang sangat saya suka.

3M

Alhamdulillah, pada waktu cuti begini dapatlah peluang bertemu
beberapa orang sahabat ketika di SHAMS dahulu dan berkumpul
bersama-sama alumni Maahad Tahfiz Al-Quran Terengganu atau
IQT baru-baru ini. Bagi pihak lelaki, rasanya sayalah ahli alumni
paling junior yang hadir, iaitu generasi ke-17.

Apapun agak gembira, dapatlah kenal sedikit generasi-generasi
maahad terawal yang kini merupakan mereka yang cemerlang
dan berjaya dalam kehidupan sebagai huffaz Al-Quran.

1M

4M

Semoga diri ini sendiri serta sahabat-sahabat generasi kemudian
turut dapat mewarisi kecemerlangan ini, generasi senior maahad
atau kini IQT yang mahir dalam bidang ilmu masing-masing. Dan
ia sangat terserlah pada ucapan-ucapan mereka.

Jadikanlahku di kalangan mereka. Ameen.

Almizzi,
Rumahku Syurgaku,
Marang, Terengganu,
6 Mei 2011,
Jam 1720.