• Hidup Dalam Bersederhana

    Saya kadang-kadang cuba memahami, namun banyak kali saya gagal untuk cuba mengintai sedikit titik persamaan atau noktah kepada sengketa ini. Dan akhirnya saya hanya mampu memerhati, membaca, menilai dan menulis kesimpulan dalam diri sendiri sahaja...

  • Amanah Kita Bersama

    Masing-masing membuat suatu pekerjaan berdasarkan pada kekuatan, kemampuan serta kepakaran. Kemudian kepakaran itu dikongsi untuk perolehan manfaat bersama. Inilah sikap umat Islam yang saling menguatkan...

  • Jangan Mudah Menghukum

    Bersangka baik adalah pendirian dan sikap kita yang pertama. Jika didatangkan bukti dan fakta yang jelas tentang sesuatu kesalahan, barulah tindakan mampu dikenakan, kritikan dapat dilakukan terhadap mereka yang bersalah...

  • Itukan Hukum Allah

    Apabila orang jahil berbicara tentang agama, akan bertambah rosaklah agama di tangan mereka. Di sini, saya menentang video ini dengan hati, lisan dan tulisan sebagai tangan saya. Sungguh benci dan sangat bersimpati juga dengan pelakon- pelakon video ini. Adakah mereka sedar akan keceluparan skrip yang diucap...

Bersih 2.0 - Perspektif Saya

1M
Gambar-gambar ini dirakam ketika saya keluar
bersama sahabat lama sewaktu di IQT dahulu.
Fitri namanya, sungguh gembira dapat bertemu
di IQT pada waktu pagi kelmarin.

Petangnya, kami outing bersama ke Taman
Tamadun Islam. Shoot beberapa keping gambar,
kemudian makan malam di Kedai Mamak di hadapan
IQT. Sungguh sedap masakannya.

Selesai isu perhimpunan BERSIH 2.0, pelbagai perbincangan pula
muncul di kalangan ilmuan dan cerdik pandai, atau yang membuat
pandai tentang perkara ini.

Umum mungkin mengetahui tentang satu keputusan Usrah Ilmuan
Syariah yang mengharuskan demonstrasi dengan bersyarat serta
haram berbuat provokasi. Dan saya selesa dengan keputusan itu
beserta perbincangannya yang penuh hemah dan ilmu, jauh dari
pengaruh politik, taasub dan bersifat tertutup. Lebih penting, ia
dilakukan secara berjemaah, menghimpunkan para ilmuan yang
saya kira hebat-hebat semuanya. Insyaallah keputusan tersebut
adalah hasil sikap wasatiyyah, ilmiah jemaah mereka bukanlah
berhujah ikut suka.

PhD, Master atau apa-apa lagi kelayakan setaraf bukanlah itu
yang utama. Namun penilaian keilmuan mereka yang diiktiraf
semua pihak, kawan dan lawan. Masyarakat pun tahu.

Hanya mereka yang sombong sahaja akan menolak secara
total akan keputusan Usrah Ilmuan Syariah ini. Ini pendapat
peribadi saya.

BERSIH 2.0

Ada yang bersetuju, ada yang tidak, ada pula majoriti senyap.
Yang tidak bersetuju membangkitkan isu Ambiga, bukan Islam
yang pernah membawa isu IFC suatu ketika dulu. Kemudian di-
bincangkan juga isu mentaati pemerintah, khawarij dan haram
demonstrasi kerana berisiko memecah-belahkan perpaduan dan
keamanan negara.

3M

Isu Ambiga, pemimpin BERSIH 2.0 yang bukan Islam ini saya kira
bukanlah suatu perkara yang besar. BERSIH 2.0 ini adalah suatu
yang bersifat terbuka dalam Malaysia, menuntut 8 perkara untuk
dilaksanakan, dijayakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dan salah
satu perlaksanaan anggotanya adalah berhimpun secara AMAN.

Dua perbincangan pokok : Walaupun Ambiga dicurigai kerana dia
bukan Islam dan disifatkan anti-Islam berdasarkan tindakannya
terdahulu (IFC dan sebagainya), namun pada BERSIH 2.0 kali ini
beliau dilantik untuk mengetuai suatu kehendak rakyat yang
inginkan pilihan raya yang lebih telus dan adil di Malaysia. Ini
telah diketahui semua. Perkara ini lebih menjurus kepada satu
tuntutan menjaga kebajikan rakyat Malaysia secara UMUM. Ia
adalah maslahat seluruh lapisan masyarakat Malaysia. Tiada
teori yang terarah kepada Islam secara khusus. Ini UMUM.

