• Hidup Dalam Bersederhana

    Saya kadang-kadang cuba memahami, namun banyak kali saya gagal untuk cuba mengintai sedikit titik persamaan atau noktah kepada sengketa ini. Dan akhirnya saya hanya mampu memerhati, membaca, menilai dan menulis kesimpulan dalam diri sendiri sahaja...

  • Amanah Kita Bersama

    Masing-masing membuat suatu pekerjaan berdasarkan pada kekuatan, kemampuan serta kepakaran. Kemudian kepakaran itu dikongsi untuk perolehan manfaat bersama. Inilah sikap umat Islam yang saling menguatkan...

  • Jangan Mudah Menghukum

    Bersangka baik adalah pendirian dan sikap kita yang pertama. Jika didatangkan bukti dan fakta yang jelas tentang sesuatu kesalahan, barulah tindakan mampu dikenakan, kritikan dapat dilakukan terhadap mereka yang bersalah...

  • Itukan Hukum Allah

    Apabila orang jahil berbicara tentang agama, akan bertambah rosaklah agama di tangan mereka. Di sini, saya menentang video ini dengan hati, lisan dan tulisan sebagai tangan saya. Sungguh benci dan sangat bersimpati juga dengan pelakon- pelakon video ini. Adakah mereka sedar akan keceluparan skrip yang diucap...

Malam Ini

1

Bokeh membawa maksud lughawi iaitu kabur atau blur.
Begitu juga dengan kehidupan, kadang-kadang jelas
matlamatnya, namun mungkin pernah jua ia kabur.


Gerimis di Casablanca pada pagi ini, dan suhu sejuk pada malam ini
sedikit merehatkan jiwa selepas agak keletihan, menguruskan sesi
perpindahan akhowat ke rumah baru di sini, kemudian bergegas pula
ke kelas pada waktu petang, kemudian bersegera pula ke Hubus
atau Al-Ahbas untuk mencari buku rujukan yang menjadi muqarrar
satu subjek dalam semester 5 ini. Alhamdulillah berjaya menemukan
-nya, dan terus pulang ke rumah selepas hampir 30 minit menunggu
teksi kabir.

Cerita hari ini agak panjang, namun terdetik juga dalam hati, suatu
kesimpulan yang mengajak diri agar sentiasa bermuhasabah, selalu
mengikat jiwa untuk sentiasa berzikir atau ingat kepada-Nya, sama
ada dalam susah atau senang, suka atau duka, lapang atau sempit,
dan sebagainya. Allah telah mengingatkan hamba-Nya :

Dan ingatlah kepada-Ku, pasti aku akan ingat kepadamu, dan
bersyukurlah terhadap (nikmat) Ku, dan jangan kamu sesekali
kufur.

Kerana jiwa ini masih terlalu lemah, untuk sentiasa beristiqamah
untuk mendirikan solat 5 waktu berjemaah, untuk berajin-rajin
berpuasa sunat, untuk berlumba-lumba bersedekah dan membuat
kebaikan, untuk kuatkan tekad membaca Al-Quran sekerap mungkin
dalam sehari, untuk bersungguh-sungguh membaca kitab-kitab
yang seringkali hanya menjadi hiasan di atas rak, untuk berhati
-hati sebelum menutur kata, menjaga lisan supaya berkata hanya
pada yang benar, untuk itu dan untuk ini, banyak sungguh jika
ingin disebutkan di sini. Mungkin kita lupa akan firman-Nya :

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan : Tuhan kami
adalah Allah, kemudian mereka beristiqamah (kekal pada agama
Islam, menyembah Allah yang Maha Esa, taat pada perintah dan
hukum ciptaan-Nya) maka tiada perasaan takut dalam diri mereka
(menhadapi hari kiamat dalam persediaan) dan tidak pula mereka
bersedih (terhadap kurangnya harta dan kenikmatan di dunia).

Dan paling menyedihkan, hanya kerana keletihan yang sedikit, kita
menjadi malas beribadat. Hanya kerana kesibukan yang sedikit, kita
menjadikannya alasan untuk mengejar yang terbaik dalam taat
pada perintah-Nya. Hanya kerana kesilapan manusia yang satu, kita
menggunakannya sebagai hujah untuk terus menghukumnya dan
terus lupa akan kebaikannya. Hanya kerana ingin mendapatkan
keseronokan duniawi, kita leka dalam mengumpul bekal sebaiknya
untuk perjalanan ukhrawi. Perlu kita menghayati dengan baik
perintah Allah di dalam Al-Quran :

Dan carilah (nikmat Allah) yang dikurniakan Allah kepadamu (dari
harta dan ganjaran pahala) untuk persiapan hari akhirat (dengan
infaq pada jalan-Nya dan bersedekah), dan jangan juga engkau
lupa akan kebaikan dirimu dalam kehidupan dunia (dengan nikmat
Allah seperti harta).

Semoga dikurnia-Nya kekuatan untuk istiqamah taat kepada-Nya,
serta dikurnia kekuatan oleh-Nya untuk istiqamah menjauhkan
segala maksiat dan dosa terhadap-Nya serta terhadap sesama
makhluk. Ameen.

Almizzi,
White House, Ain Chock,
Casablanca, Maghribi,
1 November 2010,
Jam 2230.



0 Komen:

Catat Ulasan