• Hidup Dalam Bersederhana

    Saya kadang-kadang cuba memahami, namun banyak kali saya gagal untuk cuba mengintai sedikit titik persamaan atau noktah kepada sengketa ini. Dan akhirnya saya hanya mampu memerhati, membaca, menilai dan menulis kesimpulan dalam diri sendiri sahaja...

  • Amanah Kita Bersama

    Masing-masing membuat suatu pekerjaan berdasarkan pada kekuatan, kemampuan serta kepakaran. Kemudian kepakaran itu dikongsi untuk perolehan manfaat bersama. Inilah sikap umat Islam yang saling menguatkan...

  • Jangan Mudah Menghukum

    Bersangka baik adalah pendirian dan sikap kita yang pertama. Jika didatangkan bukti dan fakta yang jelas tentang sesuatu kesalahan, barulah tindakan mampu dikenakan, kritikan dapat dilakukan terhadap mereka yang bersalah...

  • Itukan Hukum Allah

    Apabila orang jahil berbicara tentang agama, akan bertambah rosaklah agama di tangan mereka. Di sini, saya menentang video ini dengan hati, lisan dan tulisan sebagai tangan saya. Sungguh benci dan sangat bersimpati juga dengan pelakon- pelakon video ini. Adakah mereka sedar akan keceluparan skrip yang diucap...

Potret - Aimi Zakaria

Aimi 1

Semalam, warga ikhwan Casablanca telah menerima ziarah 3
orang sahabat Kenitra, Aimi, Syahril dan Mamduh. Alhamdulillah
gembira juga dapat bertemu setelah lama tidak bersua muka dek
kesibukan di wilayah masing-masing menikmati waktu kuliah dan
peperiksaan.

Aimi 2

Petang tadi, saya mengambil kesempatan merakam beberapa
keping gambar potret Aimi ala-ala white studio. Memang saya
agak addicted dengan potret sebegini, dan kerjasama yang
baik daripada Aimi sebagai subjek, tidak akan saya sia-siakan
begitu sahaja.

Aimi 3

Aimi 5

Tekniknya sama seperti entry - Percubaan Pertama. Menggunakan
lens Tamron 18-200mm dan flash yang di-bounce ke siling nyata
menstabilkan cahaya pada background dan subjek. Fokus pula
disasar tepat pada mata Aimi. Dengan sedikit editan pada Adobe
Photoshop, maka 5 keping gambar inilah hasilnya.

Aimi 4

Namun saya amat bercita-cita, untuk memiliki sebuah lens Canon
70-200mm f/2.8 yang saya perhatikan, amat cemerlang merakam
gambar-gambar potret, ditambah bokeh yang mengasyikkan.

Insyaallah, lens ini target utama saya dalam beberapa tahun lagi.
Bila dah kerja, bolehlah menabung untuk lens ini.

Terima kasih kepada Aimi. Model saya yang cemerlang!

Almizzi,
White House, Ain Chock,
Casablanca, Maghribi,
25 Januari 2011,
Jam 2121.


6 Komen:

abang am berkata...

haha aimi! gedikssss

Tanpa Nama berkata...

Sifu wat setting guane gop kamera tuh?share siket kat ambe :D

ADMIN berkata...

Abang Am (poyo!) > Biarla diaaa... hahaha~

Anon > Amber pun kena check blik EXIF dalam kamera. X berape ingat
setting detailnya =) Tp x silap, iso 200 jer, shutter 1/100+, aperture
dalam 8-11... huhu

mizek berkata...

kemah !!

Nash berkata...

smart gambor2 mu shoot mizi!hebat kawan aku lening nih :DD

ADMIN berkata...

Abg Mizek > Dok kemah stare sifu mizek lgi :))
Nash > Huhu Terima kasih =) Belajar2 lgi...

Catat Ulasan