Maka kita menyokong BERSIH 2.0 bukan kerana Ambiga, kita
menyokong BERSIH 2.0 kerana tuntutannya yang murni. Jika
terdapat permintaan BERSIH 2.0 yang menjejaskan ataupun
bermatlamatkan kehancuran Islam dan umatnya di Malaysia
ini, BERSIH 2.0 ini bakal ditentang sekeras-kerasnya.

Bekerjasama dengan non-muslim tiada masalahnya. Cuma
kita perlu bersikap bijak dan profesional. Jika kerjasama itu
terjalin kerana kepentingan bersama, maka itu sedikitpun
tidak menjejaskan. Namun jika kerjasama itu hanya pada
kepentingan musuh atau suatu pihak sahaja, maka itulah
yang ditolak. Sifirnya mudah, jadi bersikap bijaklah.

Kita menyokong pasukan Chelsea, Liverpool dan pasukan
lainnya, adakah kita bersetuju dengan akidah mereka?

Negara-negara Islam menyertai PBB. Kita pun tahu yang
pemimpinnya adalah bukan Islam, lantikannya dipengaruhi
kuasa besar Amerika dan seringkali tindakan yang berlaku
dalam PBB bersikap berat sebelah. Jadi adakah haram
negara-negara Islam terus menganggotainya?

Saya amat tertarik dengan perkongsian senior saya ketika
di Maghribi dalam tulisannya baru-baru ini. Nabi Muhammad
S.A.W pernah menyertai satu himpunan : Hilful Fudhul yang
bertujuan menjaga kebajikan tetamu yang hadir bertandang
ke Makkah. Tiada kezaliman boleh berlaku.

7M

Lebih menarik, Baginda juga menyertai himpunan tersebut yang
berlaku sebelum kerasulan. Selepas diangkat menjadi seorang
rasul, Baginda bersabda : Jika aku dipelawa untuk menghadirinya
pada hari ini, pasti aku akan memenuhinya...

Untuk pengetahuan, dalam himpunan itu ada Abu Jahal, Abu
Lahab dan ramai pemimpin Quraisy. Mereka anti-Islam sebelum
dan selepas kerasulan (Tak dinafikan ada yang memeluk Islam)
namun kenapa Rasulullah menyertai mereka?

Alangkah bijaknya Baginda, pandai membezakan tiap keadaan
dan meletakkan sesuatu pada tempatnya. Ketika berhadapan
dengan isu yang menjejaskan Islam, mereka adalah musuh.

Tetapi ketika berhadapan dengan isu kebajikan tetamu yang
bertandang ke Makkah, maka mereka adalah rakan.

Kredit : Idea tulisan FathiFawwaz dengan sedikit ubahsuai.

6M

Isu demonstrasi yang dikaitkan dengan keluar memerangi ketua
pemerintah. Adakah BERSIH 2.0 ini satu tindakan rakyat keluar
memerangi pemerintah? Tiada langsung antara 8 tuntutan itu
menyeru rakyat menentang pemerintah, cuma minta perbaiki
sistem pilihan raya sahaja. Isu ini tidak pernah timbul, apatah
lagi penentang ala-khawarij.

Cumanya, BERSIH 2.0 terpalit dengan tuduhan-tuduhan mentah
sesetengah pihak yang menganggap ia menghasut masyarakat
melawan pemerintah, lebih menjurus kepada alat pembangkang
untuk menjatuhkan kerajaan, negara huru-hara dan pelbagai
lagi persepsi kurang cerdik. Tentang pemimpin pembangkang
yang hadir ke BERSIH 2.0 ini, bukan bermakna himpunan ini
didalangi mereka. Mereka hadir menyatakan sokongan mereka
terhadap perkara ini. Kalau pemimpun kerajaan turut serta
dalam perhimpunan ini pun tiada masalah kan.

Anggota BERSIH 2.0 memberi jaminan berhimpun secara aman
di jalanan, kemudian di stadium tetapi dihalang Polis Raja Di
Malaysia (dengan perintah kerajaan) dengan pelbagai sekatan
dan tangkapan. Laluan, jalan utama ke Kuala Lumpur ditutup.
Peniaga rugi berbilion-bilion nampaknya.

Mengapa kurang menjadi aman? Mudah sahaja. Pertama pihak
kerajaan melarang guna Stadium Merdeka, cakap tak serupa
bikin. Kedua, pihak polis dan FRU yang suka main air dan
suka main mercun pada rakyat yang berhimpun aman, tanpa
apa-apa senjata, siap bersalam dengan polis lagi selesai
berhimpun. Ketiga, kerugian peniaga yang dilaporkan kerana
sekatan demi sekatan yang dibuat, kedai diminta tutup tika
itu. Masalahnya, peserta-peserta BERSIH 2.0 tak ada pula
yang dilaporkan berbuat kerosakan. Kerisaun berlebihan
yang akhirnya merugikan. Diprovok mungkin.

Mengapa dirisaukan BERSIH 2.0 ini? Kasihan, marah pun ada
pada polis yang terpaksa ikut telunjuk pihak atasan. Kalaulah
berasa pilihan raya sedia ada dah bersih, biarlah rakyat keluar
BERSIH 2.0 ini, jangan disekat kehendak mereka itu. Malah
perlu bagi perlindungan kepada mereka.

Tetapi jika memang tahu pilihan raya kotor, dan pihak atasan
mahu kekal kotor, pastinya BERSIH 2.0 ini ditentang sehabis
daya dan upaya.

5M

Yang pasti, lihatlah himpunan rakyat Malaysia yang keluar untuk
menyokong BERSIH 2.0 di luar negara. Perhimpunan mereka aman
sahaja. Ada jagaan polis, tiada pertempuran, tiada kerugian buat
para peniaga dan tiada kemusnahan harta dan jiwa sekalipun.
Hak bersuara diberikan sepenuhnya.

Tidak cukupkah itu semua, memberi jaminan bahawa himpunan
yang sama tersebut mampu bergerak dengan aman dan selamat
di Malaysia sendiri, jika lapisan masyarakat bangun bekerjasama
sama ada kerajaan, pembangkang dan orang awam. Tiada apa-
apa sekatan, bahkan mewujudkan jaminan keselamatan serta
keamanan. Pasti kita akan 'sayang sikit kerajaan'.

Andai semua mengetahui akan hakikat ini.

4M

Dan yang pasti buat mahasiswa, penuntut ilmu bahkan ilmuan di
Malaysia sekarang, ini adalah suatu fenomena terkini menuntut
semua mengkaji perkara tersebut menurut perspektif Islam yang
syumul. Bersifat kontemparilah dalam berhujah.

Fenomena terbaru seperti ini memerlukan sikap ijtihadiyyah yang
mendalam dan terperinci dalam menghubung-kaitkannya dengan
teks-teks syarak. Tertutup dalam mengkaji dalil akan membawa
kepada jumudnya kita dalam memutuskan hukum.

Nas yang zhonni di-qati'e-kan.
Qaul beberapa individu di-ijmak-kan.
Ijtihad ulama terdahulu disalah-letakkan.

Paling penting, bila kita bercakap, berhujah dan mengeluarkan
pendapat dalam sesuatu perkara, biarlah jauh dari hawa nafsu,
berkepentingan peribadi atau politik sesuatu pihak sahaja.

Wallahu 'alam.

Almizzi,
Rumahku Syurgaku,

Marang, Terengganu,

13 Julai 2011,

Jam 1326.


Teringat intipati tazkirah Dr. Asri Zainal Abidin lebih kurang begini :
Dulu tiada penghalang antara pemerintah dan rakyat, maka hadis
menasihati pemerintah secara sembunyi itu dapat dilaksanakan.

Sekarang? 3 lapis saringan pun belum dapat jumpa lagi ketua
atau pemerintah. Jadi bagaimana penyelesaiannya?

Perkasakan konsep ijtihadik dalam berhukum.

6 Komen:

Hilmi berkata...

kemas ustaz kite..gambo2 pon kemah keming..terbaik lah sifu!

ADMIN berkata...

Ehee bereh ajer... pendapat kite yg berkecuali :)

Tanpa Nama berkata...

lagi kemas jika diletakkan maklumat detail mengenai shutter speed,exposure,autofokus,dn sbagainya pada gambar..apa2 pun,gambar tetap lawa!

Tanpa Nama berkata...

gambar cantek,cerita pun bagus..mantop ustaz!=)

ADMIN berkata...

Tanpa nama : Terima kasih. Mungkin sbb nak fokus perkara bkaitan tajuk, jadi lupa nak sertakan exif gambar2 ni :)

Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

kesian..agar kita lbih mengikut resmi padi..

Catat Ulasan